Allah Kan Ada

Tuesday, 6 August 2013

Ramadhan!! Jangan Pergi!!

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum wrahmatullahi wabarokatuh...
Alhamdullilah nastaien, masih lagi diberi oleh Allah SWT untuk bernafas.
Minta maaf sangat-sangat sebab agak lama tidak mengHUPDATE status. Bukannya malas, tapi macam itu lah gamaknya.

Inshaa Allah sempena Ramadhan ini, ana nak conclude kan semuanya yang berkaitan dengan bulan Ramadhan tahun ini 2013/ 1434.


RAMADHAN DAN LAILATUL QADRNYA

Ramadhan adalah 1 bulan yang penuh barokah dan didalamnya terdapat satu malam, bukan dua, bukan tiga yang lebih baik daripada 1000 bulan. SubhanAllah, 1000 bulan bersamaan dengan 83 tahun ++ . Kenapa adanya 1 malam yang lebih baik daripada 1000 bulan ye? Sebab jangka hayat ummat Muhammad SAW sangat-sangat singkat berbanding dengan ummat nabi yang terdahulu. Jadi ini adalah satu inisiatif dan kelebihan buat ummat Muhammad SAW. Tapi senang sangat ke nak dapat Lailatul QadrNya?




Ana kongsikan 1 analogi:

Analogi:
Seorang pekebun telah menanam 30 biji benih di sebuah dusun. Ketika mana dia sudah berumur dan dalam keadaan nazak maka diminta semua anaknya iaitu seramai 5 orang untuk memelihara dusunnya. Mengikut kata-katanya, dalam kalangan 30 benih tersebut ada 1 benih dimana ia mampu menghasilkan 1000 buah dalam masa 1 hari. Tapi, ketika anak-anaknya mahu bertanya tentang dimana kedudukan biji benih tersebut, pekebun itu lalu menghembuskan nafas terakhir.

Pada tahun pertama menjaga, anak 1 dan 2 sudah mulai muak untuk menjaga, Barangkali mereka menganggap ayah mereka hanya mahu mereka menjaga dusun sahaja. Dan mana mungkin ada pokok yang mampu mengeluarkan 1000 buah dalam masa 1 hari. Lalu mereka meninggalkan dusun tersebut dan pergi ke haluan masing-masing.

Pada tahun berikutnya, anak 3 dan 4 pula sudah mula bosan dan merasakan tidak logik dengan perkara tersebut. Maka tinggallah anak yang bongsu. Anak yang bongsunya pula mengusahakan dusun tersebut. Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun, maka akhirnya berjaya membuka kilang buah-buahan dan menjadi pengurus besar syarikat buah-buahan. Jadi, dimana 1 pokok yang mampu menghasilkan 1000 buah dalam 1 hari itu?? Ianya adalah usaha dan kesungguhan daripada anak bongsu tersebut.
Penceritaan ini adalah berkaitan dengan makhluk dan ciptaan Allah.

Tapi, betapa hebatnya REDHA Allah itu, kerana ianya lebih meluas dan sudah dijanji oleh Allah SWT bahawa terdapat 1 malam yang lebih baik daripada 1000 bulan dimana Allah merahsiakan masanya(Ini komfem!! bukan teka teki) hehehe.. Supaya apa? Supaya kita sentiasa istiqomah dalam beribadah pada Nya. Bukan kedekut.. Allah boleh kasi, tapi Allah mahu melihat, mana antara hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh dalam mengejar rahmatNya. 


BILA LAILATUL QADRNYA?

Hahaha. Antum mungkin akan merasa sedikit kecewa kalau ana cakap mende ni. Iaitu, wallahua'lam. Hanya Allah Yang Tahu!! Hehe.. Bagaimanapun ada beberapa pendapat dari sahabat-sahabat dan alim-ulama'. Inshaa Allah ana akan listkan.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
"Aku lihat mimpi kamu(sahabat) telah menepati di 7 malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di 7 malam terakhir"
HR BUKHARI -MUSLIM
  1. Menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi Lailatul qadr jatuh pada 21,23,25,27 dan 29 Ramadhan kerana ianya adalah ganjil.
  2. Menurut sahabat iaitu Bilal bin Rabah, ia menyatakan bahawa Lailatul Qadr jatuh pada 24 Ramadhan, tetapi ianya hanya berlaku 1 kali dalam 8 tahun.
  3. Dari Ibnu Umar RA , Rasullulah SAW bersabda " Barangsiapa yang ingin mengintai malam Al-Qadr, hendaklah diintai pada malam 27(Riwayat Ahmad)
  4. Menurut formula Imam Al-Ghazali : Jika permulaan puasa adalah hari Selasa maka 27 lah Lailatul Qadrnya, jika permulaan hari Rabu maka 29 haribulanlah Al-QadrNya.
  5. Yang terakhirnya, dari sahabat ana sendiri, katanya tiap-tiap malam 10 malam terakhir adalah malam Al-Qadr. =="

    Wallahua'lam...
**Bagi ana, istiqomah le sentiasa ye. Inshaa Allah, Allah tidak lihat pada kejayaan tapi pada usaha untuk mendapatkannya..

Firman Allah SWT:"Sejahteralah malam(berkat) itu sehingga terbit fajar" Al-Qadr:5

RAMADHAN JANGAN PERGI!!



Kenapa ana pilih tajuk ini untuk post kali ini.. Entahlah, agak sedih bila sebut pasai tajuk ini..
Kita sering mendengar quote , "Ramadhan bakal meninggalkan kita" . Ana sebenarnya tidak berapa suka dengan quote tu. Ramadhan tidak pernah meninggalkan kita, tapi kita sebenarnya yang meninggalkan Ramadhan.

Malah, sahabat-sahabat juga ada menyatakan bahawa
"Alangkahnya bagusnya andai tiap-tiap bulan adalah bulan Ramadhan"
yang bermaksud, Ramadhan itu penuh barokah. Jadi rugi jika tidak diperolehi barokahnya.

Kenape ye??
Bagi mereka yang meninggalkan apa yang mereka perolehi semasa pentarbiyahan Ramadhan selesai bulan Ramadhan, merekalah yang meninggalkan Ramadhan.. Tapi beruntunglah bagi mereka yang istiqomah dalam ibadatnya semasa dan selepas Ramadhan sehingga berjumpa semula Ramadhan.

Imam Al-Ghazali pernah bertanya pada anak muridnya, apakah perkara yang paling jauh didunia ini?
Jawapannya adalah masa lalu. Sungguh!! Kita tidak pernah dapat kembali kepada masa lalu walau selaju mana dan sekuat mana kita bergerak kepadanya.


SUDAH BERSIAPKAH KITA?

Sudah siapkah kita bagi menghadapi musuh-musuh yang akan terlepas dari belenggu mereka? Atau kita masih leka dengan kewujudan mereka kerana sudah semakin sebati dengan mereka sedangkan mereka adalah musuh yang NYATA!!


Berada dalam bulan Ramadhan mahupun tidak, akidah kita tetap sama bahawa menyakini bahawa Allah tetap ada. Dan senantiasa mengawasi kita. Tatkala hati semakin jauh dan hampir tersungkur, disertakan dengan iman yang semakin goyah. Ayuh, letaklah tangan didada sambil memejamkan mata dan yakinlah dengan sebenar-benar keyakinan " Allah Kan Ada!!"

No comments: