Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Salam HIJAU bumi Allah, salam Perak Aman Jaya, Salam 1 Malaysia. Salam Kemerdekaan dari ana. Inshaa Allah walhamdullilah..
"Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! " laungan yang dilaungkan sewaktu diambang merdeka. Ya!! Merdeka kita hanya pada 31 Ogos 1957 . Tapi sekarang ini kita hanya perlu mengekalkan kemerdekaan je. Mudahnya hidup kita ya? Tapi masih ada yang merosakkan, mencemarkan , membusukkan nilai kemerdekaan. Rugi!! Rugi!! Rugi!!
Kemerdekaan sesebuah negara adalah nikmat terbesar kurniaan Allah yang bukan semua manusia dapat merasainya. Berapa ramai umat dan bangsa yang mendiami dunia ini semenjak daripada dahulu sehinggalah kini. Masih ramai dan ramai sekali yang masih belum kenal erti kemerdekaan. Moh, kita selami sikit apa ertinya kemerdekaan. :)
Erti KEMERDEKAAN
Ada setengah orang ,negaranya hebat, gah , malah awal merdekanya berbanding dengan negara-negara lain, tambahan pula tidak pula dijajah lagi. Akan tetapi pada sisi yang lain, isi negaranya tidak lain hanya jajahan semata, maksiat berleluasa , umpama tidak pernah merdeka dan merasai apa itu merdeka. Adakah ini boleh dipanggil merdeka?
Ada setengah orang, negaranya sering menjadi buruan jajahan, ditindas , dizalimi , malah nak sebut perkataan "Merdeka!! " pun tidak pernah tapi hati negaranya tetap merdeka. Tetap hebat akidahnya, malah kebergantungan pada yang Maha Kuasa adalah lebih hebat dan mantap berbanding negara yang gah dan berbangga dengan kemerdekaannya. Sebenarnya, apa erti kemerdekaan pada kita?
Bebas dari jajahan atau berjaya membebaskan diri dari sifat-sifat mazmumah?? Erm.. Ana un x pasti. Pandangan manusia kan berbeza-beza. Hehehe...
Kenapa ana buat perbandingan diatas??
Penyair Arab yang bernama Ahmad Syauqi ada menyebut didalam syairnya:
"Kekalnya bangsa kerana mulia akhlak, runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak"
See.. Kedatangan Islam dan lahirnya Rasulullah SAW adalah untuk memperbaiki akhlak yang mulia. Allahurobbi. Hebatnya Islam. Kedatangan Islam sendiri ke alam dunia ini membawa mesej dan sifat kemerdekaan. Apa hebatnya jika mempunyai negara yang hebat dengan ekonomi dan ketenteraan tapi kosong dengan nilai akhlaknya? Apa hebatnya mempunyai negara yang merdeka namun masih dijajah dengan nafsu semata, maksiat berleluasa?
Menurut Za'ba, erti kemerdekaan adalah :
"Berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran, daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan hati... "
Sebelum datangnya Islam, sifat Jahil lah yang menjadi faktor utama kemerosotan akhlak. Akan tetapi setelah kedatangan Islam, Alhamdulillah wa syukurilah , akhlak manusia sama sekali terbentuk dengan begitu baik sekali. Inilah yang dikatakan bebas dan merdeka. Ramai manusia berfikir, andai kata negara sudah merdeka, pastinya diri ini juga merdeka. Tidak!! Tidak sama sekali. Belum tentu lagi akan merdeka. Mencari kemerdekaan dalam cara yang salah akan membawa diri dan seluruhnya dalam sesuatu yang salah.
Jangan sampai : KEMERDEKAAN DICARI, NERAKA YANG DITEMUI.
AKHIRU KALAM
Kata Hamka :" Yang ada ini sudah harapan kita "
Bukan bermaksud kita tidak boleh mengharapkan apa yang tiada, tapi kita perlu sedar, sebenarnya apa yang ada pada kita perlulah terlebih awal dahulu digunapakai dengan sebaik-baiknya Jangan lupa apa yang ada. Dengan itu barulah kita akan menanam dalam diri kita sifat syukur yakni tidak mensia-siakan segala nikmat yang diberi.
Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
Kemerdekaan hakiki Anugerah Ilahi,
Membawa seribu buat pertiwi,
Pekalah dengan pengorbanan sejati,
Mengapai bersama hidup ukhrowi.
Di celah itulah, kami mengatur langkah.
Membina sebuah thoifah,
Disini bara, tak pernah padam,
Digenggam kukuh sebuah azam.
Teruskan merdeka wahai diri.
Merdekakan diri dari nafsu dan maksiat duniawi.
Moga-moga mendapat redha Ilahi,
Sehingga bertemu di syurga nanti.
Official by Ruz Had-Allah Kan Ada
** Ana sedekahkan pahala kebaikan pos ini buat ibu dan ayah. Moga-moga mereka ditempatkan oleh Allah SWT dalam kalangan mereka-mereka yang beriman**