Allah Kan Ada

Friday, 29 March 2013

~LITERACY IN KNOWLEDGE, BLIND IN AKIDAH~

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh....
Alhamdullilah diberi kesempatan lagi dan lagi oleh Allah SWT untuk menaip-naip... pada 29 March 2013 ni... Alhamdullilah , Alhamdullilah, Alhamdullilah...

Tajuk pada kali ini telah diberikan oleh saudara Hafizan Halim, senior ana. Maksud tajuk pada kali adalah "CELIK PENGETAHUAN, BUTA AKIDAH" ... Dia minta ana untuk menghuraikan beberapa kefahaman yang ana faham mengenai tajuk yang diberi. Dah lama da dia kasi, tapi baru hari ini ada peluang nak typing.. hehehe...


AKIDAH
Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat.

Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.

Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan.


PENGETAHUAN
Apa yang antum faham mengenai pengetahuan?? Adakah sekadar ilmu dunia semata-mata untuk kita survive di dalam dunia yang sementara atau hanya pengetahuan untuk ukhrowi (akhirat) sahaja atau untuk kedua-duanya. 
Dari sudut bahasanya pengetahuan:
Pengetahuan membawa beberapa makna iaitu, 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui 2. perihal tahu, kepandaian 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatu

Apa kata Imam Ghazali mengenai PENGETAHUAN:
" Ilmu adalah apa-apa pengetahuan yang membawa hamba dekat dengan Penciptanya"

Allahurobbi. Hebatnya Ilmu yang dikurniakan Allah pada sekalian manusia. Semata-mata untuk membantu manusia mendapatkan keredhaan Allah SWT. Masalah sekarang apa kaitannya akidah dengan celik pengetahuan??

CELIK PENGETAHUAN??

Terbeliak mata budak ni bila ditanya mengenai celik pengetahuan. =D

Ya!! Orang yang celik pengetahuan adalah dalam kalangan orang yang bermaklumat. Tahu mengenai sesuatu perkara secara terperinci, tahu bermacam-macam lagi namun ianya adalah sekadar bermaklumat sahaja, tapi tidak semestinya dia berakidah. Kenapa?? Bila dilihat di Malaysia sahaja, kebanyakan agama yang mendominasi pengetahuan adalah bukan dalam kalangan Ummat Islam. Kerana Allah bersifat Ar-Rahman " Maha Pemurah". Tapi kenapa tidak Ummat Islam yang mendominasi?? kenapa mesti orang KAFIR?? Tampar pipi, tanya diri, muhasabah diri, tanya Iman

 Berbeza dengan orang yang berAKIDAH.
Orang yang berAKIDAH pastinya  berILMU dan berPENGETAHUAN.. Kenapa ya??
Orang yang berakidah pastinya berpegang teguh dengan setiap suruhan Allah. Kerana Allah memerintahkan supaya orang2 yang berIman untuk menuntut Ilmu sepertimana dalam wahyu yang pertama yang diturunkanNya kepada nabi junjungan kita Muhammad SAW : IQRA'!! Bacalah. Tidak mungkin orang yang berAKIDAH bukan dalam kalangan orang yang berILMU.
surah al-fathir:28" Sesungguhnya orang yang TAKUTkan Allah adalah dalam kalangan orang yang berIlmu"

TAPI ADA DALAM KALANGAN KITA YANG LEBIH MENUMPUKAN PADA PENGETAHUAN DUNIAWI??

Apa gunanya sahabatku, kita pandai tapi tidak solat?? Apa gunanya sahabatku, kita rajin tapi tidak ingat pada Pencipta.?? Apa gunanya sahabatku, kita berJAYA tapi tidak berIMAN??

Apa guna wahai sahabatku, JIKA CELIK PENGETAHUAN namun BUTA AKIDAH??
Tidak ape dikatakan kurang pandai dalam pelajaran tapi jangan dikatakan JAHIL dalam agama. Agama Islam yang kita hidup dengan nya yang akan membantu kita di akhirat kelak. Tapi jangan langsung X BELAJO, agak2 la sahabat. Siap cakap macam ni lagi "Biarlah aku dipanggil bodoh, janji x bodoh dalam berakidah".... Allahurobbi.. Haru dibuatnya...

Bukankah Saidina Ali pernah mengutarakan satu kata-kata yang hebat, berbunyi: "Barang siapa yang mahukan dunia maka dia memerlukan ilmu. Barangsiapa yang mahukan akhirat, dia perlukan ilmu. Barangsiapa yang mahukan dunia serta akhirat, dia perlukan ilmu".

Jadi sudah terang lagi bersuluh, memang ILMU/ PENGETAHUAN ini penting.


 "Apakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?" (QS. Az Zumar:9)

Sepertimana tokoh-tokoh ilmuwan pada suatu masa dahulu yang hebat dalam ilmu dunianya seperti Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Al-Farabi, Al-Qalasadi TAPI tidak pernah tinggalkan ilmu akhiratnya jua. Malah siap boleh hafal lagi Al-Quran. Tidak cukupkah mereka untuk dijadikan qudwah. Bukankah mereka juga pewaris-pewaris Nabi Muhammad SAW.??

Jadi, POST kali ini yang x seberapa ini mungkin boleh dijadikan rujukan sahabat-sahabat yang dikasihi semua. Kerana mungkin sahaja kita sudah terleka SANGAT-SANGAT dalam mengejar ILMU dunia, sehingga melupakan bahawa ada yang lebih penting iaitu ilmu AKHIRAT. Syukran wat akh Hafizan Halim yang membuat ana perah otak sedikit untuk cerita serba sedikit mengenai pengetahuan. 

Akhiru Kalam, marilah kita bersama-sama meneliti dan tadabbur dengan Kalam Allah azza Wajala:
Al-Qasas:77:
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu "



**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

Saturday, 23 March 2013

~FasHiOn, BuDaYa, AuRaT dan SyaRiAt~

PerKONGSIan baru ^_^

 Assalamualaikum...Pertama dan selama2 nye.. marilah kita merafatkan ksyukuran ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurniaNya dpt lagi kita HIDUP pada hari ini..Tidak lupa selawat n salam(Allahumma tholi ala Muhammad, wa ala alihi wasobihi ajmain) ke ats junjungan Nabi Muhammad SAW kerana dgn perjuangan baginda.. dpt ag kita menikmati 2 nikmat trbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.." Moga2 perJUANGan baginda tidak kita sia-siakan... Allah.. Allah.. Allah..


Manusia memerlukan pakaian bagi menutup tubuhnya. Dalam al-Quran Allah SWT menyuruh manusia, khususnya umat Islam supaya memakai pakaian. Firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf ayat 31 yang bermaksud, “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian yang indah apabila pergi ke tempat ibadat seperti mengerjakan sembahyang ataupun memasuki masjid, makanlah dan minum lah, jangan melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.”




Islam X meletakkan pun Syarat yang macam mana nak berpakaian, terserahlah pada individu or satu tempat itu nak pakai pakaian macam mana pun.... Nak berfesyen bagai macam mana pun, terserahlah... TETAPI!!!!! nak diingatkan pada diri ana sendiri dan antum semua, ianya mestilah menutup AURAT... Ada je orang yang berpakaian tetapi telanjang?? Ada ke??

Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Dua golongan dari ahli neraka yang tidak pernah aku lihat satu kaum yang mempunyai cemeti seperti ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya, dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, mereka jauh dari ketaatan kepada Allah serta mengajar yang lain tentang perbuatan mereka (tidak menutup aurat), kepala mereka seperti bonggol unta, mereka ini tidak masuk syurga dan tidak mencium bau syurga sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak ini dan ini”.
                         
AURAT??
Aurat merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian daripada anggota badan, sama ada lelaki atau perempuan yang haram ditunjukkan mahupun dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota yang wajib ditutup dan haram bagi orang bukan mahram melihatnya. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.Dari segi bahasa, aurat membawa maksud kecacatan atau keaiban pada sesuatu. Ia juga bermaksud apa jua yang ditutupi oleh manusia kerana rasa malu.
Baik LELAKI apatah lagi PEREMPUAN....


Firman Allah SWT
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab: 59)


FESYEN??
Satu pengayaan yang terbaru, yang mungkin sahaja dipakai oleh orang-orang zaman ini... Teruskan lah berfesyen TAPI kene berhati-hati semasa mengenakan fesyen2 pada badan...  Jangan lupa pada sikap TABARRUJ... ape tu??
Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).
LELAKI canor pulak sahabat??
Lelaki kalo bergaya lebih-lebih pun sape je pun pandang... hehehe helikopter... TAPI(byknye tapi) sikap berLEBIH-LEBIHAN uh yang merosakkan cara pemakaian... Bukankah Islam mengajar kita untuk bersederhana?? Bukankah sikap boros dan berlebih-lebihan/membazir itu sikap Syaitan yg direjam...
Superman Un pandai tutup aurat, tapi x bape nak sopan la... hehehe.. Tahniah Superman...


ABEH MACAM MANA DENGAN BARAT YANG X TUTUP AURAT ??

Awat ang kalut sangat?? Kenapa nak bandingkan BUDAYA Islam dengan kafir?? Orang kafir kalo pakai jubah macam mana pun, tutup aurat macam mana pun( macam Superman ke), or sebagainya tetap masuk NERAKA selagimana tidak diucapkan kalimah penyaksian terhadap Allah dan Rasulullah SAW...
TAPI...
Orang Islam telah diberikan jalan yang MUDAH, bukan susah pun nak tutup AURAT... Nak masuk syurga ikut perintah yang Allah telah tetapkan, kaedah Rasulullah telah ajarkan... Dan meNUTUP aurat adalah salah satu perintah Allah.. Mudah je... Allahurobbi...

PENTING SANGAT KE NAK TUTUP AURAT??
SubhanAllah ... setiap apa yang diperintahkan oleh Allah kepada ummat manusia adalah untuk kemaslahatan manusia itu sendiri. Antaranya:


             
"Diperhiaskan kepada manusia syahwat terhadap wanita, anak-anak...(Ali Imran:14)
  • Menjaga maruah sebagai seorang manusia yang mempunyai kehormatan diri.
  • Memelihara kelyarha daripada dilanda kekeruhan yang berpunca daripada gelora seks yang tidak terkawal hasil daripada aurat yang didedahkan.
  • Mengawal masyarakat daripada dicemari dengan kekotoran sosial akibat daripada perbuatan tidak menutup aurat di kalanagn wanitanya
  • Menyelamatkan perbelanjaan negara daripada di belanjakan untuk merawat pelaku dan mangsa jenayah seksual yang berpunca daripda wanita yang tidak menutup aurat.
Antara NAK dengan XNAK je!!
BERPAKAIANLAH MENURUT SYARIAT!!
Teruskan berfesyen secara MUSLIM dan MUSLIMAH yang sejati. Membudayakan cara pemakaian Islam. Tak wajib untuk bertudung, berjubah, berjilbab, tapi wajib untuk menutup aurat. Kerana ummat Islam yang hebat AKIDAHnya sentiasa mengetahui bahawa:
Allah Kan Ada!!
Sayanglah semua wanita2 mahupun anak2 diluar sana... Jika kita mampu untuk sayang pada semua, maka berusahalah menjaga mereka.. Jagalah diri kamu dan ahli keluargamu dari api neraka... kan Molek gitu?? X perlu berpurdah un xpe, tapi berpakaianlah mengikut syariat... Allahurobbi.. MUDAHnya...


**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

Thursday, 21 March 2013

~~AjAl ItU~~

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.. Salam Perak Aman Jaya, Salam Kedah Darul Aman, Salam Bumi Kenyalang, Salam Hijau Bumi Allah...
Bagaimana dengan muhasabah antum pada hari ini?? Bagaimana keadaan pada hari ini, adakah lebih baik dari semalam atau sama je macam semalam atau lagi x OK dari semalam??
ermm.... FIkir2 kan la yeee...

Tajuk AJAL ye arini??
YA!! Bukan hari ini je, tapi cerita mengenai AJAL adalah hari2 wahai SAHABAT...
Kerana orang yang paling CERDIK adalah orang yang sentiasa mengingati MATI... Kenapa?? Bukankah orang yang cerdik adalah dalam kalangan mereka yang sentiasa mencari ILMU...
Betul juga, tapi kene pastikan dahulu kenapa mereka mencari ILMU, mencari ILMU untuk mengenal Allah dan mendapatkan keredhaan Allah, kerana mereka yang mencari ILMU adalah yang sentiasa berfikir mengenai MATI... KALAU2 MATI dalam keadaan yang tidak bersedia... dalam keadaan SU'U KHATIMAH... Nauzubillah Min Zalik... =(



Jadi cerita pada hari ini bermula begini:
Ketika ana sedang kusyuk menelaah subjek Akaun, disebabkan pagi uh ana ada test yang nak ditempuhi.. hehe... Jadi tetiba kedengaran bunyi announcement di kolej... Selalunya memang geram la, orang nak study, bising pulak kan?? Tapi , kali ni ana betul2 tersentap apabila pengumuman yang dibuat adalah berkaitan dengan salah seorang student UiTM Sri Iskandar part 2 AP114 yang kembali ke rahmaTullah malam itu... Innalillah wainnalillahiroji'un...

Ana ase sgt2 sedih, saudara yang pergi kembali pada Allah. Allah lebih sayangkan dia. Ana terus berhenti menelaah buku akaun, lalu ana cuba tenangkan perasaan ana... dan sedekah bacaan Al-Fatihah pada arwah... Ana x kenal tapi apabila mendengar pengumuman tersebut, memang Allah mencampakkan perasaan takut pada diri. Seolah-olah satu persoalan bermain di minda yakni " Adakah aku sudah bersedia untuk bertemu Al-Rabb.??"

Kadang-kadang Allah kasi kesedaran pada kita ketika kita sedang leka dengan duniawi. Alhamdullilah, ana terlalu fikir kan sangat dengan exam yang bakal melanda, dan Allah kasi sign pada ana untuk ingat kembali pada kematian, kemana ana akan dikembalikan... Ana ase ana betul2 beruntung... Allahurobbi... Istighfar yang ditampilkan pada bibir ana selepas pengumuman tersebut....


Adakah kita dalam kalangan hamba yang cerdik yang sentiasa mengingati MATI?? atau hanya alpa dan seronok dengan dunia yang penuh mehnah dan tribulasi... Astaghfirullahal AZIM....

Ya Allah ya Tuhan Kami, ketika mana kami alpa kepadaMu ya Allah, maka hadirkanlah kesedaran dengan cepat agar kami tidak mudah untuk melupakanMu... Ya Allah Ya Ghaffur, ketika mana kami hampir ke jurang kesesatan maka Engkau selamatkanlah kami... Ya Allah Ya Fatahu ya A'lim, ketika mana kami hampir kepada kematian maka matikanlah kami dalam keadaan Husnu Khatimah... Moga2 RedhaMu ya Allah sentiasa bersama Kami, maka Engkau perkenankanlah doa kami ini ya Allah... kerana kami hamba-hambaMu yg alpa.... Ampunkan Kami ya Allah...


Kesedaran yang datang begitu cepat adalah untuk menyelamatkan kita... Insya'Allah...
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
(Surah Al-A'raf: ayat 34)


**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

Monday, 18 March 2013

TUNTuTlah ILMU ^_^

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh... Salam IMAN dan ISLAM dihatiku... Insya'Allah... Allah dan Rasulullah dalam jiwa ku...

TAJUK APE HARI INI BRO??

Bende biase je, tuntut ilmu, dari kecik lagi sampai ke besor panjang ni kita sering ditekankan dengan nilai-nilai menuntut ILMU...

Baik dari secara langsung ataupun tidak secara langsung.

PERLU SANGAT KE NAK TUNTUT ILMU??

Malu asenye nak habaq mai, WAJIB ke, HARUS ke, SUNAT ke??
ermm... "WAJIB ke atas setiap MUslim untuk menuntut ILMU"... lorh, wajib rupenye... SubhanAllah... lagi satu, sudah terang tanpa bersuluh , ayat pertama yang diturunkan pada Rasulullah SAW , nabi junjungan kita, yang membawa maksud " BACALAH"... Allahurobbi... betapa pentingnya menuntut ilmu bagi kita semua...


Kene menuntut ilmu di mana2 un tetap same... yg kite cube kejar bukanlah pangkat, diploma, degree, master mahupun pHD semata2... akan tetapi yg kita kejar adalah ketetapan ilmu itu dalam hati dan paling utama adalah semata2 kerana Allah.. “... nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang memiliki ilmu pengetahuan beberapa darjat” (al-Mujadilah, 58: 11)


SAMPAI TAHAP MANA PENTINGNYA MENUNTUT ILMU??
Satu je ana nak kongsi, ana amat-amat dan amat terkesan dengan Kalam Allah yang ini....
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya adalah orang-orang berilmu.” (QS. Fathir: 28).
Allahurobbi...
Kenapa?? Sebab, lebih banyak lagi ilmu yang diperolehi lebih tawadhuk la kita , dan lebih kita mengenal pada penCIPTA...
Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad... Moga2 mendapat BAROKAH dari ILAHI... Insya'Allah... =)



**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

Friday, 15 March 2013

SaHaBaT pada Mata Kita??

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum, Salam perSAHABATan, salam Ukhwah Fillah abadan abada...

SaHABAT?? TEMAN?? KAWAN??

Siapa yang dipanggil SAHABAT ye? Siapa pula dipanggil TEMAN dan juga KAWAN?? boleh kasi pening macam ni... Bukan ke itu semua sama je?? SAHABAT=TEMAN=KAWAN??

Mane ada sama, tersurat je sama, tapi maksud tersiratnya JELAS lagi berSULUH lain sgt2...
SAHABAT= TEMAN = KAWAN  tapi  = ke SYURGA....


Sape yang boleh digelar SAHABAT??
  • Kadang2 apabila kita pandang muka mereka yang selalu disamping kita, membuatkan kita sentiasa tenang dan selamat.
  •      Kadang2 ketikamana kita berbual bersama2 dengan mereka, mebuatkan kita sentiasa dekat pada Allah..
  • Kadang2 apabila kita melihat mereka , hati sentiasa tawadhu' dan sentiasa ingin slalu perbaiki diri , tidak kira dari segi ruhaniah atau jasadiah.
Kadang2 apabila kita kesusahan, mereka tidak hilang, tapi sentiasa back up walaupun dalam keadaan mereka pun susah.
KAWAN dan TEMAN caner pulak??
Bukan bererti memiliki kawan dan teman adalah teruk, kerana mungkin title kawan dan teman ini akhirnya akan jadi title SAHABAT juga. Yang pasti, kita sentiasa kene berbuat baik dengan semua orang. Jika kita mencintai semua yang ada di muka BUMI, pastinya kita akan dicintai yang berada di langit... Allahurobbi...
MACAM MANA nak cari SAHABAT??
Gud n simple question... hehe.. but i have gud n simple answer...
Jadikanlah diri sendiri yang mempunyai ciri-ciri seorang sahabat. Macam mana tu?? Belajarlah dari sahabat Nabi junjungan kita Muhammad SAW. Yang mempunyai SAHABAT2 yang HEBAT... Tidak mungkin akan wujud sahabat seperti mereka pada la ni, tapi itu bukan alasan untuk kita tidak berusaha untuk menjadi SAHABAT yang BAIK. Kerana Allah x pandang pada kejayaan seseorang, tapi Allah pandang pada usaha yang dicurahkan kearah kejayaan itu.
Mari kita renungkan bersama kata2 Saidina Ali:

Jadikan diri sendiri sebagai seorang SAHABAT. Pastinya Allah akan menghantar mereka yang bergelar SAHABAT kepada mu... SubhanAllah...

Konklusinya:

SEMOGA ALLAH ERATKAN HUBUNGAN KITA SEHINGGA KE TAMAN SYURGANYA...
~Allahurobbi~


**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

بيتي جنةي

                                                        RuMaHku SyUrgAku


Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia, Salam Perak Aman Jaya, Salam Kedah Darul Aman, Salam Bumi kenyalang, Salam sejahtera, Salam ta'aruf, Salam HIJAU bumi Allah..
Hari ni nak sembang2 sikit pasai baiti jannati(rumahku syurgaku). Alhamdullilah, kerana setiap manusia itu Allah berikan FAMILY. Hepi atau tidak bergantung pada suasana yang diaplikasikan dalam sesebuah baitul muslim itu sendiri. Jika Baik cara amalnya, maka insya'Allah pasti baik seluruhnya.
Betulkah ada istilah BAHAGIA??
Allahurobbi. Bukankah Allah sebaik-baik pemberi. Tuhan sekali a'lam. Bila sebut bahagia mestilah dikaitkan dengan akhlak yang baik. Jadi satu institusi keluarga yang baik adalah bermula dengan ahlinya yang baik. Bagaimana nak jadi ahli yang BAIK?? Mudah..


"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". Al-ahzaab:74


Jadi mari berkenalan dengan keluarga ana. Masih dalam sesi ta'aruf.. =D



Ini la Papa n Mama Ana... Ahmad Bakhtiar Bin Mahayuddin dan Salmah Binti Kassim.. Sayang Antuma berdua...<3
Kata semangat apak:"Baca buku"-simple tapi penuh makna..
Kata semangat mak:"Abeh belajor baru pikir kawen".. >_<

Aha, yang ni pulak abang ana dengan keluarganya... Bisyr Asfar dan Noorafizah...
anak lelaki kiri:Uwais.. perempuan tengah:KhairunNisa'... ujung:Khalisah...
Kata2 Semangat abang sulung:" Belajar dulu, jangan pikir mende lain, nanti da ada keje insya'Allah semua ok"..



                                           Abang Kedua bersama isteri... Mohd Ifanizad dan Norhashima.. kat sebelah tuuu, anak depe la, Darwisy dan Dhiya ... comey kan??
Kata2 semangat abang:"Kamu xnak belajar pun xpe, tapi nanti keje le kat kebun, hahaha"          



Yang ini pulak, kakak ke-3 dengan her hubby...
Nursuraya Anis dan Raja Muhd Faishy.. Baby tu namanya Aisya Humaira'... pun comey juge...

Kata2 semangat akak:"jangan mimpi nak kawen kalo belajor pun xtentu agi" =(

Kata2 semangat abg ipar: " boleh Bian".. =)













Yang ni anak ayah no-4. Masih belajar lagi kat USM.. Nurizatul Syarfinas...
Kata2 semangat yg dia slalu kasi kat ana:
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"


[Hadis Riwayat Imam Ahmad].. Belum terlambat lagi BIan.. =)
 Yang ni adik ana. Zahril Aziz. Tahun ni Form4... Bajet sikit la.. hehehe.. tapi kadang2 satu kepala tu yang best, kadang2 x sekepala, x best... Nak merempit boleh ajak die yeee...








Yang x bape nak ensem ni, ana la... hihihi... selamat berta'aruf semua.. =D
semoga ukhwah kita billah abadan abada... Allahurobbi....

**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

Thursday, 14 March 2013

RaGu --> GaGaL??

Musuh utama manusia bukanlah KEGAGALAN, akan tetapi musuh utama manusia adalah KERAGUAN... To be different with anyone else,is freak we have to be.. ^^
bergambar sebelum event... hihihi



Assalamualaikum... Salam sejahtera.... Salam ukhuwah... Salam hijau bumi Allah... Salam 1 Malaysia... Salam Perkenalan... Dan pelbagai salam lagi... ^^ ... 
Firman Allah S.W.T mafhumnya
" Wahai sekalian manusia, sesungguhnya AKU telah menciptakan kamu, daripada laki-laki dan wanita-wanita, dan aku jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berlainan suku untuk kamu berkenal di antara satu sama lain, sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu"

Jadi mmg kita didunia ni semmgnya dicipta berbeza antara satu sama lain... Juga pelbagai suku2 dan bangsa2... Walaupun begitu kita x boleh bertindak Bongkak dgn diri sendiri (kemungkinan kita dari suku yg hebat)... Kerana Allah tidak menilai seseorg yg bergelar insan itu daripada suku2 mahupun bangsa2 nya... tetapi Allah menilai daripada ketaqwaan yg ada pada individu... Kita ini semuanya sama, daripada Ma'ie Mahin yakni air yg hina(mani) jadi x usah lah kita sbg hamba Allah yg hina mahu meninggi diri... Bukan sahaja dibnci makhluk yg lain, malah dibenci oleh Allah juga...

Jadi agak2 la, adakah jika kita mnjadi seorg yg Tawaduk yakni rendah diri akan dicintai Pencipta... Jawapannya adalah Ya... Semestinya malah bukan sahaja Pencipta Allah Azza Wajalla... Malah seluruh ciptaanNya akan mendoakan keberkatan untuk kita melainkan IBlis Laknatullah dan sekutunya...
Cerita mengenai Iblis ni byk mmberikan kesedaran pada ummat Islam yg sudah semakin jauh dari Rabb...
Mari same2 kita bace mengenai cerita Iblis ini untuk kesedaran semua... ^_^

ANALOGI:
Sebelum penciptaan makhluk yg bergelar manusia yakni mkhluk yg paling baik ciptaannya... Firman Allah" Sesungguhnya Aku telah menciptakan kamu (manusia) dengan sebaik-baik kejadian".. Malaikat dan juga Iblis adalah makhluk Allah yg paling taat sekali...
Suatu hari, Malaikat mendengar berita dari langit bahawasanya diantara ketiga-tiga makhluk ciptaan Allah iaitu(manusia, Iblis dan malaikat) salah satunya akan berlaku khianat serta berpaling dari perintah Allah...
Maka Malaikat amat-amatlah sedih mendengar perkhabaran tersebut, lalu Malaikat pergi menemui Iblis dan meminta Iblis mendoakan supaya yg berlaku khianat itu bukanlah dari kalangan Para Malaikat...
Malaikat meminta doa Iblis kerana Iblis pada waktu i2 diantara makhluk Allah yg paling hebat... Lebih hebat daripada Malaikat... Seperti kita juga, jika kita ingin meminta doa slalunya kita akan meminta kepada org yg lebih taqarrub ma'a Rabb seperti imam, uztaz, wali dan sbgnya... Lalu Iblis pun mendoakan agar Malaikat bukanlah daripada kalangan yg berlaku khianat dengan merasakan dirinya yg lebih mulia...
Sehinggakan lupa untuk mendoakan diri sendiri... Lalu setelah penciptaan Adam A.S... Dialah makhluk Allah yg bergelar Khianat... Kerana tidak mahu sujud kepada Adam, hakikatnya suruhan i2 adalah suruhan ALlah...


p/s: Jadi byk yg perlu kita ambil iktibar daripada kisah Iblis ini antaranya:
  • Kita sbg hamba Allah yg hina tapi sebaik-baik ciptaan tidak perlu berlaku riak mahupun sombong ini kerana jika kita masih bersikap sombong kita umpama binatang atau mungkin ebih teruk daripada binatang...
  • Kita juga perlu sentiasa berdoa kepada Allah, agar hidup kita sentiasa dibimbing dgn hidayahNya agar kita x tersesat
  • Selain i2, Rasullulah bersabda mafhumnya"Adalah Nabi S.A.W jika mendoakan seseorang, baginda akan memulai dengan berdoa untuk dirinya sndiri" HR Tarmizi..
  • Kita juga perlu sentiase mengambil berat terhadap apa yg diperintah oleh Allah...
Jika perkara2 ini dapat kita jaga, InsyaAllah pasti Allah akan berkati malah hidayahNya sntiase untuk org2 yg bertaqwa... Kadg-kala sesuatu yg ditangguh Allah i2 adalah untuk sesuatu yg lebih baik pada masa hadapan... Wallahu'lam....


**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

Wednesday, 13 March 2013

MuSim PePeRiksAan, MuSim BerTuhan??

Ingat lagi x time kite ngah amik peperiksaan?? =D

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh... Khaifa halukum ya jami'an?? Alhamdullilah...

 

Macam mana dengan hati, iman, akidah, Islam dan ibadah pada hari ini?? Alhamdullilah juga ke?? Insya'Allah...

 

Perkongsian pada hari ini adalah mengenai musim peperiksaan. Rasanya, semua pernah merasa untuk menghadapi peperiksaan kan?? Jadi ape yang antum rasa, OK ke KO??
Xnak cakap panjang lebar, nak teruskan kepada apa yang nak disampaikan pada malam ini iaitu musim peperiksaan adalah musim berTuhan?? kenape ye??
Sebabnya, pada musim peperiksaanlah semua yang akan mengambil peperiksaan akan berdoa bersungguh-sungguh, akan bertawakal kepada Allah secara sungguh-sungguh malah ibadah juga dilipatgandakan...
Wah!! Sebelum periksan tak buat pulak macam tu ye?  

 Berdoalah kepada-Ku, pasti akan Aku perkenankan bagi kamu. (Surah Ghafir: 60)



Jangan risau, kadang2 memang dengan sedikit ujian akan membuat kita lebih dekat dengan Allah SWT. Ustaz ana pernah cakap apabila ditanya mengenai ape yang perlu dibuat apabila peperiksaan menjelang. Maka jawabnya " TAQARUBBILLAH".. dekatkan diri pada Allah... Allahurobbi... Musim peperiksaan adalah musim untuk training diri kita untuk lebih dekat dengan Al-Khuluq. SubhanAllah.. Teruskan beristiqomah dalam berdoa dan bergantung pada Allah, kerana Allah amat-amat dan amat mencintai manusia yang mengadu dan berdoa padaNya...

Jadi, kepada calon PMR, SPM, STPM, STAM mahupun FINAL EXAM  teruskan kebergantungan antum pada Allah Azza Wajala.

TAFSIR surah al-Ikhlas ayat:2
Tidak sepatutnya di abdikan diri melainkan hanya kepada Allah, Dialah tuhan tempat manusia bergantung dan meminta segala hajat dan keperluan yang berterusan (sampai bila-bila).

~AKHIRU KALAM~



**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

Tuesday, 12 March 2013

-Allah Lebih Mengetahui-

Tertarik dengan gambar ni... sebab tu ana post kan skali... hehehehe helikopter... =D
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian... Alhamdullilah , dapat sama-sama kita bernafas lagi pada hari ini ye?? Semuanya kerana rahmat dari Allah Azza Wajala...

OK!! Hari ini ana nak sembang-sembang sikit pasai "jodoh"... Aish, nape tetibe pula nak cite mende-mende jiwang malam-malam ni... Penting ke??

Bagi pendapat peribadi ana, ianya amat-amatlah penting. Kenape penting ye?? Sebab melalui Baitul Muslim lah akan terbinanya masyarakat Muslim, dan dari situlah boleh membina sebuah negara Islam dan seterusnya.

TETAPI.... perlu diingatkan pada diri ana sendiri dan antum semua, setiap manusia mahukan pasangan yang baik-baik, yang soleh dan solehah dan molek-molek akan TETAPI tidak mahu menjadi baik-baik, soleh-soleh dan molek... Macam mana nak dapat yang MANTAP??

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari JENISmu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang." (Surah Ar-Rum:21)


Konsepnya senang ja, kalau mahu yang baik, jadikan diri sendiri baik dahulu.. Jika mahu yang solehah, jadikan diri soleh dahulu... Jika mahu disayangi, maka mulalah menyayangi dahulu... Kalau sudah menyayangi tapi tidak disayangi semula pun tidak apa... Jangan berasa sedih, kerana Allah Kan Ada?? Sentiasa menjaga dan menyayangi kita... Mana yang lebih utama, disayangi manusia atau disayangi Tuhan pada manusia?? Boleh kita renung-renungkan...

"Apabila seorang HAMBA mengarahkan HATInya kepada ALLAH, nescaya ALLAH mengarahkan hati orang2 beriman kepadanya."
~Muhammad bin Wasi'~




**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

Monday, 11 March 2013

ALLAH bersama orang di atas dan di bawah...




MUSYAWARAH MEMBENTUK KESEDARAN



Aha!! Ini adalah salah satu gambar ana sewaktu f5 dulu... dari kiri:Hammam(UiTM Kedah), Rahimi(KUISAS), Shahril(UiTM Perlis), Hafizuddin(KMPK), Aizat(KUISAS), Shamrin(SS Bukit Jalil) dan ana hujung sekali... yang depan tuuu AZIM f6... hehehe... ukhwah sesama kita akan berpanjangan sampai syurga Allah.. insya'Allah...


Assalamualaikum.... Salam Perak aman jaya, salam Kedah darul Aman, salam hijau BUMI ALLAH, salam bumi kenyalang dan salam IMAN DAN AMAL... Allahurobbi...

Dialog ana dengan teman seusrah:

Amar:"Ana ada sedikit masalah la"
Ana:"Masalah ape ye?? cer cite , cer cite??"

Amar:"Ada sorang sahabat ana ni cakap, kalau ana suka join persatuan2 agama akademik ana merundum, betul ke pernyataan dia??"

Ana:"Aik?? Ape motifnye dia cakap camtu"

Amar:"Yela, ada sebahagian anggota daripada persatuan agama tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran, ana ase sangat down dengan kata2 dia"

OOOOOKKKKKKK
Mudah je kenyataan manusia. Memang manusia selalu beranggapan , oleh kerana segelintir daripada kumpulan itu tidak menunjukkan qudwah yang baik, maka seluruhnya akan menjadi tidak baik.

Malah menyalahkan persatuan-persatuan Islam jika tidak cemerlang. PELIK. Tanya semula pada diri kita, kita belajar ini untuk apa?? Ape niat kita yang utama?? Adakah hanya nak mengejar kecemerlangan semata-mata atau ingin mengejar redha Allah?? betulkan niat semula...

Persoalannya, kenapa masih tidak dapat menunjukkan lagi prestasi yang baik dalam akademik walaupun sudah berada dalam golongan-golongan yang kuat pegangan agama?? Allah tidak tolong kah??

Allahurobbi... Allah tidak pernah memungkiri janji.. Bukankah Allah telah berjanji pada kita dalam surah Muhammad:7:"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."

Kita da tolong agama Allah namun kenapa masih x berjaya niiiiiii.... hehehe helikopter... Adakah mudah untuk mendapatkan syurga Allah?? YA!! Amat2 mudah jika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Begitu juga dengan KEJAYAAN, perlu berusaha berSUNGUH-SUNGGUH sehingga diri sentiasa merasa tidak puas dengan kesungguhan yang sedia ada... Allahurobbi..

TIDAK perlu ase DOWN. kerana setiap kali, kita ase jatuh, maka bergantunglah pada tali Allah, bukankah Allah sebaik-baik tempat bergantung??

Marilah sama2 kita meneliti ayat ini sebagai muhasabah berhari-hari:Al-Qasas:77:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu...."

*Jangan kisah apa orang pandang tentang diri kita, tapi ambillah berat mengenai ape yang Allah pandang pada diri kita*
                                                               
                                                          ALLAH KAN ADA BERSAMA KITA??



**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

  
Assalamualaikum... Alhamdullilah, diberi peluang oleh Allah SWT untuk menulis di blog.. ehem2... Penulisan pertama kot... hehe.. Jadi ape2 hal pun, ana kene perkenalkan diri dahulu laaa..
Bak kata orang " Tidak kenal maka Ta'aruf"..

Ismi Ruzbihan Hadi Bin Ahmad Bakhtiar Bin Mahayuddin Bin Ayip Qulub Ibrahim.. Ana berumur SWEET 19... Status :membujang lagi... Kalo ada yang berkenan boleh masuk meminang... >_<
Ana orang Perak... Anak kelima dari 6 orang adik beradik... Ana bersekolah di Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, dan  melanjutkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf... La ni berada di UiTM Sri Iskandar Perak mengambil jurusan Sains Matematik... Sebab ape ambil jurusan tuuuu??? Sebab minat ... Sonang ja...

KENAPA TIBA2 NAK WAT BLOG??

Allahurobbi... Yang pertama-tama sekali, adalah untuk menyebarkan dakwah dan berkongsi Ilmu bersama antum dengan harapan mendapat keredhaan Allah SWT... Xde cara lain ke?? hehe helikopter... Bukan Xde care lain, tapi ana suka menulis(menaip), dan ana rasa pendekatan dalam segi penulisan dan blog ini adalah lebih berkesan... Biasalah , sekarang kan generasi -Y.. bukan generasi-Y da , tapi da generasi STRAWBERI... lebih mantap dalam segi kemajuan teknologi.. YA!!! Islam adalah tetap dan anjal wa syumul.. menyeluruh... kan best gitu...

PERKONGSIAN DALAM BLOG INI??

X banyak ana nak kongsi. Cuma ana nak kongsi beberapa kenangan dan peristiwa yang boleh di ambil iktibar, serta perkongsian2 lain yang insya'Allah dapat dimanfaatkan bagi yang sudi membaca. Bukan untuk mencari publisiti, tapi ana sentiasa teringat mengenai apa yang pernah naqib ana katakan iaitu "APA YANG TELAH KITA BERIKAN UTK ISLAM".. Adakah kita lebih banyak memberi atau menerima.. mana yang lebih baik?? memberi atau menerima?? Tangan diatas adalah lebih baik dari tangan yang dibawah bukan?? Jadi ini adalah salah satu inisiatif ana untuk memberi kepada ummat akhir zaman, dengan menyedarkan diri sendiri dan ahli2... Allahurobbi...

HARAPAN...

Takde le besor mane harapannya pun. Sebab bukan ana yang mulakan perjuangan ini, dan bukan ana juga yang mengakhirkan perjuangan ini. Tapi harapan yang sedikit iaitu agar para pembaca boleh sama2 menegur dan sedar dan cakna dengan kehidupan hari-harian.. kerana yang BAIK itu datangnya dari Allah SWT, dan yang BURUK itu datangnya dari kelemahan diri ana sendiri yang disandarkan oleh Allah SWT kepada ana.. HAKIKATnya kedua2nya datang dari Allah SWT... Selamat berCHAT ON... =)



**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**