Allah Kan Ada

Tuesday, 12 March 2013

-Allah Lebih Mengetahui-

Tertarik dengan gambar ni... sebab tu ana post kan skali... hehehehe helikopter... =D
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian... Alhamdullilah , dapat sama-sama kita bernafas lagi pada hari ini ye?? Semuanya kerana rahmat dari Allah Azza Wajala...

OK!! Hari ini ana nak sembang-sembang sikit pasai "jodoh"... Aish, nape tetibe pula nak cite mende-mende jiwang malam-malam ni... Penting ke??

Bagi pendapat peribadi ana, ianya amat-amatlah penting. Kenape penting ye?? Sebab melalui Baitul Muslim lah akan terbinanya masyarakat Muslim, dan dari situlah boleh membina sebuah negara Islam dan seterusnya.

TETAPI.... perlu diingatkan pada diri ana sendiri dan antum semua, setiap manusia mahukan pasangan yang baik-baik, yang soleh dan solehah dan molek-molek akan TETAPI tidak mahu menjadi baik-baik, soleh-soleh dan molek... Macam mana nak dapat yang MANTAP??

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari JENISmu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang." (Surah Ar-Rum:21)


Konsepnya senang ja, kalau mahu yang baik, jadikan diri sendiri baik dahulu.. Jika mahu yang solehah, jadikan diri soleh dahulu... Jika mahu disayangi, maka mulalah menyayangi dahulu... Kalau sudah menyayangi tapi tidak disayangi semula pun tidak apa... Jangan berasa sedih, kerana Allah Kan Ada?? Sentiasa menjaga dan menyayangi kita... Mana yang lebih utama, disayangi manusia atau disayangi Tuhan pada manusia?? Boleh kita renung-renungkan...

"Apabila seorang HAMBA mengarahkan HATInya kepada ALLAH, nescaya ALLAH mengarahkan hati orang2 beriman kepadanya."
~Muhammad bin Wasi'~




**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

No comments: