Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Alhamdullilah diberi kesempatan sekali lagi dan lagi untuk meng update post baru. Mungkin sahaja Allah mahu ana berkongsi selagi boleh kepada antum. Harap-harap dengan sedikit perkongsian yang diberikan dapat sama-sama kita muhasabah bersama. Ilmu itu milik Allah. Inshaa Allah.
Bukan lilin tapi cahaya. Macam pelik jo bunyi tajuk?? Ape yang x kena dengan tajuk hari ini, marilah kita sama-sama berhenti daripada kesibukan duniawi sebentar dan cuba memahami apa yang dimaksudkan dengan tajuk yang diutarakan pada hari ini.
Ya, sering sekali kita mendengar pepatah "Guru itu umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain". Nampak sangat tajuk berkaitan dengan guru. Pada pendapat ana yang dhaif lagi hina ini, guru tidak sepatutnya diumpamakan seperti lilin. Ini kerana, lilin mempunyai satu nyalaan yang terhad. Ya !! Amat terhad, malah membakar diri pula. Mungkin sahaja pernyataan membakar diri bermaksud mengorbankan masa dan ruang demi untuk ta'lim, tarbiyah atau didikan kepada penuntut ilmu, akan tetapi harus diingatkan pada semua sebenarnya guru-guru telah membuka 1 saham yang amat bernilai disisi Allah SWT. Apa yang dikatakan dengan saham tersebut?? Bukankah setiap kali anak Adam yang meninggal dunia, ada 3 perkara yang akan membantu menambahkan amal kebaikannya? Antaranya adalah ILMU YANG BERMANFAAT..
Antum semua boleh fikir, jika seorang guru mengajar 1 kelas yang mempunyai lebih kurang 20-30 orang pelajar, dan setiap pelajar mampu menggunakan ilmu yang diajar dengan cara yang bermanfaat untuk menegakkan Islam mungkin, maka tidak banyakkah pahala yang berterusan yang guru itu dapat? SubhanAllah. Untungnya menjadi seorang guru. Yang dimaksud guru disini adalah guru yang mengajar ilmu yang mendekatkan diri pada Allah SWT, yang dapat membantu ummat Islam pada akhir zaman ini, yang dapat menegakkan syariat pada usia ini bukan ilmu yang menjauhkan penuntut daripada Al-Khaliq.
Firman Allah SWT dalam Al-Mujadaalah:11:
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama( dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat"
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama( dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat"
KADA Al-MUALLIM AN YAKUNA RASULA
"Peranan guru hampir-hampir kepada seorang Rasul"
Kenapa? Ini kerana guru memainkan peranan yang amat besar dalam menyebarkan ilmu. Sepertimana Rasul Allah yang menyebarkan Islam dengan pendekatan ilmu. SubhanAllah.
RESPEK PADA GURU
Respek atau dalam istilah lain hormat pada guru amat-amat digalakkan. Berkata Al-Imam Al-Ghazali dalam madahnya:
"Sebahagian ilmu tidak akan menyerahkan dirinya kepada kamu, sebelum kamu menyerahkan sepenuh jiwa raga kepadanya. Apabila kamu telah menyerahkan seluruh jiwa raga kepadanya, sebahagian ilmu akan menyerahkan kepadamu, namun sebahagian lagi masih belum tentu menerima kamu"
Ini yang dikaitkan penghormatan kepada guru. La ni banyak sangat murid/pelajar yang tidak hormatkan guru. Baru je guru-guru tegur dah report mak ayah ape sume. Tidak mungkin guru marah kalau mereka tidak melakukan kesalahan. Membenci guru, berdendam dengan guru yang membuatkan sebahagian ilmu tidak dapat menerima kita. Usaha sejauh mana tanpa keberkatan dan barokah dari guru tidak kemanalah ilmu tersebut.
ANALOGI
Kisah Imam As-Shafie':
Semasa Imam As-Shafie' sedang memberikan kuliah kepada ribuan penuntut, masuklah seorang Badwi yang busuk dan berpakaian comot. Imam Shafie' lantas memberhentikan kuliahnya lalu menghampiri Badwi tersebut dan memeluk erat Badwi tersebut. Selesai sahaja kuliah, para pelajarnya bertanyakan mengapa begitu dia menghormati Badwi yang busuk tersebut. Lalu Imam Syafie' menceritakan perkara yang sebenar.
"Ketika aku mahu menyiapkan sebuah kitab Fiqh, aku mengalami satu masalah, masalah ini telah menyebabkan aku tidak dapat menyempurnakan kitab tersebut. Masalah tersebut adalah aku tidak dapat membezakan diantara anjing matang dan anjing tidak matang. Lalu aku berfikir sejenak dan memikirkan kemungkinan Badwi tahu kerana kebanyakan Badwi menternak kambing, bagi mengawal kambing mereka akan menggunakan anjing. Lalu aku pergi menemui Badwi tersebut dan dia menerangkan perbezaan diantara keduanya"
Anjing matang akan mengangkat sebelah kakinya semasa kencing, manakala anjing yang masih tidak matang tidak akan mengangkat kakinya semasa kencing. Akhirnya Imam as-syafie' berjaya menyiapkan kitab fiqh nya itu.
Lihat betapa sedikitnya ilmu yang dikongsi namun Imam As-Shafie tetap menghormati Badwi tersebut walaupun busuk dan comot. Allahurobbi. Hebat sungguh ulama' zaman dahulu.
(Khutbah Jumaat Masjid Hospital + iluvislam.com)
Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak termasuk ummatku, orang yang tidak menghormati orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim diantara kami"
HR AHMAD
Siapalah kita sebenarnya tanpa guru. Yang paling penting sekali, kita semua perlu menghormati dan patuh kepada guru pertama kita yakni ibu dan ayah kita. Mungkin tidak mengajar kita secara langsung tapi perkara bukan secara langsunglah yang banyak dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. =D
Yang pastinya, Allah Kan Ada bersama-sama kita semua.
*Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru-guru Tadika Islam Batu Gajah, Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad Batu Gajah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf dan Universiti Teknologi Mara Perak. Jasa kalian tidak dapat ana balas, cuma dengan doa agar kalian berada dalam kalangan mereka yang beriman, Inshaa Allah"
** Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah ana. Moga-moga mereka mendapat keberkatan didunia dan akhirat**
No comments:
Post a Comment