13.05.2013 bersamaan dengan hari Isnin.
Aku bangun agak awal pada hari itu, kira-kira jam 4 pagi kerana tersedar ketika kedua-dua kakak aku sedang bersiap untuk pergi melawat mak. Akak menyuruh aku tunggu sahaja di rumah. Yanga ada dirumah pada waktu itu ialah ayah, kakak ipar(isteri abg sulung)+anak2, abang ipar dan aku. Selepas solat Subuh, seperti biasa aku akan menyidai kain, dan membaca al-quran. Pada kali itu, aku memanjangkan sedikit masa aku untuk membaca Al-quran. Ada salah seorang sahabat mengatakan, pada waktu suram begini hanya Al-quran yang menjadi penenang ruhaniah. Pada pukul 8 pagi ayah keluar untuk membeli sarapan dan kelihatan abang sulung bersama adik pun balik, Mereka agak penat kerana berjaga semalaman. Aku? Erm. Apa pun x membantu. Selepas bersarapan , ayah mengajak aku pergi melawat. Adik yang kini berada di tingkatan 4 ingin mengikut, tapi aku terus bertanya, dia tidak ke sekolah ke? Bukan minggu exam ke? Hampir bergaduhlah kami, lalu dia menyatakan , "Kalau pergi pun, fail jugak, aku x baca pape pun untuk exam, sekurang2 nya kalo x pergi dapat buat exam hari lain, ada masa nak baca buku". Aku tergamam seketika, tapi aku tetap melarang untuk ikut sama kerana dia baru sahaja pulang.
Aku bergerak dengan ayah ke hospital dengan kereta wira yang dipandu ayah. Kami berjumpa kakak2 dan berborak sebentar di bahagian bawah hospital. Akak cakap, mengikut laporan doktor, mak ada lemah jantung dan saluran jantung mak tersumbat. Otak mak x boleh nak generate normally kerana lama tidak dapat oksigen. Lalu, aku dan ayah segera naik ke wad manakala 2 orang kakak aku tadi pulang kerana nak jaga baby girl akak di rumah. Tidak beberapa jam kemudian, abang ipar datang bersama adik dan kakak. Abang ipar bertanya apa perkembangan mak. aku beritahu doktor cakap 50-50. Abang ipar terus mengatakan ketidak puashatinya. Abang ipar terus berkata " Xpe bian, 50-50 tu atas pengetahuan doktor, 50-50 pengetahuan Allah adalah lebih luas". Aku bersemangat kembali. Selepas melawat mak beberapa ketika, abang ipar balik bersama kakak dan adik. Aku masuk ke dalam wad untuk melihat mak. Tiba-tiba datang seorang sahabat katanya nak melawat, dan kami sama-sama masuk ke dalam wad. Aku memperkenalkan mak kepada sahabat aku itu. Sebelum ini, mak memang kenal benar dengan sahabat sorang ni. Heart beat mak menurun sehingga mencecah 93. Lalu ayah tiba-tiba masuk. Aku dan sahabat keluar kerana pada satu masa hanya boleh 2 orang sahaja yang melawat.
Ayah keluar dan ayah cakap kadar jantung mak meningkat sebanyak 120++.. Aku terkesima sebentar. Hebatnya hidup berpasangan, tidak melemahkan tapi menguatkan. Barangkali mungkin mak rindukan ayah , sebab itu mak masih bertarung untuk sedar. Tidak lama kemudian ayah turun dan datang pula sahabat akak yg berupa mualaf bersama suaminya. Kami berborak sebentar sehingga waktu Zuhur. Lalu mereka pun pulang. Setelah menunaikan fardhu Zuhur, aku menunggu kembali, dan kadang2 keluar masuk wad mak untuk memastikan keadaan sebenar mak. Ayah menghampiri dan menyuruh aku membeli air di HOSP SHOP, aku bingkas bangun dari duduk dan pergi membeli. Sementara menunggu ternampak pertengkaran yg berlaku diantara guard perempuan dengan wanita India. Ya, ada sahaja karenah yang berlaku di hospital. Aku dan ayah bergilir-gilir masuk kedalam wad sehingga masuk waktu Asar. Selepas Asar abang kedua ku datang dan membawa makanan. Oleh kerana terlalu sangat menjaga, sampai lupa untuk aku makan. Ayah menghampiri seraya berkata " Orang yg nak jaga orang sakit ni, kene kuat, Kalau x makan macam mana nak ada tenaga" dan memberikan makanan yang dibeli abang tadi. Selepas abang kedua aku pulang, datang pula abang sulung, akak2, adik dan adik beradik ayah. Kawasan tersebut dipenuhi oleh kaum kerabat kami sahaja. Ada juga rakan sepejabat yg datang. Lalu pakcik aku selaku adik kepada ayah aku berkata padaku "Bukan senang nak cari orang macam mereka, meskipun bukan kaum keluarga tetap juga datang melawat dan ambil berat".
Allahurobbi. Islam yang mendekatkan kita. Aku, ayah dan seorang kakak bercadang untuk jaga sehingga Maghrib. Aku dan ayah ke tingkat 1 untuk menunaikan solat Maghrib. Selepas mengambil wudhuk, seorang pakcik yang berkopiah meminta aku untuk menjadi imam. Aku menjadi imam untuk solat Maghrib hari itu. Selesai bersolat dan berwirid sebentar, aku berdoa dengan panjang lebarnya dengan harapan Allah akan perkenankan doaku. Makmum mengaminkan dengan begitu kusyuk seolah-olah mereka paham keadaan aku pada waktu itu. Selepas Isya' mak dijaga oleh abg2 dan adik. Setiba di rumah, aku mengajak ayah makan. Selepas itu, aku berehat sebentar di bilik, lalu abang ipar aku masuk dan ajak berborak. Apa yang dia katakan adalah " Pada waktu genting2 begini, keadaan begini, yang terbaik kita boleh buat adalah MEMAAFkan, jangan salah paham maksud abang" Selesai berborak dan setelah membaca Yasin, aku terus rebahkan badanku atas kati dan memikirkan apa yang disebut abang iparku sebentar tadi dan akhirnya lena menjadi hari ku...
TONGGAK
Perlahan-lahan aku tersedar,
Keadaanmu semakin jauh,
Tidak berdaya, terkulai layu,
Umpama pohon hilang tonggaknya.
Tidak berdaya, terkulai layu,
Umpama pohon hilang tonggaknya.
Meski kita semakin jauh,
Kasihmu tetap dalam hatiku,
Walau kita jarang bertentang mata,
Dirimu slalu dalam jantung hatiku,
Sebagai tonggak permulaan kehidupan.
Tonggak iman mudah goyah,
Menjaganya x mudah tapi payah,
Mampukah diri ini hanya berserah,
Menanti keredhaanMu ya Allah...
Official by Ruz Had-Allah Kan Ada!!
No comments:
Post a Comment