Allah Kan Ada

Thursday, 13 June 2013

IBU, MOTHER, UMMI , MAMA , MAK

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Alhamdullilah , bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurniaNya kita masih dapat lagi menghirup udara yang segar bangat ini. ^_^
Juga , bersyukur ke hadrat Ilahi, jika masih mempunyai ibu dan juga ayah, kerana masih dapat juga menabur bakti.

Daripada Abdullah bin Mas'ud RA: Aku telah bertanya pada Rasulullah SAW mengenai amalan apa yang paling dicintai oleh Allah SWT?
Nabi bersabda:"Menunaikan solat di awal waktu"
Lalu aku bertanya :Apa lagi wahai Rasulullah?
Nabi bersabda: "Berbuat bakti kepada kedua ibu bapa"

HR BUKHARI

Ha, kan molek tu. Berbuat bakti pada ibu bapa sebelum ajal mendatang adalah tergolong dalam amalan yang baik sekali. Selagi mana masih ada ibu dan ayah, maka jangan lah sesekali menderhaka. Lainlah ana ni kan, sudah menjadi anak YATIM. Inshaa Allah anak SOLEH to be. Moga-moga dapat mendoakan kesejahteraan ibu disana. Doa tidak akan putus, bakti pada ayah juga tidak akan dilupakan. Kenapa??

"Syurga dibawah tapak kaki ibu" ... Ini sering kita dengar bukan. Tapi masih ada satu hadith lagi iaitu: "Ayah merupakan pintu ke syurga"... Allahurobbi.. Dua-dua pun penting. Papehal pun kene CHILL, TABAH dan SABAR. Allah Kan Ada.

Papa n Mama... =)

 PERKONGSIAN

Cerita ini telah diceritakan oleh seorang sahabat pada ana waktu ana berada dalam tingkatan 3. Sahabat ana ni sudah kehilangan ibu dan ayah ketika masih kecilnya. Mungkin antum pernah dengar cerita ini, tapi tidak salahkan kita ulang-ulang cerita. 99 kali rindu pun boleh tengok ulang-ulang. HEHEHE...

Suatu ketika, ketikamana seorang bayi dalam proses dilahirkan dan dihidupkan oleh Allah SWT. Lalu bayi tersebut bertanya kepada Tuhannya.

Bayi: Para malaikat menyatakan bahawa esok aku akan dikirimkan oleh Engkau kedunia. Aku masih begitu kecil dan lemah. 

Tuhan: Aku telah memilih satu malaikat untuk kamu. Dia akan melindungi kamu dengan izinKu.

Bayi: Mengapa Engkau mengirimkan ku ke dunia. Sedangkan aku sungguh bahagia berada disyurga.

Tuhan: Malaikatmu akan menyanyikan dan membahagiakan kamu. Dan kamu akan merasakan kehangatan kasihnya padamu.

Bayi: Bagaimana untuk aku berbicara dengan Mu pabila didunia nanti?

Tuhan: Malaikatmu akan mengajarmu berbicara dengan berdoa, dengan itu dapatlah kamu berbicara denganKu.

Bayi: Aku dengar di bumi mempunyai ramai orang jahat, bagaimana?

Tuhan: Malaikatmu akan melindungimu dengan izinKu dengan taruhan nyawanya.

Bayi: Tapi... Aku berasa sangat sedih tidak dapat melihat Engkau lagi.

Tuhan: Jangan bersedih. Malaikat mu akan menceritakan tentangku padamu dan mengajar kamu bagaimana cara untuk kamu boleh kembali padaKu. Walaupun sesungguhnya Aku sungguh dekat denganmu.

Seusai sebelum bayi tersebut mahu dikirimkan kedunia, lalu dia bertanya buat kali terakhir.

Bayi : Sebelum aku dikirimkan, boleh aku mengetahui siapakah malaikat yang Engkau katakan itu?

Tuhan: Kamu dapat memanggilnya dengan sebutan .... IBU...

*********************************************************************************
Moge2 sedikit perkongsian ini dapat sama-sama kita ambil iktibar.
Ana memohon maaf atas segala silap dan salah. Harap boleh tegur ye. Inshaa Allah.
Jangan terlalu bersedih, mungkin sahaja ianya penuh berhikmah. Tanpa kita sedari, perkara yang kita benci mungkin sahaja adalah yang terbaik bagi kita. Yang pastinya Allah Kan Ada. ^_^

*Perginya mak meninggalkan kami sekeluarga pada hari Isnin, jam 1.30 petang bersamaan dengan 1 Sya'aban 1434 H.*

>_<

** Ana sedekahkan pahala kebaikan pos ini buat ibu dan ayah. Moga-moga mereka ditempatkan oleh Allah SWT dalam kalangan mereka-mereka yang beriman**

1 comment:

Anonymous said...

ibu.mother.ummi.mama.mak.. ada ag satu... ummu... huuhhuhuuh :)