Allah Kan Ada

Sunday, 26 May 2013

Bukan LILIN, tapi CAHAYA

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Alhamdullilah diberi kesempatan sekali lagi dan lagi untuk meng update post baru. Mungkin sahaja Allah mahu ana berkongsi selagi boleh kepada antum. Harap-harap dengan sedikit perkongsian yang diberikan dapat sama-sama kita muhasabah bersama. Ilmu itu milik Allah. Inshaa Allah.

Bukan lilin tapi cahaya. Macam pelik jo bunyi tajuk?? Ape yang x kena dengan tajuk hari ini, marilah kita sama-sama berhenti daripada kesibukan duniawi sebentar dan cuba memahami apa yang dimaksudkan dengan tajuk yang diutarakan pada hari ini.

Ya, sering sekali kita mendengar pepatah "Guru itu umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain". Nampak sangat tajuk berkaitan dengan guru. Pada pendapat ana yang dhaif lagi hina ini, guru tidak sepatutnya diumpamakan seperti lilin. Ini kerana, lilin mempunyai satu nyalaan yang terhad. Ya !! Amat terhad, malah membakar diri pula. Mungkin sahaja pernyataan membakar diri bermaksud mengorbankan masa dan ruang demi untuk ta'lim, tarbiyah atau didikan kepada penuntut ilmu, akan tetapi harus diingatkan pada semua sebenarnya guru-guru telah membuka 1 saham yang amat bernilai disisi Allah SWT. Apa yang dikatakan dengan saham tersebut?? Bukankah setiap kali anak Adam yang meninggal dunia, ada 3 perkara yang akan membantu menambahkan amal kebaikannya? Antaranya adalah ILMU YANG BERMANFAAT..

Antum semua boleh fikir, jika seorang guru mengajar 1 kelas yang mempunyai lebih kurang 20-30 orang pelajar, dan setiap pelajar mampu menggunakan ilmu yang diajar dengan cara yang bermanfaat untuk menegakkan Islam mungkin, maka tidak banyakkah pahala yang berterusan yang guru itu dapat? SubhanAllah. Untungnya menjadi seorang guru. Yang dimaksud guru disini adalah guru yang mengajar ilmu yang mendekatkan diri pada Allah SWT, yang dapat membantu ummat Islam pada akhir zaman ini, yang dapat menegakkan syariat pada usia ini bukan ilmu yang menjauhkan penuntut daripada Al-Khaliq.

Firman Allah SWT dalam Al-Mujadaalah:11:
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama( dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat"




KADA Al-MUALLIM AN YAKUNA RASULA

"Peranan guru hampir-hampir kepada seorang Rasul"
Kenapa? Ini kerana guru memainkan peranan yang amat besar dalam menyebarkan ilmu. Sepertimana Rasul Allah yang menyebarkan Islam dengan pendekatan ilmu. SubhanAllah.

RESPEK PADA GURU
Respek atau dalam istilah lain hormat pada guru amat-amat digalakkan. Berkata Al-Imam Al-Ghazali dalam madahnya:
"Sebahagian ilmu tidak akan menyerahkan dirinya kepada kamu, sebelum kamu menyerahkan sepenuh jiwa raga kepadanya. Apabila kamu telah menyerahkan seluruh jiwa raga kepadanya, sebahagian ilmu akan menyerahkan kepadamu, namun sebahagian lagi masih belum tentu menerima kamu"

Ini yang dikaitkan penghormatan kepada guru. La ni banyak sangat murid/pelajar yang tidak hormatkan guru. Baru je guru-guru tegur dah report mak ayah ape sume. Tidak mungkin guru marah kalau mereka tidak melakukan kesalahan. Membenci guru, berdendam dengan guru yang membuatkan sebahagian ilmu tidak dapat menerima kita. Usaha sejauh mana tanpa keberkatan dan barokah dari guru tidak kemanalah ilmu tersebut.

ANALOGI
Kisah Imam As-Shafie':
Semasa Imam As-Shafie' sedang memberikan kuliah kepada ribuan penuntut, masuklah seorang Badwi yang busuk dan berpakaian comot. Imam Shafie' lantas memberhentikan kuliahnya lalu menghampiri Badwi tersebut dan memeluk erat Badwi tersebut. Selesai sahaja kuliah, para pelajarnya bertanyakan mengapa begitu dia menghormati Badwi yang busuk tersebut. Lalu Imam Syafie' menceritakan perkara yang sebenar.

"Ketika aku mahu menyiapkan sebuah kitab Fiqh, aku mengalami satu masalah, masalah ini telah menyebabkan aku tidak dapat menyempurnakan kitab tersebut. Masalah tersebut adalah aku tidak dapat membezakan diantara anjing matang dan anjing tidak matang. Lalu aku berfikir sejenak dan memikirkan kemungkinan Badwi tahu kerana kebanyakan Badwi menternak kambing, bagi mengawal kambing mereka akan menggunakan anjing. Lalu aku pergi menemui Badwi tersebut dan dia menerangkan perbezaan diantara keduanya"

Anjing matang akan mengangkat sebelah kakinya semasa kencing, manakala anjing yang masih tidak matang tidak akan mengangkat kakinya semasa kencing. Akhirnya Imam as-syafie' berjaya menyiapkan kitab fiqh nya itu. 
Lihat betapa sedikitnya ilmu yang dikongsi namun Imam As-Shafie tetap menghormati Badwi tersebut walaupun busuk dan comot. Allahurobbi. Hebat sungguh ulama' zaman dahulu.
(Khutbah Jumaat Masjid Hospital + iluvislam.com)

Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak termasuk ummatku, orang yang tidak menghormati orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim diantara kami" 
HR AHMAD

Siapalah kita sebenarnya tanpa guru. Yang paling penting sekali, kita semua perlu menghormati dan patuh kepada guru pertama kita yakni ibu dan ayah kita. Mungkin tidak mengajar kita secara langsung tapi perkara bukan secara langsunglah yang banyak dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. =D

Yang pastinya, Allah Kan Ada bersama-sama kita semua.

*Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru-guru Tadika Islam Batu Gajah, Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad Batu Gajah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf dan Universiti Teknologi Mara Perak. Jasa kalian tidak dapat ana balas, cuma dengan doa agar kalian berada dalam kalangan mereka yang beriman, Inshaa Allah"

** Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah ana. Moga-moga mereka mendapat keberkatan didunia dan akhirat**

Monday, 20 May 2013

Makan NASIHAT @ Hadam NASIHAT?

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Salam Perak aman jaya, salam Hijau bumi Allah, salam ukhwah dan salam iman dalam hati...
SubhanAllah, walhamdullilah , Allahuakbar... Pertama-tama sekali mari kita merafat kesyukuran kepada Allah SWT dan berselawat kepada Rasul Allah Muhammad SAW... Allahumma solli ala saidina muhammad wa ala ahlihi muhammad.... Moga-moga permbaca berada dalam keadaan sihat wal afiat. =D

Post pada kali ini, adalah berkaitan dengan nasihat. Nasihat? Semua orang tahu nasihat-menasihati. Ape kaitan nasihat dan Islam?

Dari Abu Ruqayyah iaitu Tamin bin Aus ad-Dari ra bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda "Agama itu merupakan nasihat" lalu sahabat bertanya :"Untuk siapa?" Baginda menjawab :" Untuk Allah, untuk kitabNya, RasulNya, pemimpin2 kaum muslimin serta bagi segenap umumnya ummat Islam"
HR MUSLIM

KENAPA NAK NASIHAT?

Ana terharu dengan satu hadith yang berbunyi
"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai saudara-saudaranya sepertimana dia mencintai diri sendiri"
Jadi ana sangat-sangat mencintai antum semua, dan mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian ini dapat sama-sama kita saling insaf-menginsafi serta nasihat-menasihati.. Inshaa Allah...

TAPI orang yang menerima nasihat , adakah mereka hanya makan nasihat atau dapat menghadam nasihat dengan baik?

Tidak sama ke makan dengan hadam? Ejaan pun lain, sudah pasti membawa perbezaan yang jelas. Sebagai contoh, manusia makan nasi akan tetapi tidak semua makanan tersebut membantu manusia, kerana ada sebahagian yang tidak diperlukan akan dikeluarkan daripada badan melalui proses-proses tertentu. Tapi jika hadam, pastinya makanan tersebut akan membantu badan manusia dengan baik. Yeke? Kalau salah tegur lah ye.. huhuhu...

Post pada kali ini juga nak buat satu kelainan sikit. Lebih kepada jawapan/nasihat yang seringkali orang-orang utarakan. Allahurobbi... Antara berhikmah atau tidak je. Yang pasti, yang baik itu datang dari Allah SWT, dan yang kurang itu datang dari kelemahan diri ana sendiri, hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah SWT... Moga-moga antum boleh amati dan HADAM ape yang ana cuba nak kongsikan ini ya? Inshaa Allah... =D




MASALAH

1-"Xkan la pergi tepi pantai pun nak pakai baju kurung, agak2 la, yang tegur tu ingat dah baik sangat ke?"

Jawapan 1: "Cabul gile mulut ang, ang tu Islam le GILE"
Jawapan 2: "X salah awak xnak pakai baju kurung, janji awak tutup aurat k? Awak x dapat dosa , orang        lain pun x tumpang dosa"

2-"Hek eleh, aku kapel je pun dengan dia, bukan buat mende bukan-bukan pun, ko sibuk pehal?"

Jawapan 1:"Bagus le tu, bior sama-sama masuk neraka, TAHNIAH!!"
Jawapan 2:"Kapel tu haram, memang x buat apa2, tapi akan membina zina dalam hati, x tahan ko ley ajak nikah, inshaa Allah lagi berkat"

3-"Aku walaupun x solat, tapi aku baik je ngan orang "

Jawapan 1:"Baik ngan orang ape guna, bukan dia boleh masukkan ang dalam syurga, x solat neraka jawapnye"
Jawapan 2:"Kalau nak hubungan lebih baik ngan orang kene jaga hubungan dengan Allah, cara jaga hubungan dengan Allah adalah solat "

4-"Aku dulu peminum arak, suka wat mende2 zina, tapi aku nak berubah "

Jawapan 1:"Ko minum arak? Dah jadi darah daging da, memang kene humban le dalam neraka, sori to say"
Jawapan 2:"Nak berubah? Alhamdullilah, tapi pertama sekali kene taubat nasuha dulu, janji x buat agi, inshaa Allah , Allah akan bantu awak nak berubah."

5-"Memang le aku solat, tapi aku suka buat mende x baik, macam mana Allah nak terima doa aku '

Jawapan 1:"Setakat solat tapi akhlak buruk memang x diperkenan Allah pun. Ubah lah.."
Jawapan 2:"Jangan putus asa dari rahmat Allah, rahmat Allah lebih luas berbanding kemurkaanNya, teruskan berdoa dan bergantung pada Allah"

6-"Aku x cukup soleh untuk doakan mak aku "

Jawapan 1:" Abeh tu ang nak tunggu sampai ang jadi betul2 soleh? Memang TAK la"
Jawapan 2:"Teruskan berdoa, orang yang mendoakan mak sendiri pun dah dikira soleh, apatah lagi ditambah dengan istiqomah dalam beribadah, inshaa Allah "

7-"Ko x payah la tegur aku, kubur lain-lain"

Jawapan 1:"Silap hari bulan kubur aku kene tanam sebelah ang, tempiasnye kene jugak, PIKIR sikit"
Jawapan 2:"Aku cuma tegur je, sebab aku harap kita dapat masuk syurga sama2"

8-"Aku buat baik salah, aku buat x baik pun salah, ape masalah kat dunia ni "

Jawapan 1:" Dah perangai ang pun teruk, macam mana nak dapat hidayah bro "
Jawapan 2:" Teruskan buat baik, jauh dari buat jahat. Kalau dengar kata orang kat dunia ni memang sampai bila-bila mereka x puas hati. Terus beristiqomah dengan berbuat baik"

9-"Aku suka kat budak tu , macam mana aku nak buat ?"

Jawapan 1:"Udah lah, kau bukannye baik sangat, dia dah le alim, cari le yang sekufu ngan ang, aduyai "
Jawapan 2:"Jumpa lah mak ayah dia, inshaa Allah niat yang baik Allah akan tolong , kalau ditolak pun Allah dah sediakan yang lebih baik. =) "

Dan pelbagai lagi jenis soalan dan jawapan yang kita semua pernah dengar, alami dan hayati. Hehehe.. Ana rasa antum semua pun boleh bezakan mana satu nasihat yang lebih dihadam daripada hanya dimakan. Jadi sebagai hamba Allah yang hina dan dhaif, tidak sewajarnya kita terus meletak hukum kepada mereka yang melakukan dosa, kerana bukan kita yang memberikan mereka syurga atau neraka, akan tetapi ianya tetap hak mutlak Allah. Kita cuma mengusahakan sahaja. Memang kita wajib menegur tapi kene lah berhikmah, barulah Allah suka. Allah suka, pastinya seluruh alam akan turut suka. Suka x?? =D

TUTUP AIB

Ya, memang tidak dinafikan. Ana ada je jumpe dengan golongan yang menegur di khalayak ramai. Waktu tu pasangan kapel tu ngah dok borak2 dibawah lampu jalan. Tiba-tiba datang seorang mamat ni terus tegur di khalayak ramai dengan suara yang agak lantang. Jadi akan menimbulkan pandangan serong terhadap si penegur. Memang betul dia berani, tapi apa yang dianjurkan oleh Rasulullah adalah cara yang lebih berhikmah. Tegur secara private dan tidak memalukan di khalayak ramai.

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi Muhammad SAW sabdanya :
"Tidak ada seorang hambapun yang menutupi aib seseorang hamba yang lain di dunia, melainkan ia akan ditutup aibnya oleh Allah pada hari kiamat"

Allahurobbi. Jangan putus asa dari rahmat Allah.
Allah sentiasa-sentiasa dan sentiasa ada dengan kita. SubhanAllah...

*** Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini kepada mak dan ayah ana, moge-moge mereka mendapat rahmat dan perlindungan Allah ***


Friday, 17 May 2013

HARI ITU... (2)

Mungkin perkongsian yang sedikit ini, mampu memberikan kita kesedaran... Sikit pun jadi la.... Inshaa Allah..

13.05.2013 bersamaan dengan hari Isnin.

Aku bangun agak awal pada hari itu, kira-kira jam 4 pagi kerana tersedar ketika kedua-dua kakak aku sedang bersiap untuk pergi melawat mak. Akak menyuruh aku tunggu sahaja di rumah. Yanga ada dirumah pada waktu itu ialah ayah, kakak ipar(isteri abg sulung)+anak2, abang ipar dan aku. Selepas solat Subuh, seperti biasa aku akan menyidai kain, dan membaca al-quran. Pada kali itu, aku memanjangkan sedikit masa aku untuk membaca Al-quran. Ada salah seorang sahabat mengatakan, pada waktu suram begini hanya Al-quran yang menjadi penenang ruhaniah. Pada pukul 8 pagi ayah keluar untuk membeli sarapan dan kelihatan abang sulung bersama adik pun balik, Mereka agak penat kerana berjaga semalaman. Aku? Erm. Apa pun x membantu. Selepas bersarapan , ayah mengajak aku pergi melawat. Adik yang kini berada di tingkatan 4 ingin mengikut, tapi aku terus bertanya, dia tidak ke sekolah ke? Bukan minggu exam ke? Hampir bergaduhlah kami, lalu dia menyatakan , "Kalau pergi pun, fail jugak, aku x baca pape pun untuk exam, sekurang2 nya kalo x pergi dapat buat exam hari lain, ada masa nak baca buku". Aku tergamam seketika, tapi aku tetap melarang untuk ikut sama kerana dia baru sahaja pulang.

Aku bergerak dengan ayah ke hospital dengan kereta wira yang dipandu ayah. Kami berjumpa kakak2 dan berborak sebentar di bahagian bawah hospital. Akak cakap, mengikut laporan doktor, mak ada lemah jantung dan saluran jantung mak tersumbat. Otak mak x boleh nak generate normally kerana lama tidak dapat oksigen. Lalu, aku dan ayah segera naik ke wad manakala 2 orang kakak aku tadi pulang kerana nak jaga baby girl akak di rumah. Tidak beberapa jam kemudian, abang ipar datang bersama adik dan kakak. Abang ipar bertanya apa perkembangan mak. aku beritahu doktor cakap 50-50. Abang ipar terus mengatakan ketidak puashatinya. Abang ipar terus berkata " Xpe bian, 50-50 tu atas pengetahuan doktor, 50-50 pengetahuan Allah adalah lebih luas". Aku bersemangat kembali. Selepas melawat mak beberapa ketika, abang ipar balik bersama kakak dan adik. Aku masuk ke dalam wad untuk melihat mak. Tiba-tiba datang seorang sahabat katanya nak melawat, dan kami sama-sama masuk ke dalam wad. Aku memperkenalkan mak kepada sahabat aku itu. Sebelum ini, mak memang kenal benar dengan sahabat sorang ni. Heart beat mak menurun sehingga mencecah 93. Lalu ayah tiba-tiba masuk. Aku dan sahabat keluar kerana pada satu masa hanya boleh 2 orang sahaja yang melawat.

Ayah keluar dan ayah cakap kadar jantung mak meningkat sebanyak 120++.. Aku terkesima sebentar. Hebatnya hidup berpasangan, tidak melemahkan tapi menguatkan. Barangkali mungkin mak rindukan ayah , sebab itu mak masih bertarung untuk sedar. Tidak lama kemudian ayah turun dan datang pula sahabat akak yg berupa mualaf bersama suaminya. Kami berborak sebentar sehingga waktu Zuhur. Lalu mereka pun pulang. Setelah menunaikan fardhu Zuhur, aku menunggu kembali, dan kadang2 keluar masuk wad mak untuk memastikan keadaan sebenar mak. Ayah menghampiri dan menyuruh aku membeli air di HOSP SHOP, aku bingkas bangun dari duduk dan pergi membeli. Sementara menunggu ternampak pertengkaran yg berlaku diantara guard perempuan dengan wanita India. Ya, ada sahaja karenah yang berlaku di hospital. Aku dan ayah bergilir-gilir masuk kedalam wad sehingga masuk waktu Asar. Selepas Asar abang kedua ku datang dan membawa makanan. Oleh kerana terlalu sangat menjaga, sampai lupa untuk aku makan. Ayah menghampiri seraya berkata " Orang yg nak jaga orang sakit ni, kene kuat, Kalau x makan macam mana nak ada tenaga" dan memberikan makanan yang dibeli abang tadi. Selepas abang kedua aku pulang, datang pula abang sulung, akak2, adik dan adik beradik ayah. Kawasan tersebut dipenuhi oleh kaum kerabat kami sahaja. Ada juga rakan sepejabat yg datang. Lalu pakcik aku selaku adik kepada ayah aku berkata padaku "Bukan senang nak cari orang macam mereka, meskipun bukan kaum keluarga tetap juga datang melawat dan ambil berat".

Allahurobbi. Islam yang mendekatkan kita. Aku, ayah dan seorang kakak bercadang untuk jaga sehingga Maghrib. Aku dan ayah ke tingkat 1 untuk menunaikan solat Maghrib. Selepas mengambil wudhuk, seorang pakcik yang berkopiah meminta aku untuk menjadi imam. Aku menjadi imam untuk solat Maghrib hari itu. Selesai bersolat dan berwirid sebentar, aku berdoa dengan panjang lebarnya dengan harapan Allah akan perkenankan doaku. Makmum mengaminkan dengan begitu kusyuk seolah-olah mereka paham keadaan aku pada waktu itu. Selepas Isya' mak dijaga oleh abg2 dan adik. Setiba di rumah, aku mengajak ayah makan. Selepas itu, aku berehat sebentar di bilik, lalu abang ipar aku masuk dan ajak berborak. Apa yang dia katakan adalah " Pada waktu genting2 begini, keadaan begini, yang terbaik kita boleh buat adalah MEMAAFkan, jangan salah paham maksud abang" Selesai berborak dan setelah membaca Yasin, aku terus rebahkan badanku atas kati dan memikirkan apa yang disebut abang iparku sebentar tadi dan akhirnya lena menjadi hari ku...



TONGGAK

Perlahan-lahan aku tersedar,
Keadaanmu semakin jauh,
Tidak berdaya, terkulai layu,
Umpama pohon hilang tonggaknya.

Meski kita semakin jauh,
Kasihmu tetap dalam hatiku,
Walau kita jarang bertentang mata,
Dirimu slalu dalam jantung hatiku,
Sebagai tonggak permulaan kehidupan.
Tonggak iman mudah goyah,
Menjaganya x mudah tapi payah,
Mampukah diri ini hanya berserah,
Menanti keredhaanMu ya Allah...

Official by Ruz Had-Allah Kan Ada!!

Tuesday, 14 May 2013

HARI ITU... (1)

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh... Pada post kali ini, ana just nak kongsi sedikit cerita dengan antum... Inshaa Allah, apa yang baik diambil iktibar, ape yang kurang binalah sempadan... Mungkin agak nak muntah sedikit baca karangan tanpa pandu, tapi saje nak share. Allahurobbi...

Pada 12.05.2013 bersamaan dengan hari Ahad.

Hari itu, aku bangun dengan bantuan ayah biiznillah bagi menunaikan solat Subuh pada pukul 6.15 pagi. Memang selalunya ayah la yang gerak, kalau bukan ayah, mak le... hehehe... Hari itu, terasa sangat2 aktif le pulak. Selepas selesai menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT, lalu aku membantu mak untuk menyidai pakaian. Aku tahu memang agak sukar kalau bekerja sendirian, jadi aku memang suka membantu. Selesai membantu, seperti biasa aku akan praktis untuk membaca surah hafalan iaitu surah at-tahrim. Sebab aku bercita-cita besar untuk bernikah dengan orang yang hafal surah tersebut. TEKAD!! hukhukhuk... Abaikan. Selepas selesai dengan surah hafalan aku cuba pula membuka kitab Riyadhus Solihin yang agak tebal, tetapi aku tetap berusaha untuk habiskan tajuk SABAR pada waktu itu. Entah mengapa memang terdetik untuk membaca tajuk tersebut, namun tajuk tersebut diulas begitu panjang lebar jadi aku terlelap sudah sambil memegang kitab tersebut... >_< ... Seingat aku, mak ada sebut pada aku sebelum aku terlelap yang mak nak pergi ke kursus haji pada pagi itu. Jadi ayahlah yang menghantar mak ke Masjid Batu Gajah untuk berkursus. Sebenarnya masa untuk mak pergi haji lambat lagi. Dengar cerita umur mak mencecah 85 tahun baru tiba giliran mak... Amboih, lamanya lagi, tapi aku suka bila tengok mak bersungguh-sungguh nak pergi. Tiap kali balik dari kursus mestinya mak akan berceritakan perihal haji, dam ihram dan sebaris dengannya.

Memang aku sudah tahu pun mengenai itu semua kerana belajar sewaktu tingkatan 4 dalam subjek Syariah, tapi aku suka mendengar mak bercerita. Jadi, selepas ayah menghantar mak, selalunya ayah akan belikan sarapan. Ayah gerak semula aku pada pukul 8.30 pagi untuk bersarapan dan ayah akan gerak adik lewat sedikit kerana adik ada tuisyen pada pagi itu. Selepas bersarapan aku terus menghadap lappy dan beronline kan facebook. Ayah pula pulang ke rumah setelah menghantar adik tuisyen iktibar. Pada hari itu juga, aku mengepost satu tajuk yang best di blog, iaitu " BATASku pada siapa ya?" hehehe.. X best pun... Lebih kurang dalam pukul 12 tengahari ayah keluar semula, katanya nak ambil adik dan mak. So, aku pun stay la dekat rumah dan jaga rumah. Lebih kurang dalam pukul 12.30 telefon aku berdering dengan lagu OAG-Generasiku. Tertera di skrin nset perkataan "PAPA". Ouh , ayah yang telefon rupanya, aku pun menyambut. Rupa-rupanya mak yang menelefon menggunakan nset ayah. Mak cakap "Bian, tolong masak kan nasi ". Aku bertanya " Nak berapa banyak mak?" Lalu mak membalas " 2 tin la, kamu kan kuat makan , mak beli lauk je ni. Selesai berdialog sebentar dengan mak, aku terus bergegas ke dapur untuk memasak nasi. Dengan kepakaran dan pengalaman yang ada, aku memasak nasi dengan penuh asyik dengan harapan mak balik nanti dapat makan nasi anak dia yang comel ini buat.

Beberapa lama kemudian, aku memandang tepat kearah jam yang menunjukkan pukul 1.10 petang. Tak sedap hati le pulak, sepatutnya dah sampai rumah waktu macam ini, Aku terus mandi dan bersiap untuk solat Zuhur yang akan muncul pada pukul 1.14 petang. Selesai mandi, aku memeriksa nset, kot-kot ada awek mcg ke.. hehehe(memain je) .. Terkejut besar apabila melihat miscalled yang sgt2 banyak daripada ayah. Aku pun menelefon kembali dan bertanyakan kenapa. Ayah cakap mak pengsan dan  meminta aku untuk mengambil semua laporan perubatan mak di bilik. Kaki aku lumpuh seketika, akibat terkejut mendengar berita tersebut. Allahuakbar. Aku terus segera menyiapkan apa yang dipinta, dan sebelum aku ke hospital, aku menunaikan solat Zuhur dengan harapan dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH. Lalu dengan memandu Satria Hijau kepunyaan abang yang ditinggalkan dirumah, aku memecut laju ke hospital. Sesampai sahaja di hospital, aku terus bergegas ke wad kecemasan. Aku melihat mata adik sedikit berair, lalu aku menghampiri adik dan menyuruh dia pergi bersolat dahulu. Ayah datang menghampiri aku dan menceritakan kejadian tersebut. Berdasarkan cerita ayah,selepas mengambil mak di masjid, ayah terus bergegas ke tempat tuisyen adik sebab nak ambil adik. Selepas adik sudah diambil, ayah pandulah kereta menuju pulang kerumah. Waktu itu mak masih bercerita mengenai harga penyangkut baju yang sudah naik sebanyak RM3. Di persimpangan jalan di SK TIWA, mak tiba-tiba pengsan dan terlentuk di bahu ayah. Adik menjerit menyuruh mak segera mengucap da menyebut " Mak jangan tinggalkan Ajib". Ayah yang menyedari kejadian tersebut terus memecut laju ke Hospital Batu Gajah.

Macho macam mana pun , aku tetap tersentuh sangat-sangat. Beberapa kali aku cuba menenangkan perasaan. Kata ayah , abang akan datang sebentar lagi. Beberapa minit kemudian, abang keduaku datang bersama keluarganya. Ayah pulang ke rumah sebentar untuk menunaikan solat Zuhur. Abang menelefon adik-beradik yang lain perihal kejadian tersebut. Abang sulungku yang berada di Tanjung Malim terus bergerak . Manakala kedua-dua kakak dan abang ipar turut bergegas. Oleh kerana, keadaan mak agak kritikal akibat terlalu lama oksigen tidak sampai ke otak kerana jantung berhenti mengepam, akhirnya mak dibawa laju ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk mendapatkan rawatan. Kami segera bertolak ke sana. Sesampai di sana, kelihatan abang sulungku sudah berada di hadapan jabatan kecemasan. Saudara-saudara yang lain juga turut menghadirkan diri. Adik dan abang kedua menangis agak teresak, tidak dapat menahan sebak. Ayah pula jauh termenungnya. Kakak masih tidak sampai lagi. Petang itu menjadi satu petang yang amat syahdu sekali. Kami semua menunggu untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Ye, memang tidak dapat dinafikan, nama pun hospital jadi banyak lah mangsa-mangsa kecederaan yang lain. Antaranya yang aku lihat paling teruk adalah mangsa kemalangan. Tidak sanggup lagi untuk melihatnya. Allahurobbi.. Sebelum mak perlu dihantarkan ke Wad Jantung , CCU 7D ditingkat 7, kedua-dua kakak pun sampai. Dalam perjalanan menuju ke tingkat 7, kelihatan seorang sahabat datang bersama ayah dan juga abangnya. Kehadiran mereka untuk melawat. SubhanAllah, walaupun takde kaitan kekeluargaan namun tindakan yang diambil sahabat tersebut sangat-sangat menyentuh. Banyak juga sahabat-sahabat yang lain bertanyakan khabar mak, melalui sms, facebook dan sebagainya. Aku begitu menghargainya. Alhamdullilah, terima kasih ya Allah kerana menghantar mereka untuk KUATKAN AKU. Leih kurang 7.10 petang ramai yang beransur pulang.

Yang tinggal hanya aku dan ayah. Abang-abang dan kakak-kakak serta adik diperintah oleh ayah untuk pulang kerana mereka masih penat berjalan. Kami akan bertukar syif pada pukul 11 malam. Namun sementara menunggu, pada pukul 9 lebih abang sahabat aku tadi menghantar Al-Quran dan berpesan supaya aku membaca Al-quran tersebut. Jazakumullah khairu jaza. Aku terus menghabiskan bacaan Yassin dan menjenguk mak beberapa kali. Abang sulung ku berpesan untuk mengajar mak mengucap sambil-sambil menyebut nama. Ianya adalah salah satu phyco yang boleh dilakukan." Mak, ni bian ni mak, mak cakap nak naik pentas sama-sama nanti waktu hari anugerah" sambil mengajar mak mengucap beberapa kali. Hati aku tersentap tidak mampu menanggung, aku keluar terus dari wad. Selepas isya' aku dan ayah menunggu abang kedua yang akan mengganti tugas kami. Semasa abang berada di wad kami terpaksa bergerak ketingkat bawah, kerana pada waktu bukan melawat hanya boleh dibenarkan dua orang sahaja yang masuk tapi abang meminta untuk dibenarkan tiga orang. Abang, akak ipar dan adik. Semasa di bawah, aku dan ayah menjaga anak-anak abang. Sedang berjalan-jalan, tiba-tiba kedengaran seorang perempuan yang meraung " Mak, Iman dah takde, Iman dah pergi dah mak" sambil menangis meratap. Barangkali suaminya ataupun adiknya. Di satu sudut yang lain, kelihatan sekumpulan lelaki lebih kurang 5-7 orang sedang bersedih dengan pemergian sahabat mereka. Aku terkesima sebentar melihat keadaan tersebut. Adakah aku juga akan begitu nanti. Astaghfirullah. Apa yang aku fikirkan ini. Tidak lama kemudian abang dan akak ipar turun. Mereka meminta untuk kami pulang. Pada awalnya , memang aku dan ayah bercadang untuk stay di situ, tapi abang suruh balik juga supaya kami dapat berehat. Aku memandu pada malam itu, sebab ayah cakap ayah terasa goyang(penat). Aku pun rasa goyang juga, tapi aku kuatkan diri dan akhirnya kami sampai di rumah. Aku charge nset dan turn on sebab sebelum ini nset mati sebab xde bateri. Ya Allah, byk sangat2 mcg dan misscalled yang diterima. Semua bertanya mengenai mak, tapi jawapan aku tetap sama je . " Mak masih x sedarkan diri, tolong doakan ye". Selepas menunaikan solat sunat aku terlelap....................................

Pintu masuk wad mak... CCU Wad jantung..


MUNGKIN

Ujian yang mendatang akan terus menghujani,
Bukan untuk melumpuhkan, mahu menjatuhkan,
Tapi untuk menaikkan, dan menguatkan,
Iman yang sedia ada.

Mungkin saja terasa berat, 
Umpama leher yang terikat,
Merasa diri separuh hayat,
Hikmah disebaliknya membawa rahmat.

Mungkin saja Allah menguji,
Kekentalan jasadi dan ruhani,
Yang merasa beriman didalam diri,
Sebelum nyawa bertemu Ilahi..

Official by Ruz Had-Allah Kan Ada!!

Saturday, 11 May 2013

BATASku Kepada Siapa Ya?

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum...
Khaifa halukum ya jami'an?? Alhamdullilah... Ana bikhair da'iman... Allahurobbi...
Macam mana dengan IMAN? MANTOP? Bagaimana dengan Nafsu kalian? Dapat dipupuk dengan baikkah atau masih bergelora didalam diri, dan sukar untuk ditahan?

Kenapa orang yang kuat pegangan agama pun masih terjerumus kedalam lembah zina dan maksiat ye?
Adakah kerana iman mereka belum benar-benar mantop? Atau niat mereka beragama salah?
Mari kita bincangkan ye.. Kalau ada salah dan silap harap tegur.. hehe helikopter...

Sepertimana firman Allah SWT di dalam surah al-Israq:32 "...dan JANGANlah kamu  mendekati zina, sesungguhnya Zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." .. Allah tidak menyatakan JAUHIlah zina. Kenapa?
Ye, sebagai manusia biasa, kita tidak mungkin terlepas daripada dosa, dan tidak juga kita dapat menjauhi perkara zina, bahkan perkara zina sentiasa berada disekeliling kita.

"Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas anak Adam bahagiannya daripada zina, ia pasti melakukan, hal itu tidak dapat dihindari lagi"
(HR Bukhari)
Jadi, begitulah manusia. Tidak akan jauh dari zina. Tapi Allah menyuruh kita dengan begitu tegas bahawa jangan pula kita mendekati ZINA. Allahurobbi.. Hebatkan Kalam Allah? =)

 Namun begitu, adakah kita menjadikannya sebagai satu lesen untuk terus bermaksiat dan berzina? Mungkin bukan zina melalui fizikal(ringan atau berat), kerana zina ini terbahagi kepada banyak bahagian, zina hati, zina mata, zina mulut dan sebagainya. Jangan rosakkan diri antum dan orang lain. Jangan diikutkan sangat nafsu syahwat dan telunjuk syaitan. Moga-moga kita sentiasa dilindungi Allah.



IKHTILAT
Macam pernah dengar, tapi ape ye? Tidak ape, meh sini ana kongsikan. Ana takut sangat kalau ada menyembunyikan ilmu daripada antum. Semuanya selepas terdetik untuk membaca satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad :
"Barangsiapa yang menyembunyikan sesuatu ilmu, dia akan dicabuk  di hari akhirat dengan cabuk api neraka"
Tidak mesti tidak, ana kene kongsi kan juga dengan antum semua.=D

Ikhtilat bermaksud satu bentuk pergaulan/hubungan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi sama ada di tempat sunyi atau di tempat terbuka. Merupakan satu ciri pergaulan masyarakat Jahiliyah dan juga berasaskan kepada nilai2 dan sistem hidup Jahiliyah.

Berikhtilat dibenarkan berdasarkan golongan MUTAWASITHIN(sederhana dalam pengamalan) tetapi perlu ada syarat-syaratnya..
  1. Menjaga pandangan. Surah an-nur:30
    "Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka...."
  2. Tidak bersentuh antara bukan mahram
    "Sesungguhnya bersentuhan diantara bukan mahram adalah lebih menyakitkan daripada ditusuk besi di kepala"
  3. Tidak bercakap lembut atau manja(perempuan) dgn lelaki ajnabi. Al-Ahzab:32
    "dan janganlah kamu(isteri2) berkata lembut dan manja serta melunakkan suara ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit hati dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik"

    Memang dibenarkan berikhtilat demi kemaslahatan bersama, sebagai contoh belajar, bermesyuarat di tempat khusus dan sebaris dengannya. Tapi kene berhati-hati dan menjaga batas-batasnya. Inshaa Allah.

    BATAS KHUSUS KEPADA SIAPA?
    Allahurobbi. Selagi dia tidak halal untuk kita, selagi itulah batas kita dengan dia kene jaga. "DIA" itu siapa ya? 
    Ramai orang salah anggap, bahawa perkataan dia itu dikhususkan kepada orang yang bakal menjadi pasangan hidupnya seperti tunang or orang yang mengikat @ cop kita. Bagi ana , ini adalah sama sekali SALAH!!! Dia adalah ditujukan kepada semua yang bukan mahram. Kawan sekelas ke, sahabat seusrah ke mahupun rakan sepejabat. Ini kerana, kebanyakan mereka menyangka hanya bakal suami/isteri sahaja yang perlu menjaga batas sebab belum diijab kabul lagi. Abeh tu , dengan orang lain bolehlah pegang-pegang apa semua. Macam itu?
    Jadi , tolong!! tolong dan tolong jaga ikhtilat.

    "Saya suka pada seseorang, macam mana nak buat ye? "
    *Kalau mampu ajak le nikah, kalau x mampu jage batas sampai mampu bernikah, jangan sampai terlanjur noh..
    *Yg masih x kawen agi ni, ana syorkan, mas kahwin disertakan dengan hafalan surah at-tahrim. Ada 12 ayat je pun. Biar dapat mengambil iktibar dari surah tersebut. =D

    "Saya sudah bertunang, apa batas-batasnya "
    *Baru bertunang, belum kahwin agi. Orang yg kahwin pun boleh bercerai, jangan dok kecoh sangat pasai da bertunang, DAN batas bukan dengan tunang je, tapi dengan semua yang ajnabi.....>_< .. 
    "rahsiakan pertunangan, sebarkan berita perkahwinan" ok?

    "saya sudah berkahwin, apa batas-batasnya?"
    *pernah kene tumbok x? 


    NASIHAT USTAZ DULU
    Bile sembang pasai ikhtilat , teringat cite ustaz ana dahulu sewaktu ana berada dalam tingkatan 3. "Kita kalau sudah suka seseorang, tidak dapat lihat wajahnya pun tidak apa, cukuplah sekadar melihat  bumbung rumahnya, melepas rindu. Begitulah nafsu, kalau dibiarkan bermaharajalela, pastinya perkara buruk yang kita tidak pernah buat pun akan kita buat. Mula-mula berbalas-balas surat, bermesej-mesej, dengan tazkirahnya lagi, lama-lama keluarlah soalan yang tak membawa faedah, dah makan ke belum? Dah tidur ke belum? Dah berak ke belum? Mahukah diakhirat kelak timbangan dipenuhi dengan dosa zina sedangkan kamu tidak pernah berzina?"
    OUCH... Menusuk dikalbu seh. hihihihihihihihihi
    Beliau bercerita mengenai perkara ini kerana ada budak kantoi kapel. Nak wat caner? Curiosity kills the cats.. Cinta monyet. Hahaha.. Tapi bukan ana la. Ana x main la kapel-kapel ni, nak, terus ajak kahwin(kalau berani le).


    Antara aku dan kamu,
    Munculnya satu batas,
    Andai dijaga, ia adalah untuk kita,
    jika sebaliknya, ia adalah ke atas kita.

    Biar BATAS ini menjadi penghalang,
    antara aku dan kamu,
    membuktikan bahawa dalam diri letaknya IMAN,
    mengapai bersama syurga Allahurobbi...

    Andai digenggam kuat,
    Jika bukan milik kita melepas jua,
    Andai ditolak ketepi.
    Jika ia milik kita, mendatang jua...
    Allah!! Allah!! Allah!!

    Official by Ruz Had

    AKHIR KALAM
    Kadang-kadang kita tidak perlu bersusah payah+memoyokan diri untuk mendapat cinta manusia, kerana cukup mendapat CINTA ILAHI pun sudah memadai. Kalau kita berjaya mendapat cintaNYA, tidak mungkin Dia mahu melihat kita kesunyian. Begitu yang terjadi kepada ADAM AS yang dikurniakan untuknya HAWA. Sweetkan gitu. Pastikan batas kita ini sebenarnya untuk siapa? dan letaklah tinggi-tinggi CINTA kita untuk Allah dan Rasul. Tidak ada pasangan hidup pun tidak apa kerana 
    ALLAH KAN ADA!! =)



    **Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

Thursday, 9 May 2013

ILMU VS GPA

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Hahahahahaha... Macam mana dengan result antum? Ada repeat ke tidak? Semua LULUS ke? Dekan ke? Atau sekadar cukup-cukup makan dan di atas par?(headshot questions) ^_^

Seringkali, selepas mengetahui keputusan pastinya soalan-soalan ini akan dikemukakan dengan penuh kejam, tanpa mengira masa dan tempat mahupun keadaan. Bagi yang mendapat keputusan yang gempak sudah tentulah dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan tenang dan kadang-kadang merendah diri. Antara jawapan-jawapan golongan yang mendapat keputusan gempak:

"Alhamdullilah, boleh le sikit"
"Alhamdullilah, lebih baik dari sebelum ini, syukur sangat-sangat"
"Jatuh sikit, dari 3.99 pada 3.97" (yang ni nak kene tomoy kat kepala)
"Alhamdullilah, haza min fadlik al-rabb"
"Aku dapat dekan, 4 flat lagi tu" (ok, ni patut kene headshot 5 kali)

dan pelbagai lagi jawapan yang akan diterima bergantung kepada nilai ketawadhukan seseorang itu. Kadang-kadang , ada yang nak jaga hati sahabat-sahabat yang lain, jadi dia hanya mendiamkan pointernya. Tapi semasa anugerah ada saja muka dia. Ini jawapan-jawapan bagi mereka yang mendapat keputusan GEMPAK ALL STARZ. Bagaimana pula jawapan-jawapan bagi mereka yang kurang gempak.
Antara jawapan-jawapan yang akan diterima:

"Alhamdullilah, boleh la atas pagar je pun"
"Kita tidak hebat macam kamu pun "
"Boleh tahan la , semua lulus"
"Yeah, xde repeat "
"Aku ada repeat lah, sedih laaa"
"Aku dapat 2.77, nape? " (Okay, sangat-sangat tenang)

Itu berdasarkan pengalaman ana, sebab ana pun macam tu jugak. Namun ada sebahagian yang lain, mereka tidak menjawab dengan lisan, tapi jawapannya diketahui melalui cara pergaulannya dengan kita. Yang dok sibuk tanya tu komfem-komfem gempak sakan resultnya, yang senyap tak berbunyi sampai orang ingatkan dah pergi bertemu Allah tu ada kemungkinan result gempak, dan ada kemungkinan result kurang gempak. Yang gempak tapi senyap itu harus dipandang tinggi, kerana nilai ketawadhukannya mengatasi RIAK yang ada dalam diri.

Selain itu, ada juga yang berubah secara total, dari segi akhlak mahupun peribadi. Mungkin sahaja sewaktu sebelum exam golongan ini meletakkan harapan setinggi bintang dilangit, jadi ketika mana dia jatuh susah untuk bangun kembali melainkan mereka yang berpaut pada tali Allah SWT. Yang berpaut pada tali Allah, pasti dan pastinya akan berusaha untuk naik semula. Dan pada itu Allah pasti akan membantu dengan penuh kasih sayang dan rahmat yang melimpah ruah. Allahurobbi.




KITA BELAJAR UNTUK APA?

Waktu sekolah dulu, selalu sahaja melihat kawan-kawan seperjuangan yang mengambil jalan mudah untuk lulus dalam peperiksaan dengan menggunakan taktik kotor. Antaranya dengan membawa toyol, meletakkan jawapan di dalam tandas, berbisik-bisik semasa peperiksaan dan sebagainya. Ana juga pernah hampir mencuba, tapi semasa mahu membawa toyol tersebut ana berjumpa dengan seorang senior yang agak gangster juga la pada waktu itu. Dia tidak tahu pun yang ana nak bawak toyol, tapi seakan-akan dia terdetik untuk berkata sedemikian "Apa gunanya kalau kita meniru waktu periksa, kalau bodoh tetap bodoh jugak"
OUCH!! Mendalam sangat kata-katanya. Terus ana batalkan niat untuk meniru. Waktu peperiksaan tu memang ana banyak FAIL... hehehe... Nak buat macam mana, orang bodoh tetap bodoh juga. Tapi bukan tidak boleh menjadi pandai, cuma kita perlu berusaha lebih sedikitlah.

Maka, sebenarnya kita belajar sejauh ini untuk apa? Untuk mendapatkan sorakan kah? Untuk mendapat anugerah? Untuk mendapatkan populariti? Untuk mendapatkan kerja? Untuk mendapatkan pujian? Kalau ini yang menjadi target kita, sebenarnya kita tidak pernah mendapat apa-apa pun sepanjang kita belajar. Jadi tidak kiralah kita mendapat CEMERLANG, lulus atau sebagainya, jika target kita untuk mendapatkan ILMU yang bermanfaat yang pastinya akan terterap didalam hati dan mendekatkan diri kita kepada Al-Khuluq, maka itu adalah yang TERBAIK... kerana apa yang disebut didalam surah al-FATHIR:28:
"sesungguhnya orang yang takutkan Allah hanya dalam kalangan orang berILMU"

Allah!! Allah!! Allah!!

BAGAIMANA PULA DENGAN...??

Ada junior saya bertanya kepada saya dengan penuh syahdu. "Bagaimana pula dengan golongan yang kita lihat x berapa nak study pun, tapi result gempak je memanjang, saya ni berusaha dengan bersungguh-sungguh, x pernah dapat beat dia, kenapa?"
Antum pun mesti pernah jumpa dengan sahabat-sahabat yang macam ini kan? Ana pun selalu juga. Kita study dia main, kita main dia main juga. Hehehehe.. Macam-macam gelagatnya pun. Allah tidak adil kah??
Allahuakbar... Allah Maha Adil dan Maha Kaya PemberianNya. Mungkin sahaja kita tidak perasan bila masa dia study, entah-entah, dia study sewaktu semua orang sedang tidur ke, selepas tahajud ke? Mana tahu. Yang pastinya kita kene sentiasa husnuzon(berpandangan baik) dalam setiap apa jua keadaan.

Lalu junior saya bertanya kembali "Abeh tu kenapa, saya dah berusaha tapi kadang-kadang tak juga mendapat keputusan yang baik, siap gagal lagi?" Erm.. Ana pernah ase macam tu, asa pernah berada dalam situasi macam tu. Lalu, ana bertanyakan pada dia with a simple question " NIAT belajar sebenarnya untuk apa ye? " Satu soalan yang pernah diajukan kepada diri ana yang dhaif lagi hina. Kadang-kadang Allah tidak kasi kejayaan itu pada waktu yang singkat, kerana menangguh kejayaan kita untuk sesuatu yang lebih baik. Kadang-kadang Allah tidak kasi kejayaan pada waktu yang terdekat kerana Allah tahu kita tidak bersedia untuk menerimanya, kemungkinan kita akan berlaku riak dan sebagainya. Semuanya berhikmah. Allah kan ada pada setiap keadaan. Berprasangka baik dan betulkan niat sebenar untuk belajar.

"Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka(pahala) hijrahnya iitu mengikut niatnya "
HR BUKHARI


Dan akhir sekali, ape gunanya kita mampu membolot semua gred cemerlang didunia, akan tetapi tidak mampu untuk membolot gred cemerlang untuk akhirat. Orang yang benar niatnya dalam belajar, pabila result gempak dia akan bersyukur, jika kurang gempak dia akan redha.
Al-Imam Ghazali ada menyebut didalam syarahnya 
"ILMU itu adalah satu pengetahuan yang mendekatkan diri hamba dengan Al-Khuluq(pencipta)"
Jadi, GPA bukanlah satu pengukur kejayaan didalam kehidupan. Yang lebih penting adalah pembentukan akhlak dan hubungan sesama manusia dan Allah SWT...

JANGAN SEDIH, JANGAN PUTUS ASA dan TERUSKAN BERUSAHA....
Faiza azamta fatawakkal a'laAllah....
"setelah kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah"
Al-imran:159

ALLAH KAN ADA!! =D


**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

Tuesday, 7 May 2013

SEMPAT LAGIKAH? Better LATE than NEVER!!

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
SEMPAT LAGIKAH?? Ape yang nak dibincangkan dalam post kali ini adalah berkenaan sempat lagi ke kite semua ni untuk mendapat hidayah Allah SWT, sempat lagikah kita semua untuk mendapat pengampunan dari Allah SWT, sempat lagikah untuk mengucap kata TAUBAT?? SEMPAT lagikah untuk semua itu??

Allahurobbi...

Wahai sahabat2 ku yang dikasihi Allah: dengarkan firman Allah SWT dengan penuh syahdu didalam surah Al-Zumar:53

"Katakanlah, Wahai hamba-hamba Ku yg telah melampaui batas terhadapa diri mereka sendiri (dengan perbuatan2 maksiat), Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

SEE!! Allah pastinya akan mengampunkan dosa-dosa hamba-hambaNya yang dhaif dan hina yang sudah semestinya tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. khilaf dan dosa.... SubhanAllah...

Ada satu perbualan ana bersama seorang sahabat:



Sahabat:" Ruzbihan, ana nak tanya pendapat enta? Boleh?"
Ana:"Teruskan... Ana ok je, hihihi"

Sahabat: "Ana ni sudah lah x berapa baik sangat, solat pun separuh mati nak buat, layakkah ana untuk syurga Allah?? Layakkah ana untuk rezeki Allah? " dalam nada yang agak sedih.

Jawapan ana senang je bagi soalan ini, ianya akan menjadi senang bukan kerana pengamalannya senang, tapi jika niat adalah betul dan memang nak bertaubat betul-betul pastinya akan menjadi senang sangat-sangat.
Jawapannya:

"Anta diberi kehidupan dari kecik sampai ke besar ni dah hampir boleh jadi bapak orang da ni , itu bukan rezeki ke, Jadi xkanlah Allah tidak melayakkan anta untuk rezeki Allah, dan xkanlah Allah tidak melayakkan anta untuk SYURGA Allah. Layak atau tidak cerita kedua, yang paling penting sekarang ini, kita berusaha. Yang lama biarkan berlalu, kita mulakan dengan perjalanan dan azam yang baru. Better late than Never.. Sebenarnya ana x reti nak nasihat orang... bla bla bla"

Sahabat ana terus menjawab tanpa sempat ana abehkan tazkirah ana:" Syukran..."

Ana tidak pasti sama ada dia faham ke apa yang ana sampaikan, sebab ana pun hampir x paham... hahahaha... Xpe biarkan dia... Alhamdullilah, semakin baik ibadat dan akhlaknya. Itu sudah membuat ana suka hati, lagipun sambil-sambil ana menegur dia, ana menegur diri sendiri sebenarnya. Ana bukanlah makhluk yang sempurna, lagi tidak maksum, tapi ana berusaha untuk mendapat redha Allah.

Namun begitu, ada juga sebahagian golongan yang masih menanti-nanti hidayah untuk sampai, masih lagi menangguh-nangguh taubatnya.

Orang Yang Menangguhkan Taubatnya

Seringkali kita mendengar pernyataan begini :" Saya harap saya akan jadi Muslimin/mat yang baik pada satu hari nanti @ saya yakin satu hari nanti saya akan menjadi Soleh/hah ..." Kenapakan. perlu tunggu satu hari nanti?? Kenapa tidak berubah pada saat ini??

Antum yakin antum sempat hidup sehingga satu hari nanti itu? Siapa yang beri jaminan? Sedarlah wahai sahabatku yang diredhai Allah, mungkin antum rasa antum terlambat kerana sudah besor panjang macam ini baru nak merasa nikmat Islam, Hidayah dan Iman? Bak kata ustaz ana , Biar lambat daripada tidak langsung melakukan perubahan.

Tapi bila disebut mengenai perubahan, jangan pula menangguh( La' Ta'jil). Memang Allah akan ampunkan walau kita lambat macam mana pun. Sembang banyak pun kurang faedahnya, jadi lebih baik ana kasi satu contoh yang mudah. Contoh tersebut adalah adalah:

FIRAUN
Firaun adalah makhluk Allah yang sangat-sangat BONGKAK, malah melampaui batasnya sebagai makhluk ciptaan Allah dengan merasakan bahawa dia adalah tuhan sekalian alam. Nak diceritakan , semasa dia berusaha untuk mengejar Nabi Musa bersama orang-orang yahudi yang beriman, dia telah ditenggelamkan oleh Allah dengan laut yang terbelah melalui tongkat Nabi Musa biiznillah. Sempat untuk FIRAUN mengucapkan kata TAUBAT, bukan x sempat, tapi ianya sudah terlambat.
KENAPA?? kenapa taubat FIRAUN laknatullah tidak diterima??

Meh sini, ana nak kasi tahu pada antum, ada 2 jenis IMAN yang tidak akan diterima.

1-BERIMAN ketika sakaratul maut
2-BERIMAN ketika hari kiamat

Jadi sahabat-sahabat yang diredhai Allah sekalian, la' ta'jil(jangan menangguh) TAUBAT antum!! paham!!
=D

Untuk mengakhiri post pada kali ini, ana nak hadirkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dan dilafazkan oleh Muslim untuk menghilangkan rasa putus asa dalam diri kita.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

Seorang hamba telah melakukan dosa lalu dia berkata: " Wahai Tuhanku ampunilah aku"

Lalu Allah berfirman :" Hambaku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, Aku ampunkan dosanya"

Lalu hamba tersebut melakukan dosa yang lain lalu die berkata : " Wahai Tuhanku ampunilah aku"

Lalu Allah berfirman :" Hambaku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, Aku ampunkan dosanya"

Lalu hamba tersebut melakukan dosa sekali lagi dan berkata :" Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa, Ampunilah aku".


Lalu Allah berfirman :" Hambaku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka Aku ampunkan hamba-Ku ini, dan buatlah apa yang kau mahu, Aku ampunkan engkau."

*hadith ini bukan menyuruh kita sebagai hamba untuk sentiasa melakukan dosa kerana Allah sentiasa akan mengampunkan dosa, tapi sebagai satu muhasabah diri bahawa ALLAH SWT, pasti, dan pasti akan mengampunkan dosa hamba-hambaNya... Allahumma sollia a'la saidina Muhammad....




**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**




Saturday, 4 May 2013

~Dulu , Kini dan Selamanya~

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.... Apa Khabar dengan kamu semua?? Sihat-sihat aja ya... Atau ada sakit?? sakit perut, sakit kaki, sakit hati dan pelbagai penyakit lagi... hehehe... Xpe... Harap antum semua dapat bersabar dengan segala ujian, mehnah dan tribulasi yang diberikan oleh Allah... Semuanya, semata-mata untuk kita sentiasa zikrullah(ingat pada Allah) semula... Kali ni punye post kasi panjang sikit... hehehe... Harap sabar dalam membaca...


MANA PEGI, LAMA X UPDATE BLOG??

Bukan pegi mana-mana pun, just dalam Malaysia juga bertempatnya, tapi bukan ini yang ana nak kongsi, tapi ana nak cuba imbas kembali, semua peristiwa yang berkaitan dengan pendidikan ana yang membuat ana pegi sehingga jauh begini( x jauh jugak, tapi boleh la) ... hehehe...


Ye!! Permulaan belajar mestilah dari tadika kan.... Jadi , ana mulakan dulu dari tadika...

Tadika


Waktu tadika , xde banyak kenangan nya. Cuma bila dah besar panjang ni, teringat pula zaman tadika dulu. Biasa lah budak-budak. Ana dulu tadika di Tadika Islam di Batu Gajah. Tadika paling best kot, sebab rasa nak belajar kita belajar, kalau rasa malas, wat dek je la... Hehe... Belanje 50 sen je. itu pun da cukup dah... Sebab harga nasi lemak murah bangat, 20 sen satu... Hampir setiap hari la makan nasi lemak...

Tapi paling x best kat tadika, bila ada LAN TODAK kat sana... Tapi x ingat pulak nama Lan Todak tu, mungkin Lan Badak kot... hehehe... biasa lah, ia akan menjadi bias kepada budak-budak tadika yang berbadan kecik... Tapi, ana cool je, janji dia x PAW duit suda... Sebab ana tahu, bersabar itu lebih manis... =P

Lagipun, waktu tadika ana dapat no 2 kot dalam tadika tuuuu... hahaha.... no 1, ada lah sorang budak perempuan... Tapi x ingat sudah... Dah lama tinggalkan... Asiff Jiddan... >_< .....


Sekolah Rendah




Nak diceritakan, permulaan kematangan bermula dari sekolah ini. Iaitu Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad(SK TIWA)... Dari tahun 1 sampai tahun 3 kami bersekolah pada waktu petang. Itu yang nyusahkan tu... hahaha... Panas kot, tapi sebab menimba Ilmu punya pasai, sume jadi OK!!

Berkenalan dengan kawan-kawan baru, sahabat-sahabat baru, antaranya yang boleh dimentionedkan disini... Ammar Humaidi, Ahmad Hudzaifah, Asyraf, Nik Khairul, Zainuri Shaharin, Haikal, Dhiyaul-Haq, Azerul, Qayyum, Ayub, Khairil, Syafiq, Amiruddin, Umi, Ayuni, Shafina, Syuhada dan ramai lagi... ramai sgt2, x mampu nak mentioned, tapi antum semua sentiasa dalam doa ana... =D ...  Jangan risau...

Mereka yang memeriahkan lagi zaman persekolah waktu sekolah rendah... Xde mereka memang x menjadi la sekolah... Ya!!! Yang paling penting sekali cikgu-cikgu waktu zaman sekolah rendah dulu.... Cikgu Fatimah, Cikgu Sharifah, Cikgu Anwar, Cikgu Siti Habsyah, dan semua cikgu laaa.... Ya Allah, tanpa didikan mereka, ana nak taipkan blog pun xtau... Allahurobbi... Moga2, mereka sentiasa bahagia dunia dan akhirat... Aamin2...

Yang paling best sekali, antara cikgu yang paling banyak meluruskan perjalanan ana sehingga capai kos yang ana amik sekarang ni adalah cikgu Shamsiah... Cikgu Math ana... Sepanjang belajar dengan beliau, ana x pernah x dapat A dalam Math... Jazakumullah khairu jaza buat cikgu-cikgu yang comei dan baik-baik semua.... =D

Sekolah Menengah



Uhuk-uhuk... Perubahan ketara adalah sewaktu zaman sekolah menengah... Ana bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf.... Sekolah tu adalah sekolah asrama harian... Antara yang membentuk peribadi ana, adalah sekolah itu yang menjadi perantaraannya...

Ana amik kelas aliran agama, jadi waktu berada di tingkatan 1, bersama dengan sahabat-sahabat (syahir, abdullah, rahimi, aizat, taufiq, saiban, haziq, firdaus, ridzuan, iskandar, hammam, syafiq puzi, aiman dan semua la sama ada mentioned atau tidak).. budak perempuan pun ada jugak ... Xnak mentioned, kang tetibe x mentioned nama sorang, udah tacink... hahaha... best woo kawan ngan depe ni... Sama-sama kene denda... sama-sama wat masalah...



Wat keje ke , x wat keje ke sama je... Semua buat muka x bersalah... sekali kene denda, sonyap sudah... Apatah lagi ana dulu dak asrama, yang dikawal ketat oleh Ustaz Azrul Sham dan Ustazah Ainon, lagi lah, wat masalah dekat P&P , dekat asrama nanti kene la... hahaha.... Ana minx maaf pada ustaz Azrul dan Ustazah Ainon... Janji nak berubah da... >_<  ... Kami sentiasa buat ustaz Azrul membawa kete wajanya... Kalau bawak kete WAJA tanda DANGER... sebab dalam kete ada rotan... hahaha... memang kecut perut la dak asrama... Padahalnya xde ape-ape pun... hehehe... Lambat Subuh kene ketuk ketampi... Kenapa?? mendera kah?? TAK la!! ini semua demi kepentingan kami sendiri... Training kami supaya tidak terlalu asyik dengan selimut berkulit KHINZIR... hukhukhuk

Kalau form1 dulu kat asrama, hampir setiap malam ada perjumpaan dengan senior... main kutuk-kutuk anak YB la, apa la, sampai kene peluk tiang ragbi waktu ngah panas... Sori IKHMAL, anak YB Kusyairi selaku pemegang ADUN slim river... Ngaco awek pun ada jugak... hehe... waktu tuuu, ketua asrama Faizal Sulaiman. Antara senior yang paling direspek, sebab orangnya inteligent... Tapi bajet sikit.. Antara ayat last sebelum dismissed dari perjumpaan adalah "Kome balik ni, naik atas katil muhasabah lah diri, bukan susah sangat pun"... hahaha... Tapi xpe lah, qudwah yang baik amik jela, yang buruk simpan dalam loker.... Tapi xde buruk sgt pun, dasyat main chess.. Antara senior waktu tu, Faizal, capek, itik, camang, ashraf, boboy,hisyamuddin, kamil dan lain2... Depe x buli pun macam lan todak, cuma kami kene jalan itik ke ape ke(denda la) sebab kesalahan kami sendiri... Bising waktu prep ke, x pergi prep ke dan sebagainya... Kalo dulu memang la bengang tapi bila da besor ni fikir balik, betui jugak tindakan mereka pada kami si junior ni... hehehe... Kami x report pun kat warden a.k.a ustaz azrul... Bukannya sebab kami takut senior pukul ke ape, tapi disebabkan kami RESPEK... tapi budak laaa ni, xtau nak cakap ape... hehehe.... abaikan...

waktu form 2 pulak, ketua asrama waktu uh adalah Muhammad Jundullah... Abang Jun la... Rilek+Kool orangnye... Kalo budak ada masalah, dia x penah kelam... Rilek je... Antara ketua asrama yang agak sporting la... Kawan-kawan seperjuangan ngan dia adalah, Arip, Ghazali, firdaus , Kucai, Salleh, Saiful dan lain2... Semuanya bermasalah... Bukan bermasalah wat masalah ke ape, tapi masing-masing ada perangai masing2... unexpected tau perangai depe... cuma , agak soft la pimpinan mereka yang buatkan senior ngan junior jadi rapat kaw2... hahaha....

sewaktu lawatan ke sekolah sri perak... =D


Form 3 pulak, ketua asrama, Abang Hafizi a.k.a Sungkai... sebab dok kat sungkai je pun, kene panggil sungkai... hahaha... Tapi beliau adalah antara ketua asrama yang paling bagus, yang sentiasa kasi tazkirah, dalam pelajaran pun hebat juga... Kuat pegangan agamanya... Setiap tahun , selalunya form 3 dengan form 5 memang x ngam... xtau kenape... Tapi memang macam tu... Member ana waktu tu, topek, shahril, syuk, abdullah, hizani, din, aizat, rahimi, hammam , ikram, keoi dan lain2... minx maap x mentioned... heheehe... amat2 bermasalah pada waktu tu... pantang ada gunting layer je, mesti semua wat rambut mohawk... hahaha... antara form waktu tu adalah, usop, fattah, haris, ikhwan, asri, hanafi, firdaus.... Dan sorang senior yg paling rapat dengan kami ialah Mokhtarzam.... Ana paling respek kat dia... sebab dia antara student yg paling pandai subjek MATH... Siap dalam kelas , cikgu norliza selaku cikgu kelas mokhtar cakap " Mokhtarzam kalo subjek math wat sebelah mata je"... pergh!! Waktu PMR pun dia banyak tolong, ngah2 down tu, mai datang jumpe dia, jadi dia akan ajar sebaik mungkin... tapi perangai dia pelik sikit... hahaha... Suka pedajal orang....

Waktu form 4, ramai jugak sahabat2 yang lain pindah.... Waktu ni ustaz Azrul Sham pun pindah bersama isteri(Ustazah Zawiyah) dan anak-anaknya.. yela, xkan nak tinggalkan pulak... hehehe   :'( ... Tapi xpela, mereka meneruskan perjuangan di tempat yang lebih baik.... Ketua asrama waktu tu, adalah Ridzuan Dawi Cahyono... Kool+ sporting kaw2 orangnye... perangai pun pelik jugak... Rakan seperjuangan beliau ialah Alip Hamid, Afiq, Amir, Izzat, sape lagi ek... Lupe da... hahaha... dan warden baru pula adalah Ustaz Baharuddin...

senior yang bajet macho... hehehe... =D

Kalo form 5 jangan cite la sape ketua asramanya... hahaha... Hamba Allah yang paling dhaif+hina+dina... Allahurobbi... Tanggungjawab yang dipegang besar sgt2... Setiap tanggungjawab akan disoal di akhirat kelak... Allahurobbi...

Dan sekarang jumpa pula sahabat2 yang baru2, dan hebat.... Allahurobbi... Memang Allah suka aturkan pertemuan hamba-hambanya.... Alhamdullilah...


pertemuan selepas beberapa tahun tidak berjumpa.... (Y)

ULASAN

Sebenarnya tidak kira kita belajar dimana pun, yang paling penting niat kita yang sebenar utk belajar... Untuk apa?? TAQARUB BILLAH... Allahurobbi.... Mungkin sahaja perjuangan ini masih jauh, tapi jangan kita alpa dan lupa pada mereka yang sudah membantu kita dari bawah hingga naik ke atas...
Tidak lupa juga pada IBU BAPa, tanpa mereka siapalah kita... Allah!! Allah!! Allah!!

bersama guru kelas: Ustaz Azhar... Terbaik... =D


Akhirul Kalam... 
Teguran mereka yang membuatkan kita kuat,
Teguran mereka yang membuatkan kita bangun,
Teguran mereka yang membuatkan kita melonjak,
Teguran mereka sentiasa diingatkan...

Tanpa mereka tiada berkatnya,
Tanpa mereka lemahnya kita,
Tanpa mereka, ruginya kita,
Tanpa mereka siapalah kita....

Menjadi lumrah ada guru ada muridnya,
Menjadi lumrah ada nakal ada tegasnya,
Menjadi lumrah ada gelak ada tangisnya,
Dan memang lumrah kehidupan , Allahlah segala-galanya...

Ucapan terima kasih tidak seberapa,
Namun doa yang mampu ku tatapkan,
Pada mereka-mereka disana,
Yang berusaha mengubah kita...
Jangan disiakan usaha yang dicurahkan,
Moga-moga rahmat sentiasa disisi kita DULU, KINI dan SELAMANYA...

Allah!! Allah!! Allah!!
Official by Ruzbihan Bakhtiar

Syukran Jazilan buat:::::
Guru-Guru Tadika Islam....
Guru-Guru dari SK TIWA....
Guru-Guru dari SMKSY....
*Ustaz Azrul Sham(warden) , minx maaf ustaz sebab buat banyak masalah kat asrama dulu... hihi
*Ustazah Ainon(warden), selalu buat ustazah susah hati....
Cikgu Norliza(Math Modern)
Cikgu Haniz & cikgu Zawahir(Add Math)
CIkgu Azlan & Cikgu Shuhaiza(Sej)
Cikgu Khairiyah & Cikgu Salehani(Bio)- byk tido dalam kelas... hehehe
Cikgu Rosehazira(Fizik)
Ustaz Azhar & Ustaz Hisyamuddin(Arab)
Ustazah Maslina & Ustazah Hayati (PQS)
Ustaz Baharuddin & Ustazah Aliza(PSI)
CIkgu Hasnah & cikgu Hassan (BM)
Puan Nazirah & Puan Faiza(BI)
Puan Nurhana(KIMIA)

dan buat semua2 guru-guru sama ada ana mentioned atau tidak , ana minx maaf byk2... cikgu2 semua sentiasa dalam doa ana... 
Allah Kan Ada!! =D