Allah Kan Ada

Thursday 21 May 2015

Weh bro, QAWIY bro! Lek lek.

PerKONGSIan baru ^_^


Bismillah.

Insya-Allah post kali ini mengenai satu perkataan yang dipanggil QAWIY!

Qawiy itu apa? Apa itu Qawiy? Adakah ianya membawa makna sado?

Hmm. Mungkin. Atau ada lagi istilah yang lebih tepat?

Baik. Jom teruskan bacaan anda sambil on kan lagu yang dimainkan di page ini ya!

Tapi on lagu yang semangat semangat ja taw! Yang jiwang off. Haha. Baru fefeeling ^_^

Insya-Allah sama sama merungkai makna QAWIY dalam kehidupan ini!


Bismillah.

al-Qawiy dalam bahasa Arab sendiri ia membawa makna kata sifat iaitu? KUAT atau MAMPU!
Masya-Allah, hebat maknanya bagi kata sifat ini! Jadi, ia kuat dari segi apa ya? Haa.. Itulah yang perlu dititikberatkan.

Insya-Allah. Kalian pernah mengalunkan asma' al husna? Hafaz tak setiap bait bait indah asma' al husna ini? Andai belum, jangan lupa kayuh laju laju untuk mengenali dan menghayati asma' al husna ini! ^_^ Di dalam asma' al husna ini kalian akan terjumpa perkataan 'al-Qawiy ini sendiri.

Haaa. See? Hebatkan al-Qawiy ini? Rupanya ia adalah antara sifat sifat Allah yang telah lama kita alunkan. Tapi adakah ia terkesan di hati? Andai belum, bila lagi? Ye dak? Insya-Allah!


Allah SWT berfirman di dalam Al-Qur’an:


“Hanya milik Allah asma’ al-husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma’ al-husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat Balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan” (Q.S. al-A’raf [7] : 180)




Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah haditsnya :

Artinya : “Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama, seratus kurang satu, tidak seorangpun yang menghafalnya melainkan akan masuk surga … “ (H.R. Bukhari)


Jika kita sebagai hamba tidak mengenali Allah dengan sifat sifatNya Yang Maha Sempurna itu. Bagaimana untuk kita terus yakin beribadah kepadaNya kan? Jadi, Insya-Allah. Banyakkan melatih bibir kita menyebut nama nama asma' al husna. Tak semua pun takpa. At least, we try dan usaha setakat yang boleh kita fahami dan hayati!

Insya-Allah. Yakinlah dengan janji Allah. Ana bagi situasi ya :

Bila kita berada dalam satu keadaan yang MasyaAllah hanya kita ja tahu betapa terujinya kita. Jadi apa yang kita perlu lakukan? Bilamana asma' al husna melekat di hati. Maka sebutlah al-Qawiy dengan penuh semangat dan yakin. Subhanallah, miracle might happen! Tetiba kalian akan terasa satu kekuatan disebalik al-Qawiy ini!



Beginilah kehidupan kita yang bertuhankan Allah ^_^ Baik sungguh Allah pada hamba hambaNya yang lemah dan pelbagai telatah ini, kan? Hehe, jadi. Bila dah tahu ni. Jom grab the chance untuk kita lebih mengenali sifat sifat Allah yang lain pula :D Insya-Allah, kehidupan kita penuh dengan taman taman bunga yang indah yang dirasai oleh seketul hati ini.


*Gambar sumber dari FACEBOOK! 

Okay! Jom kayuh bersama sama dengan sahabat dalam mencapai kejayaan dunia dan akhirat!

Sunday 1 September 2013

"Merdeka" tapi tidak "Merdeka"

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Salam HIJAU bumi Allah, salam Perak Aman Jaya, Salam 1 Malaysia. Salam Kemerdekaan dari ana. Inshaa Allah walhamdullilah..


"Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! " laungan yang dilaungkan sewaktu diambang merdeka. Ya!! Merdeka kita hanya pada 31 Ogos 1957 . Tapi sekarang ini kita hanya perlu mengekalkan kemerdekaan je. Mudahnya hidup kita ya? Tapi masih ada yang merosakkan, mencemarkan , membusukkan nilai kemerdekaan. Rugi!! Rugi!! Rugi!!

Kemerdekaan sesebuah negara adalah nikmat terbesar kurniaan Allah yang bukan semua manusia dapat merasainya. Berapa ramai umat dan bangsa yang mendiami dunia ini semenjak daripada dahulu sehinggalah kini. Masih ramai dan ramai sekali yang masih belum kenal erti kemerdekaan. Moh, kita selami sikit apa ertinya kemerdekaan. :)





Erti KEMERDEKAAN

Ada setengah orang ,negaranya hebat, gah , malah awal merdekanya berbanding dengan negara-negara lain, tambahan pula tidak pula dijajah lagi. Akan tetapi pada sisi yang lain, isi negaranya tidak lain hanya jajahan semata, maksiat berleluasa , umpama tidak pernah merdeka dan merasai apa itu merdeka. Adakah ini boleh dipanggil merdeka?

Ada setengah orang, negaranya sering menjadi buruan jajahan, ditindas , dizalimi , malah nak sebut perkataan "Merdeka!! " pun tidak pernah tapi hati negaranya tetap merdeka. Tetap hebat akidahnya, malah kebergantungan pada yang Maha Kuasa adalah lebih hebat dan mantap berbanding negara yang gah dan berbangga dengan kemerdekaannya. Sebenarnya, apa erti kemerdekaan pada kita?

Bebas dari jajahan atau berjaya membebaskan diri  dari sifat-sifat mazmumah?? Erm.. Ana un x pasti. Pandangan manusia kan berbeza-beza. Hehehe...

Kenapa ana buat perbandingan diatas??
Penyair Arab yang bernama Ahmad Syauqi ada menyebut didalam syairnya:

"Kekalnya bangsa kerana mulia akhlak, runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak"

See.. Kedatangan Islam dan lahirnya Rasulullah SAW adalah untuk memperbaiki akhlak yang mulia. Allahurobbi. Hebatnya Islam. Kedatangan Islam sendiri ke alam dunia ini membawa mesej dan sifat kemerdekaan. Apa hebatnya jika mempunyai negara yang hebat dengan ekonomi dan ketenteraan tapi kosong dengan nilai akhlaknya? Apa hebatnya mempunyai negara yang merdeka namun masih dijajah dengan nafsu semata, maksiat berleluasa?

Menurut Za'ba, erti kemerdekaan adalah :
"Berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran, daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan hati... "

Sebelum datangnya Islam, sifat Jahil lah yang menjadi faktor utama kemerosotan akhlak. Akan tetapi setelah  kedatangan Islam, Alhamdulillah wa syukurilah , akhlak manusia sama sekali terbentuk dengan begitu baik sekali. Inilah yang dikatakan bebas dan merdeka. Ramai manusia berfikir, andai kata negara sudah merdeka, pastinya diri ini juga merdeka. Tidak!! Tidak sama sekali. Belum tentu lagi akan merdeka. Mencari kemerdekaan dalam cara yang salah akan membawa diri dan seluruhnya dalam sesuatu yang salah.

Jangan sampai : KEMERDEKAAN DICARI, NERAKA YANG DITEMUI.


AKHIRU KALAM

Kata Hamka :" Yang ada ini sudah harapan kita "
Bukan bermaksud kita tidak boleh mengharapkan apa yang tiada, tapi kita perlu sedar, sebenarnya apa yang ada pada kita perlulah terlebih awal dahulu digunapakai dengan sebaik-baiknya Jangan lupa apa yang ada. Dengan itu barulah kita akan menanam dalam diri kita sifat syukur yakni tidak mensia-siakan segala nikmat yang diberi.

Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Kemerdekaan hakiki  Anugerah Ilahi,
Membawa seribu buat pertiwi,
Pekalah dengan pengorbanan sejati,
Mengapai bersama hidup ukhrowi.

Di celah itulah, kami mengatur langkah.
Membina sebuah thoifah,
Disini bara, tak pernah padam,
Digenggam kukuh sebuah azam.

Teruskan merdeka wahai diri.
 Merdekakan diri dari nafsu dan maksiat duniawi.
Moga-moga mendapat redha Ilahi,
Sehingga bertemu di syurga nanti.

Official by Ruz Had-Allah Kan Ada


** Ana sedekahkan pahala kebaikan pos ini buat ibu dan ayah. Moga-moga mereka ditempatkan oleh Allah SWT dalam kalangan mereka-mereka yang beriman**

Tuesday 6 August 2013

Ramadhan!! Jangan Pergi!!

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum wrahmatullahi wabarokatuh...
Alhamdullilah nastaien, masih lagi diberi oleh Allah SWT untuk bernafas.
Minta maaf sangat-sangat sebab agak lama tidak mengHUPDATE status. Bukannya malas, tapi macam itu lah gamaknya.

Inshaa Allah sempena Ramadhan ini, ana nak conclude kan semuanya yang berkaitan dengan bulan Ramadhan tahun ini 2013/ 1434.


RAMADHAN DAN LAILATUL QADRNYA

Ramadhan adalah 1 bulan yang penuh barokah dan didalamnya terdapat satu malam, bukan dua, bukan tiga yang lebih baik daripada 1000 bulan. SubhanAllah, 1000 bulan bersamaan dengan 83 tahun ++ . Kenapa adanya 1 malam yang lebih baik daripada 1000 bulan ye? Sebab jangka hayat ummat Muhammad SAW sangat-sangat singkat berbanding dengan ummat nabi yang terdahulu. Jadi ini adalah satu inisiatif dan kelebihan buat ummat Muhammad SAW. Tapi senang sangat ke nak dapat Lailatul QadrNya?




Ana kongsikan 1 analogi:

Analogi:
Seorang pekebun telah menanam 30 biji benih di sebuah dusun. Ketika mana dia sudah berumur dan dalam keadaan nazak maka diminta semua anaknya iaitu seramai 5 orang untuk memelihara dusunnya. Mengikut kata-katanya, dalam kalangan 30 benih tersebut ada 1 benih dimana ia mampu menghasilkan 1000 buah dalam masa 1 hari. Tapi, ketika anak-anaknya mahu bertanya tentang dimana kedudukan biji benih tersebut, pekebun itu lalu menghembuskan nafas terakhir.

Pada tahun pertama menjaga, anak 1 dan 2 sudah mulai muak untuk menjaga, Barangkali mereka menganggap ayah mereka hanya mahu mereka menjaga dusun sahaja. Dan mana mungkin ada pokok yang mampu mengeluarkan 1000 buah dalam masa 1 hari. Lalu mereka meninggalkan dusun tersebut dan pergi ke haluan masing-masing.

Pada tahun berikutnya, anak 3 dan 4 pula sudah mula bosan dan merasakan tidak logik dengan perkara tersebut. Maka tinggallah anak yang bongsu. Anak yang bongsunya pula mengusahakan dusun tersebut. Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun, maka akhirnya berjaya membuka kilang buah-buahan dan menjadi pengurus besar syarikat buah-buahan. Jadi, dimana 1 pokok yang mampu menghasilkan 1000 buah dalam 1 hari itu?? Ianya adalah usaha dan kesungguhan daripada anak bongsu tersebut.
Penceritaan ini adalah berkaitan dengan makhluk dan ciptaan Allah.

Tapi, betapa hebatnya REDHA Allah itu, kerana ianya lebih meluas dan sudah dijanji oleh Allah SWT bahawa terdapat 1 malam yang lebih baik daripada 1000 bulan dimana Allah merahsiakan masanya(Ini komfem!! bukan teka teki) hehehe.. Supaya apa? Supaya kita sentiasa istiqomah dalam beribadah pada Nya. Bukan kedekut.. Allah boleh kasi, tapi Allah mahu melihat, mana antara hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh dalam mengejar rahmatNya. 


BILA LAILATUL QADRNYA?

Hahaha. Antum mungkin akan merasa sedikit kecewa kalau ana cakap mende ni. Iaitu, wallahua'lam. Hanya Allah Yang Tahu!! Hehe.. Bagaimanapun ada beberapa pendapat dari sahabat-sahabat dan alim-ulama'. Inshaa Allah ana akan listkan.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
"Aku lihat mimpi kamu(sahabat) telah menepati di 7 malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di 7 malam terakhir"
HR BUKHARI -MUSLIM
  1. Menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi Lailatul qadr jatuh pada 21,23,25,27 dan 29 Ramadhan kerana ianya adalah ganjil.
  2. Menurut sahabat iaitu Bilal bin Rabah, ia menyatakan bahawa Lailatul Qadr jatuh pada 24 Ramadhan, tetapi ianya hanya berlaku 1 kali dalam 8 tahun.
  3. Dari Ibnu Umar RA , Rasullulah SAW bersabda " Barangsiapa yang ingin mengintai malam Al-Qadr, hendaklah diintai pada malam 27(Riwayat Ahmad)
  4. Menurut formula Imam Al-Ghazali : Jika permulaan puasa adalah hari Selasa maka 27 lah Lailatul Qadrnya, jika permulaan hari Rabu maka 29 haribulanlah Al-QadrNya.
  5. Yang terakhirnya, dari sahabat ana sendiri, katanya tiap-tiap malam 10 malam terakhir adalah malam Al-Qadr. =="

    Wallahua'lam...
**Bagi ana, istiqomah le sentiasa ye. Inshaa Allah, Allah tidak lihat pada kejayaan tapi pada usaha untuk mendapatkannya..

Firman Allah SWT:"Sejahteralah malam(berkat) itu sehingga terbit fajar" Al-Qadr:5

RAMADHAN JANGAN PERGI!!



Kenapa ana pilih tajuk ini untuk post kali ini.. Entahlah, agak sedih bila sebut pasai tajuk ini..
Kita sering mendengar quote , "Ramadhan bakal meninggalkan kita" . Ana sebenarnya tidak berapa suka dengan quote tu. Ramadhan tidak pernah meninggalkan kita, tapi kita sebenarnya yang meninggalkan Ramadhan.

Malah, sahabat-sahabat juga ada menyatakan bahawa
"Alangkahnya bagusnya andai tiap-tiap bulan adalah bulan Ramadhan"
yang bermaksud, Ramadhan itu penuh barokah. Jadi rugi jika tidak diperolehi barokahnya.

Kenape ye??
Bagi mereka yang meninggalkan apa yang mereka perolehi semasa pentarbiyahan Ramadhan selesai bulan Ramadhan, merekalah yang meninggalkan Ramadhan.. Tapi beruntunglah bagi mereka yang istiqomah dalam ibadatnya semasa dan selepas Ramadhan sehingga berjumpa semula Ramadhan.

Imam Al-Ghazali pernah bertanya pada anak muridnya, apakah perkara yang paling jauh didunia ini?
Jawapannya adalah masa lalu. Sungguh!! Kita tidak pernah dapat kembali kepada masa lalu walau selaju mana dan sekuat mana kita bergerak kepadanya.


SUDAH BERSIAPKAH KITA?

Sudah siapkah kita bagi menghadapi musuh-musuh yang akan terlepas dari belenggu mereka? Atau kita masih leka dengan kewujudan mereka kerana sudah semakin sebati dengan mereka sedangkan mereka adalah musuh yang NYATA!!


Berada dalam bulan Ramadhan mahupun tidak, akidah kita tetap sama bahawa menyakini bahawa Allah tetap ada. Dan senantiasa mengawasi kita. Tatkala hati semakin jauh dan hampir tersungkur, disertakan dengan iman yang semakin goyah. Ayuh, letaklah tangan didada sambil memejamkan mata dan yakinlah dengan sebenar-benar keyakinan " Allah Kan Ada!!"