Allah Kan Ada

Wednesday 5 June 2013

SPLIT IDENTITY

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..
Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnianya dapat lagi meng-update blog. Nasib baik tak sempat bersarang sahaja blog ini. Ini disebabkan begitu sibuk sedikit dengan urusan-urusan yang masih tidak selesai lagi. Mohon mendoakan dipermudahkan segala urusan. Inshaa Allah.

Tajuk post pada kali ini adalah SPLIT IDENTITY. Tajuk je dalam english, tapi huraian dalam bahasa Melayu. Hehehe..
Apa yang boleh dikatakan dengan split identity? Yang membawa maksud kecelaruan identiti. Ya!! Bagaimana tu?? Boleh dikongsikan bersama tak.

SPLIT IDENTITY
Kadang-kadang kita merasa diri kita begitu baik sekali sampai tahap gelaran 'Ustaz/ Ustazah' lagi. Merasa begitu jijik dengan perbuatan-perbuatan yang melanggar syara', keji, hina dan sebaris dengannya. Namun pada waktu yang lainnya pula, kita merasa diri kita begitu teruk, umpama tidak pernah mengenal apa itu Islam, Iman dan Ilahi. Malah perbuatan yang dulunya kita jijik dan keji di amalkan. Dulu nasihat orang jangan buat macam ini, jangan buat macam itu, TAPI sekarang kita pula yang begitu. Mengapa perkara ini berlaku? Apa yang salah terjadi sebenarnya? Adakah kerana diri sendiri atau orang lain menjadi punca?

Semua ini berlaku adalah kerana kecelaruan identiti. Kita lupa sebenarnya apa tujuan hidup, kita lupa sebenarnya apa tujuan kita dilahirkan, kita lupa sebenarnya apa tujuan kita menjadi manusia!!! NOKTAH.



OBJEKTIF KEHIDUPAN
Memang tidak dinafikan bahawa manusia itu bersifat an-nisyan(LUPA). Mudah dan sering lupa. Bila diberi nikmat, lupa pada PEMBERI NIKMAT. Bila diberi kejayaan, lupa pada PEMBERI KEJAYAAN. Bila diberi kehidupan, lupa pula pada MAHA MENGHIDUPKAN. Allahurobbi.
\
Firman Allah SWT didalam surah YUNUS:12 mafhumnya:
"dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada KAMI dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah KAMI hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali ke jalan yang sesat, seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada KAMI untuk menghilangkan bahaya yang ditimpanya......"

See!! Itulah manusia, ana , enta dan antum. Nauzubillahi min dzalik.
Jadi, apa sebenarnya tujuan kita didunia:

Firman Allah SWT dengan penuh syahdu didalam surah az-dzariyat:56:
"Tidaklah AKU(Allah) menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengABDIkan diri kepada-KU"

Allahurobbi. Kita sebenarnya dilahirkan didunia ini, dicipta untuk dunia ini adalah semata-mata untuk mengABDIkan diri kepada Allah Azza Wajala. Tidak mesti tidak mematuhi segala perintahNya, dan menjauhi segala laranganNya.

PERKONGSIAN
Ada seorang sahabat maghi bertandang di rumah ana, dan nak bermuzakarahlah sedikit tentang kehidupannya. Lalu dia bertanya:
"Ana ni, bila buat baik orang kata bajet alim la, memang la dulu ana x berapa nak baik, tapi xkan nak menyalahkan diri ana atas apa yang ana buat dahulu. Ana ase ana patut jadi jahat la"

Ouch.. Jangan gitu la enta. Cuba enta tengok orang yang nak jadi jahat, xde sape menghalang perbuatan mereka. Tapi bila mereka nak jadi baik, banyak pula halangan. Sebab apa? Sebab ini adalah salah satu ujian Allah buat hamba-hambaNya yang bertaubat. Syaitan memang suka dok ngaco-ngaco ni. Sekurang-kurangnya kalau enta bersabar dengan apa yang mereka kata, inshaa Allah, Allah akan menghilangkan dosa-dosa enta yang pernah enta wat dahulu, cuma sekarang ini enta jangan ambil peduli sangat dengan apa yang mereka kata. Ok. 

Meh sini ana kongsi apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul junjungan kita:
"Dan jika kamu mengikuti sebahagian orang yang berada di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah, mereka tidak lain hanya mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanya berdusta terhadap Allah"
Al-An'am:116

Jangan diikutkan sangat perangai mereka dan kata-kata mereka. Enta adalah enta yakni hamba Allah SWT. Bila sudah bertekad percaya pada Allah yakin pada Allah , bahawa Allah mampu menukarkan seganas-ganas Umar Al-Khattab kepada hamba yang setaat-taat setelah keIslamannya.
 "People might force you to join them, but let them know, they cannot change ur stand"

LUPA dan ALPA
Aku adalah insan yang lupa,
Terlupa pada diri dan PENCIPTA,
Membiarkan diri terus alpa,
Dalam dunia yang penuh mehnahnya.

Aku ialah insan yang ALPA,
Alpa dengan mainan dan tipu daya,
Mencari bahagia yang ada batasnya,
Sehingga lupa pada PEMBERIANNya.

Namun begitu, Kau sedarkan aku,
Untuk apa dicipta, untuk apa dilahir,
Menjadi hamba sepenuh padaMu,
Ampunkan aku, sebelum waktu berakhir.

Allah Kan Ada!!

**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**



2 comments:

Unknown said...

uhuk uhuk. selalu juga jadi mcm ni.. -,- btw, nice article :)

Unknown said...

nice entry..btw, ramai yg melaluinya..cuba untuk berubah, tp kata-kata orang membuatkan diri lemah..

sebab tu nabi s.a.w pernah bersabda, :
"Orang muslim tu adalah yang menyelamatkan saudaranya dari lisan dan tangannya.."

Allahu a'lam..