Allah Kan Ada

Monday 15 April 2013

~TiPs Sebelum,Semasa dan Selepas EXAM~

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Selalunya kalau musim peperiksaan mesti kebanyakan orang nak kan tips-tips untuk menghadapi peperiksaan kan? Dalam post kali ini ana akan share la beberapa tips untuk anda semua. Moga-moga ianya bermanfaat. Berlebih kurang lah sikit ye. Yang Baik itu datangnya daripada Allah SWT, dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan ana sendiri, HAKIKATnya kedua-duanya datang dari Allah SWT. =)


SEBELUM EXAM:
1-tenangkan diri(kalo boleh g karaoke, gi lah karaoke) hehehe
2-perbanyakkan solat sunat, hajat, taubat , istikharah dan sebagainya
3-sentiasa fikirkan "BOLEH"
4-perbanyakkan meminta maaf dan memaafkan( yela sume orang x perfect)
5-sediakan SLIP exam, kad matrik, lesen memandu, IC dan pasport.
6-sediakan alat tulis secukup rasa(kalo xde pinjam dari penjaga EXAM)
7-minx ibu dan ayah +ibu dan ayah mentua skali doakan(kalo boleh minx izin kawen skali..
8-baca surah al-MULK:14(agar Allah ilhamkan apa yg perlu dibaca)
9-slalu jumpe lecturer(bawak la teh ais skali)
10-Jaga Kesihatan (kalo boleh setiap ari g Unit Kesihatan)\

11-banyakkan bersenam, tiap pagi mesti bersenam tau!! al-aqlu salim fi jismi salim
12-hormatilah LECTURER. Kada al-mu'alim an yakuna rasula (peranan seorang guru adlh hampir ngan  Rasulullah
13-kalau ada yang minx tunjuk ajar, jangan kedekut ilmu. ILMU ITU MILIK ALLAH


SEMASA EXAM
1-Baca doa sebelum jawab( xreti cukuplah baca BISMILLAH)
2-senyum pada penjaga EXAM
3-bawak duit lebih(kot2 ley kauntim ngan penjaga EXAM)
4-kalo bawak nset jangan lupe LOUDSPEAKER, senang kene BAR nanti.
5-senyum juga pada kawan kiri, kanan, depan dan belakang.
6-kalo lupe masa EXAM, selawat ke atas Nabi Muhammad byk2...
7-kalau boleh baca surah al-Baqarah skali XD
8-kalo ngantuk minx izin penjaga EXAM utk tidur(bawak selimut ngan bantal)
9-jgn lupe bawak AIR(air zam2 ke , yassin ke)
10-berpuasa pada hari EXAM
11-kalo nak bawak TOYOL, terus bawak i-PAD senang sikit nak google.

12-Tiap kali ada paper telefon mak dan ayah n gtau paper ape ari tu.
13-Kalau ada orang minx jawapan, jangan X kasi, kasi lah tau pada pengawas.. hehehe

SELEPAS EXAM
1-jangan menyesal dengan jawapan(bukan ley ubah da pun)
2-bertawakal pada Allah
3-sujud syukur
4-lari keliling dewan EXAM
5-tido puas2
6-JANGAN ungkapkan perkataan "KALAU"

7-bersangka baik dengan tiap keputusan yang anda dapat
8-pastikan ibadah anda adalah THABAT(kekal), jangan waktu exam je rajin beribadah.
9-doakan semua sahabat-sahabat berjaya sekali. Barangsiapa yang mudahkan urusan saudaranya, maka Allah akan pemudahkan urusan baginya.


"...setelah kamu membulatkan tekad ( dalam melakukan sesuatu),maka bertawakallah pada Allah.Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bertawakal padaNya."
[SURAH AL-IMRAN AYAT-159]

*moga2 boleh dikongsi bersama-sama hingga ke anak cucu... heheheh

*OFFICIAL by Ruzbihan Bakhtiar*


Majlis Anugerah Dekan >_<



**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

No comments: