Allah Kan Ada

Tuesday, 14 May 2013

HARI ITU... (1)

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh... Pada post kali ini, ana just nak kongsi sedikit cerita dengan antum... Inshaa Allah, apa yang baik diambil iktibar, ape yang kurang binalah sempadan... Mungkin agak nak muntah sedikit baca karangan tanpa pandu, tapi saje nak share. Allahurobbi...

Pada 12.05.2013 bersamaan dengan hari Ahad.

Hari itu, aku bangun dengan bantuan ayah biiznillah bagi menunaikan solat Subuh pada pukul 6.15 pagi. Memang selalunya ayah la yang gerak, kalau bukan ayah, mak le... hehehe... Hari itu, terasa sangat2 aktif le pulak. Selepas selesai menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT, lalu aku membantu mak untuk menyidai pakaian. Aku tahu memang agak sukar kalau bekerja sendirian, jadi aku memang suka membantu. Selesai membantu, seperti biasa aku akan praktis untuk membaca surah hafalan iaitu surah at-tahrim. Sebab aku bercita-cita besar untuk bernikah dengan orang yang hafal surah tersebut. TEKAD!! hukhukhuk... Abaikan. Selepas selesai dengan surah hafalan aku cuba pula membuka kitab Riyadhus Solihin yang agak tebal, tetapi aku tetap berusaha untuk habiskan tajuk SABAR pada waktu itu. Entah mengapa memang terdetik untuk membaca tajuk tersebut, namun tajuk tersebut diulas begitu panjang lebar jadi aku terlelap sudah sambil memegang kitab tersebut... >_< ... Seingat aku, mak ada sebut pada aku sebelum aku terlelap yang mak nak pergi ke kursus haji pada pagi itu. Jadi ayahlah yang menghantar mak ke Masjid Batu Gajah untuk berkursus. Sebenarnya masa untuk mak pergi haji lambat lagi. Dengar cerita umur mak mencecah 85 tahun baru tiba giliran mak... Amboih, lamanya lagi, tapi aku suka bila tengok mak bersungguh-sungguh nak pergi. Tiap kali balik dari kursus mestinya mak akan berceritakan perihal haji, dam ihram dan sebaris dengannya.

Memang aku sudah tahu pun mengenai itu semua kerana belajar sewaktu tingkatan 4 dalam subjek Syariah, tapi aku suka mendengar mak bercerita. Jadi, selepas ayah menghantar mak, selalunya ayah akan belikan sarapan. Ayah gerak semula aku pada pukul 8.30 pagi untuk bersarapan dan ayah akan gerak adik lewat sedikit kerana adik ada tuisyen pada pagi itu. Selepas bersarapan aku terus menghadap lappy dan beronline kan facebook. Ayah pula pulang ke rumah setelah menghantar adik tuisyen iktibar. Pada hari itu juga, aku mengepost satu tajuk yang best di blog, iaitu " BATASku pada siapa ya?" hehehe.. X best pun... Lebih kurang dalam pukul 12 tengahari ayah keluar semula, katanya nak ambil adik dan mak. So, aku pun stay la dekat rumah dan jaga rumah. Lebih kurang dalam pukul 12.30 telefon aku berdering dengan lagu OAG-Generasiku. Tertera di skrin nset perkataan "PAPA". Ouh , ayah yang telefon rupanya, aku pun menyambut. Rupa-rupanya mak yang menelefon menggunakan nset ayah. Mak cakap "Bian, tolong masak kan nasi ". Aku bertanya " Nak berapa banyak mak?" Lalu mak membalas " 2 tin la, kamu kan kuat makan , mak beli lauk je ni. Selesai berdialog sebentar dengan mak, aku terus bergegas ke dapur untuk memasak nasi. Dengan kepakaran dan pengalaman yang ada, aku memasak nasi dengan penuh asyik dengan harapan mak balik nanti dapat makan nasi anak dia yang comel ini buat.

Beberapa lama kemudian, aku memandang tepat kearah jam yang menunjukkan pukul 1.10 petang. Tak sedap hati le pulak, sepatutnya dah sampai rumah waktu macam ini, Aku terus mandi dan bersiap untuk solat Zuhur yang akan muncul pada pukul 1.14 petang. Selesai mandi, aku memeriksa nset, kot-kot ada awek mcg ke.. hehehe(memain je) .. Terkejut besar apabila melihat miscalled yang sgt2 banyak daripada ayah. Aku pun menelefon kembali dan bertanyakan kenapa. Ayah cakap mak pengsan dan  meminta aku untuk mengambil semua laporan perubatan mak di bilik. Kaki aku lumpuh seketika, akibat terkejut mendengar berita tersebut. Allahuakbar. Aku terus segera menyiapkan apa yang dipinta, dan sebelum aku ke hospital, aku menunaikan solat Zuhur dengan harapan dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH. Lalu dengan memandu Satria Hijau kepunyaan abang yang ditinggalkan dirumah, aku memecut laju ke hospital. Sesampai sahaja di hospital, aku terus bergegas ke wad kecemasan. Aku melihat mata adik sedikit berair, lalu aku menghampiri adik dan menyuruh dia pergi bersolat dahulu. Ayah datang menghampiri aku dan menceritakan kejadian tersebut. Berdasarkan cerita ayah,selepas mengambil mak di masjid, ayah terus bergegas ke tempat tuisyen adik sebab nak ambil adik. Selepas adik sudah diambil, ayah pandulah kereta menuju pulang kerumah. Waktu itu mak masih bercerita mengenai harga penyangkut baju yang sudah naik sebanyak RM3. Di persimpangan jalan di SK TIWA, mak tiba-tiba pengsan dan terlentuk di bahu ayah. Adik menjerit menyuruh mak segera mengucap da menyebut " Mak jangan tinggalkan Ajib". Ayah yang menyedari kejadian tersebut terus memecut laju ke Hospital Batu Gajah.

Macho macam mana pun , aku tetap tersentuh sangat-sangat. Beberapa kali aku cuba menenangkan perasaan. Kata ayah , abang akan datang sebentar lagi. Beberapa minit kemudian, abang keduaku datang bersama keluarganya. Ayah pulang ke rumah sebentar untuk menunaikan solat Zuhur. Abang menelefon adik-beradik yang lain perihal kejadian tersebut. Abang sulungku yang berada di Tanjung Malim terus bergerak . Manakala kedua-dua kakak dan abang ipar turut bergegas. Oleh kerana, keadaan mak agak kritikal akibat terlalu lama oksigen tidak sampai ke otak kerana jantung berhenti mengepam, akhirnya mak dibawa laju ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk mendapatkan rawatan. Kami segera bertolak ke sana. Sesampai di sana, kelihatan abang sulungku sudah berada di hadapan jabatan kecemasan. Saudara-saudara yang lain juga turut menghadirkan diri. Adik dan abang kedua menangis agak teresak, tidak dapat menahan sebak. Ayah pula jauh termenungnya. Kakak masih tidak sampai lagi. Petang itu menjadi satu petang yang amat syahdu sekali. Kami semua menunggu untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Ye, memang tidak dapat dinafikan, nama pun hospital jadi banyak lah mangsa-mangsa kecederaan yang lain. Antaranya yang aku lihat paling teruk adalah mangsa kemalangan. Tidak sanggup lagi untuk melihatnya. Allahurobbi.. Sebelum mak perlu dihantarkan ke Wad Jantung , CCU 7D ditingkat 7, kedua-dua kakak pun sampai. Dalam perjalanan menuju ke tingkat 7, kelihatan seorang sahabat datang bersama ayah dan juga abangnya. Kehadiran mereka untuk melawat. SubhanAllah, walaupun takde kaitan kekeluargaan namun tindakan yang diambil sahabat tersebut sangat-sangat menyentuh. Banyak juga sahabat-sahabat yang lain bertanyakan khabar mak, melalui sms, facebook dan sebagainya. Aku begitu menghargainya. Alhamdullilah, terima kasih ya Allah kerana menghantar mereka untuk KUATKAN AKU. Leih kurang 7.10 petang ramai yang beransur pulang.

Yang tinggal hanya aku dan ayah. Abang-abang dan kakak-kakak serta adik diperintah oleh ayah untuk pulang kerana mereka masih penat berjalan. Kami akan bertukar syif pada pukul 11 malam. Namun sementara menunggu, pada pukul 9 lebih abang sahabat aku tadi menghantar Al-Quran dan berpesan supaya aku membaca Al-quran tersebut. Jazakumullah khairu jaza. Aku terus menghabiskan bacaan Yassin dan menjenguk mak beberapa kali. Abang sulung ku berpesan untuk mengajar mak mengucap sambil-sambil menyebut nama. Ianya adalah salah satu phyco yang boleh dilakukan." Mak, ni bian ni mak, mak cakap nak naik pentas sama-sama nanti waktu hari anugerah" sambil mengajar mak mengucap beberapa kali. Hati aku tersentap tidak mampu menanggung, aku keluar terus dari wad. Selepas isya' aku dan ayah menunggu abang kedua yang akan mengganti tugas kami. Semasa abang berada di wad kami terpaksa bergerak ketingkat bawah, kerana pada waktu bukan melawat hanya boleh dibenarkan dua orang sahaja yang masuk tapi abang meminta untuk dibenarkan tiga orang. Abang, akak ipar dan adik. Semasa di bawah, aku dan ayah menjaga anak-anak abang. Sedang berjalan-jalan, tiba-tiba kedengaran seorang perempuan yang meraung " Mak, Iman dah takde, Iman dah pergi dah mak" sambil menangis meratap. Barangkali suaminya ataupun adiknya. Di satu sudut yang lain, kelihatan sekumpulan lelaki lebih kurang 5-7 orang sedang bersedih dengan pemergian sahabat mereka. Aku terkesima sebentar melihat keadaan tersebut. Adakah aku juga akan begitu nanti. Astaghfirullah. Apa yang aku fikirkan ini. Tidak lama kemudian abang dan akak ipar turun. Mereka meminta untuk kami pulang. Pada awalnya , memang aku dan ayah bercadang untuk stay di situ, tapi abang suruh balik juga supaya kami dapat berehat. Aku memandu pada malam itu, sebab ayah cakap ayah terasa goyang(penat). Aku pun rasa goyang juga, tapi aku kuatkan diri dan akhirnya kami sampai di rumah. Aku charge nset dan turn on sebab sebelum ini nset mati sebab xde bateri. Ya Allah, byk sangat2 mcg dan misscalled yang diterima. Semua bertanya mengenai mak, tapi jawapan aku tetap sama je . " Mak masih x sedarkan diri, tolong doakan ye". Selepas menunaikan solat sunat aku terlelap....................................

Pintu masuk wad mak... CCU Wad jantung..


MUNGKIN

Ujian yang mendatang akan terus menghujani,
Bukan untuk melumpuhkan, mahu menjatuhkan,
Tapi untuk menaikkan, dan menguatkan,
Iman yang sedia ada.

Mungkin saja terasa berat, 
Umpama leher yang terikat,
Merasa diri separuh hayat,
Hikmah disebaliknya membawa rahmat.

Mungkin saja Allah menguji,
Kekentalan jasadi dan ruhani,
Yang merasa beriman didalam diri,
Sebelum nyawa bertemu Ilahi..

Official by Ruz Had-Allah Kan Ada!!

1 comment:

Nadira Ariffen said...

semoga kau terus tabah... Allah kan ada :)