Allah Kan Ada

Tuesday 16 April 2013

PerTEMUAN, PerPISAHAN kerana Allah

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh....
Al-Baqarah:216: " Boleh jadi apa yang kamu tidak suka adalah baik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang kamu suka tidak baik bagi kamu... Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu tidak ketahui"....

^_^ ... Agak-agak antum apa yang boleh kita dapat dari Kalam Allah yang ini. SubhanAllah. Mungkin sekali kadang-kadang kita tidak dapat apa yang kita mahukan, tapi sekurang-kurangnya kita dapat apa yang kita perlukan. Ya, ana tersenyum seorang apabila meneliti sebaris lirik lagu yang berbunyi " When you get what you want but not what you need" Fix You by ColdPlay....

Apa yang disebut dalam lirik tersebut,  apabila kita mendapat apa yang kita mahukan, tapi bukan yang kita perlukan. Mana yang lebih baik?? Perkara yang kita mahukan atau kita perlukan??
Ada kaitan ke dengan tajuk hari ini? Macam takde kene mengena je....... hehehe helikopter...

Kadang-kadang perTEMUAN yang dirancang oleh Allah adalah untuk menguji hamba-hambaNya yang serba DHAIF. Ingat perPISAHan sahaja kah adalah ujian? Tidak!! perTEMUAN pun ujian juga. Bagaimana boleh dikatakan ujian? Mampukah kita menjaga hati sahabat tersebut, mampukah kita mengekalkan persahabatan tersebut dan sebagainya. Dalam hidup ini apa yang bukan ujian, semuanya ujian. Yang membezakan adalah ujian itu berat atau tidak.

Mungkin kita merasakan perPISAHan dengan sahabat adalah perkara yang paling kita tidak suka, tapi bukankah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik, jadi mungkin ada hikmah disebalik itu semua. Mungkin Allah mahu memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada kedua-dua pihak. Jadi, apa yang ana boleh katakan adalah berTENANG, CHILL and still COOL... Allah Kan Ada!! =D


TIDAK MAMPU BERTAHANKAH??
Yakinlah dengan firman Allah SWT didalam surah al-Baqarah:286: " Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan mereka ...." ... Allahurobbi... Hebat bukan. Mungkin sahaja pertemuan ini , perkenalan yang singkat ini diawali dengan perpisahan tidak dapat dilupakan, namun begitu hanya pada Allah sahaja tempat kita semua bergantung.... Allah... Allah.. Allah...

LUAHAN ISI HATI ^_^
Ana menyangka , ana yang menguatkan, 
Rupa-rupanya Sahabat yang menguatkan kembali ana,
Ana menyangka ana yang membantu,
Rupa-rupanya Sahabat yang membantu ana.

Jika ana tidak mendekatkan diri SAHABAT pada Al-Khaliq
Jauhkan diri antum,
Jauhkan tidak bermaksud larikan diri,
Tapi TOLONG bantu ana, sebab ana tidak mampu kalau berseorangan.
Kita seperti sebuah bangunan yang kukuh apabila bersatu(nasihat-menasihati dan saling mengingatkan)
Kene PAHAM!! =D


Ehem3... Kalau ana ada wat silap, harap maafkan ana ye. Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. >_<

Memang Benar "barangsiapa yang memudahkan urusan saudaranya, lalu Allah akan permudahkan urusan baginya.
Pada awalnya tidak mahu berubah, tapi kerana Sahabat mahu berubah mendorong diri untuk berubah sekali.
Mungkin sahaja pertemuan ini amat-amat singkat, tapi yang kita mahukan keberkatan.

Mungkin sahaja kita bencikan perpisahan, 
akan tetapi kalau disitu adalah keredhaanNya, adalah lebih baik untuk berpisah.
kerana kita bertemu kerana Allah, dan kita berpisah juga kerana Allah.
Kita sama-sama bertuhankan Allah yang Esa.
Allah!! Allah!! Allah!!

AKHIRU KALAM
Ana nak memetik nasihat seorang sahabat ana " Hadi, kuatkan Iman ye Hadi, cari sahabat-sahabat yang selalu ingatkan kau, insya'Allah kau akan terpelihara dan lagi satu TOLONG jagakan sahabat-sahabat kita yang berada disana sepertimana kau jaga diri kau"
Insya'Allah, PASTI!! Ana akan berusaha untuk menjaga mereka. Insya'Allah...
ALLAH KAN ADA!!



**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

No comments: