Allah Kan Ada

Saturday 23 March 2013

~FasHiOn, BuDaYa, AuRaT dan SyaRiAt~

PerKONGSIan baru ^_^

 Assalamualaikum...Pertama dan selama2 nye.. marilah kita merafatkan ksyukuran ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurniaNya dpt lagi kita HIDUP pada hari ini..Tidak lupa selawat n salam(Allahumma tholi ala Muhammad, wa ala alihi wasobihi ajmain) ke ats junjungan Nabi Muhammad SAW kerana dgn perjuangan baginda.. dpt ag kita menikmati 2 nikmat trbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.." Moga2 perJUANGan baginda tidak kita sia-siakan... Allah.. Allah.. Allah..


Manusia memerlukan pakaian bagi menutup tubuhnya. Dalam al-Quran Allah SWT menyuruh manusia, khususnya umat Islam supaya memakai pakaian. Firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf ayat 31 yang bermaksud, “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian yang indah apabila pergi ke tempat ibadat seperti mengerjakan sembahyang ataupun memasuki masjid, makanlah dan minum lah, jangan melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.”




Islam X meletakkan pun Syarat yang macam mana nak berpakaian, terserahlah pada individu or satu tempat itu nak pakai pakaian macam mana pun.... Nak berfesyen bagai macam mana pun, terserahlah... TETAPI!!!!! nak diingatkan pada diri ana sendiri dan antum semua, ianya mestilah menutup AURAT... Ada je orang yang berpakaian tetapi telanjang?? Ada ke??

Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Dua golongan dari ahli neraka yang tidak pernah aku lihat satu kaum yang mempunyai cemeti seperti ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya, dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, mereka jauh dari ketaatan kepada Allah serta mengajar yang lain tentang perbuatan mereka (tidak menutup aurat), kepala mereka seperti bonggol unta, mereka ini tidak masuk syurga dan tidak mencium bau syurga sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak ini dan ini”.
                         
AURAT??
Aurat merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian daripada anggota badan, sama ada lelaki atau perempuan yang haram ditunjukkan mahupun dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota yang wajib ditutup dan haram bagi orang bukan mahram melihatnya. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.Dari segi bahasa, aurat membawa maksud kecacatan atau keaiban pada sesuatu. Ia juga bermaksud apa jua yang ditutupi oleh manusia kerana rasa malu.
Baik LELAKI apatah lagi PEREMPUAN....


Firman Allah SWT
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab: 59)


FESYEN??
Satu pengayaan yang terbaru, yang mungkin sahaja dipakai oleh orang-orang zaman ini... Teruskan lah berfesyen TAPI kene berhati-hati semasa mengenakan fesyen2 pada badan...  Jangan lupa pada sikap TABARRUJ... ape tu??
Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).
LELAKI canor pulak sahabat??
Lelaki kalo bergaya lebih-lebih pun sape je pun pandang... hehehe helikopter... TAPI(byknye tapi) sikap berLEBIH-LEBIHAN uh yang merosakkan cara pemakaian... Bukankah Islam mengajar kita untuk bersederhana?? Bukankah sikap boros dan berlebih-lebihan/membazir itu sikap Syaitan yg direjam...
Superman Un pandai tutup aurat, tapi x bape nak sopan la... hehehe.. Tahniah Superman...


ABEH MACAM MANA DENGAN BARAT YANG X TUTUP AURAT ??

Awat ang kalut sangat?? Kenapa nak bandingkan BUDAYA Islam dengan kafir?? Orang kafir kalo pakai jubah macam mana pun, tutup aurat macam mana pun( macam Superman ke), or sebagainya tetap masuk NERAKA selagimana tidak diucapkan kalimah penyaksian terhadap Allah dan Rasulullah SAW...
TAPI...
Orang Islam telah diberikan jalan yang MUDAH, bukan susah pun nak tutup AURAT... Nak masuk syurga ikut perintah yang Allah telah tetapkan, kaedah Rasulullah telah ajarkan... Dan meNUTUP aurat adalah salah satu perintah Allah.. Mudah je... Allahurobbi...

PENTING SANGAT KE NAK TUTUP AURAT??
SubhanAllah ... setiap apa yang diperintahkan oleh Allah kepada ummat manusia adalah untuk kemaslahatan manusia itu sendiri. Antaranya:


             
"Diperhiaskan kepada manusia syahwat terhadap wanita, anak-anak...(Ali Imran:14)
  • Menjaga maruah sebagai seorang manusia yang mempunyai kehormatan diri.
  • Memelihara kelyarha daripada dilanda kekeruhan yang berpunca daripada gelora seks yang tidak terkawal hasil daripada aurat yang didedahkan.
  • Mengawal masyarakat daripada dicemari dengan kekotoran sosial akibat daripada perbuatan tidak menutup aurat di kalanagn wanitanya
  • Menyelamatkan perbelanjaan negara daripada di belanjakan untuk merawat pelaku dan mangsa jenayah seksual yang berpunca daripda wanita yang tidak menutup aurat.
Antara NAK dengan XNAK je!!
BERPAKAIANLAH MENURUT SYARIAT!!
Teruskan berfesyen secara MUSLIM dan MUSLIMAH yang sejati. Membudayakan cara pemakaian Islam. Tak wajib untuk bertudung, berjubah, berjilbab, tapi wajib untuk menutup aurat. Kerana ummat Islam yang hebat AKIDAHnya sentiasa mengetahui bahawa:
Allah Kan Ada!!
Sayanglah semua wanita2 mahupun anak2 diluar sana... Jika kita mampu untuk sayang pada semua, maka berusahalah menjaga mereka.. Jagalah diri kamu dan ahli keluargamu dari api neraka... kan Molek gitu?? X perlu berpurdah un xpe, tapi berpakaianlah mengikut syariat... Allahurobbi.. MUDAHnya...


**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

2 comments:

Unknown said...

Hadi, boleh tak kalau lelaki pakai kasut kulit/pvc pastu jalan berbunyi ketak-ketuk?
Kalau perempuan tak boleh,untuk lelaki boleh ke?

Unknown said...

ok... bagi lelaki boleh, sebab pada zaman jahiliyah dulu, perempuan pakai loceng di kaki untuk menarik perhatian lelaki... sebab tu pmpuan di haram kan memakai sesuatu yg ley menarik perhatian... tapi kalo lelaki sape nak tertarik pun... hehehe... wallahua'lam...