Allah Kan Ada

Saturday 29 June 2013

MACAM MANA NAK BELAJAR NI?

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Alhamdullilah , bersyukur ke hadrat Ilahi dapat lagi sama-sama kita bersama-sama lagi. Mungkin agak lama tidak mengepost. Tapi bukan sebab tidak mahu mengepost tapi adalah disebabkan saja tak nak publish awal-awal. Just letakkan dalam draft je dahulu. Bila tepat masa dengan tajuk yang dikarang baru yakin untuk mengepost. =)

Wokey!! Tanpa kita membuang masa lagi, mari sama-sama kita menyelam apa yang dimaksudkan dengan tajuk yang dipilih di atas. Ana pun seorang pelajar, dan ramai yang masih belajar tapi masih tidak dapat mencari cara belajar yang amat sesuai dengan diri masing-masing. Pasti dan pastinya dalam kehidupan kita sebagai seorang pelajar yang dhaif pernah mengeluarkan dialog/monolog seperti ini : "Macam mana nak belajar ni? Bila nak belajar ni? Waktu bila nak belajar ni?" dan sebagainya. Jadi, pada post kali ini, inshaa Allah jika tiada angin lintang ana akan cuba sebaik mungkin untuk berkongsi serba sedikit mengenai cara belajar. Mudah-mudahan membantu diri ana dan antum semua. Inshaa Allah.




KAEDAH 1:

BELAJAR SENDIRI:
Belajar sendiri ni best sebenarnya. Tiada gangguan. Boleh fokus lebih. Tenang. Boleh duduk kat corok-corok mane kita nak. Boleh study bawah kerusi, bawah meja dan juga dalam tandas(erk x beradab sebenarnye) hehehe.. Boleh nangis sorang-sorang bila x boleh solve soalan.

TAPI, bila kita x dapat nak solve kan problem ia akan menjadi sangat susah sebab takde rujukan. Lagi-lagi subjek yang memang perlukan kepada tunjuk ajar. Cepat tension. Kemungkinan akan banyak pen yang patah. hahaha... XD




KAEDAH 2:

BELAJAR ATAS KATIL
Belajar atas katil adalah salah satu killer study. Boleh je study atas katil, tapi kene amik risiko lah. Baru bukak buku dalam 10 minit dah terbedib-bedib mata nak tido. Dengan katil yang empun bersama bantal yang owsem. Oh my GOD, memang lena. Jadi boleh lah study dalam mimpi. Alasan nak santai sambil study. Akhirnya menjadi STUDO. huhuhu.. Dah selalu cuba dah. >_<



KAEDAH 3:

STUDY GROUP
Di antara kaedah yang baik untuk belajar adalah belajar secara kumpulan. Pergh. Memang mantap lah. Bila tidak paham mesti ada yang dapat membantu. Takkan le sume pun xtau. Itu nak study group ke ape. Hehe. Tapi perlu diingatkan, had kan lah ahli dalam kumpulan tu, kalo tidak perbincangan sejarah tanah melayu akan bertukar kepada sejarah K-POP. =P



KAEDAH 4:


STUDY SAMBIL DENGAR LAGU
Kaedah belajar dengan cara ini terbaik bila nak study sesuatu subjek pengiraan lah. Bagi ana lah. Kalau ngah buat karangan sambil dengar lagu alamatnya bahasa rojak le yang keluar nanti dalam karangan. hewhewhew.



KAEDAH 5:

FOKUS DALAM KELAS
Taknak study pun xpe. Tapi yang paling penting FOKUS dalam kelas. Tidak mesti tidak ini yang paling mantap. Hubungan dengan pengajar un jadi ok. =)



KAEDAH 6:

TIDO WAKTU KELAS
Ini adalah salah satu gifted dari Allah SWT. Setengah-setengah orang je ada kelebihan ini. Juga ana pernah jumpe orang macam ni. Dalam kelas tidor je memanjang, tapi sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang berbanding dengan orang yang pulun kaw2 nye dalam study. Barangkali mungkin ilham. Jangan pandai-pandai nak cuba. Tumbok kang... hehe.. Tak semua orang macam ni der..  =)



KAEDAH 7:

BERGURU
Antara semua kaedah, ini adalah yang paling ana syorkan. Kenapa? Tidak mungkin kita akan tidur jika study secara private dengan guru kita. Nak kene sekeh try le buat. huhuhu... Tak tahu boleh tanya, ada x paham boleh tanya. Seronok kan. Ukhuwah pun terjalin. =D

Dan juga sebagainya.
Ini adalah antara sahaja, bukannya semua, mungkin antum ada kaedah sendiri untuk study ke? Study sambil shuffling ke, study sambil main dota ke.. hehe... Yang pastinya kita mesti dan mesti belajar. Baru le orang suka, malaikat suka apatah lagi al-KHaliq.. Allah. Allah .. Allah..



Akhiru Kalam
 Tiap kali nak study, tidak kira lah cara macam mana pun, MINTALAH pada Allah agar urusan kita dipermudahkan. Ilmu yang didapati dapat dimanfaatkan. Serta membawa kepada kenalnya kita pada diri sendiri dan Tuhan. Allah x pernah jauh dari kita.
Allah Kan Ada..

Man A'rafu nafsahu, a'rafu Rabbahu, wa man a'rafu Rabbahu a'rafu sirraHu
"Siapa yang mengenal diri sendiri dia akan mengenal Tuhannya, siapa yang mengenal Tuhannya, dia akan mengetahui RAHSIANya"

No comments: