Allah Kan Ada

Friday, 29 March 2013

~LITERACY IN KNOWLEDGE, BLIND IN AKIDAH~

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh....
Alhamdullilah diberi kesempatan lagi dan lagi oleh Allah SWT untuk menaip-naip... pada 29 March 2013 ni... Alhamdullilah , Alhamdullilah, Alhamdullilah...

Tajuk pada kali ini telah diberikan oleh saudara Hafizan Halim, senior ana. Maksud tajuk pada kali adalah "CELIK PENGETAHUAN, BUTA AKIDAH" ... Dia minta ana untuk menghuraikan beberapa kefahaman yang ana faham mengenai tajuk yang diberi. Dah lama da dia kasi, tapi baru hari ini ada peluang nak typing.. hehehe...


AKIDAH
Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat.

Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.

Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan.


PENGETAHUAN
Apa yang antum faham mengenai pengetahuan?? Adakah sekadar ilmu dunia semata-mata untuk kita survive di dalam dunia yang sementara atau hanya pengetahuan untuk ukhrowi (akhirat) sahaja atau untuk kedua-duanya. 
Dari sudut bahasanya pengetahuan:
Pengetahuan membawa beberapa makna iaitu, 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui 2. perihal tahu, kepandaian 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatu

Apa kata Imam Ghazali mengenai PENGETAHUAN:
" Ilmu adalah apa-apa pengetahuan yang membawa hamba dekat dengan Penciptanya"

Allahurobbi. Hebatnya Ilmu yang dikurniakan Allah pada sekalian manusia. Semata-mata untuk membantu manusia mendapatkan keredhaan Allah SWT. Masalah sekarang apa kaitannya akidah dengan celik pengetahuan??

CELIK PENGETAHUAN??

Terbeliak mata budak ni bila ditanya mengenai celik pengetahuan. =D

Ya!! Orang yang celik pengetahuan adalah dalam kalangan orang yang bermaklumat. Tahu mengenai sesuatu perkara secara terperinci, tahu bermacam-macam lagi namun ianya adalah sekadar bermaklumat sahaja, tapi tidak semestinya dia berakidah. Kenapa?? Bila dilihat di Malaysia sahaja, kebanyakan agama yang mendominasi pengetahuan adalah bukan dalam kalangan Ummat Islam. Kerana Allah bersifat Ar-Rahman " Maha Pemurah". Tapi kenapa tidak Ummat Islam yang mendominasi?? kenapa mesti orang KAFIR?? Tampar pipi, tanya diri, muhasabah diri, tanya Iman

 Berbeza dengan orang yang berAKIDAH.
Orang yang berAKIDAH pastinya  berILMU dan berPENGETAHUAN.. Kenapa ya??
Orang yang berakidah pastinya berpegang teguh dengan setiap suruhan Allah. Kerana Allah memerintahkan supaya orang2 yang berIman untuk menuntut Ilmu sepertimana dalam wahyu yang pertama yang diturunkanNya kepada nabi junjungan kita Muhammad SAW : IQRA'!! Bacalah. Tidak mungkin orang yang berAKIDAH bukan dalam kalangan orang yang berILMU.
surah al-fathir:28" Sesungguhnya orang yang TAKUTkan Allah adalah dalam kalangan orang yang berIlmu"

TAPI ADA DALAM KALANGAN KITA YANG LEBIH MENUMPUKAN PADA PENGETAHUAN DUNIAWI??

Apa gunanya sahabatku, kita pandai tapi tidak solat?? Apa gunanya sahabatku, kita rajin tapi tidak ingat pada Pencipta.?? Apa gunanya sahabatku, kita berJAYA tapi tidak berIMAN??

Apa guna wahai sahabatku, JIKA CELIK PENGETAHUAN namun BUTA AKIDAH??
Tidak ape dikatakan kurang pandai dalam pelajaran tapi jangan dikatakan JAHIL dalam agama. Agama Islam yang kita hidup dengan nya yang akan membantu kita di akhirat kelak. Tapi jangan langsung X BELAJO, agak2 la sahabat. Siap cakap macam ni lagi "Biarlah aku dipanggil bodoh, janji x bodoh dalam berakidah".... Allahurobbi.. Haru dibuatnya...

Bukankah Saidina Ali pernah mengutarakan satu kata-kata yang hebat, berbunyi: "Barang siapa yang mahukan dunia maka dia memerlukan ilmu. Barangsiapa yang mahukan akhirat, dia perlukan ilmu. Barangsiapa yang mahukan dunia serta akhirat, dia perlukan ilmu".

Jadi sudah terang lagi bersuluh, memang ILMU/ PENGETAHUAN ini penting.


 "Apakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?" (QS. Az Zumar:9)

Sepertimana tokoh-tokoh ilmuwan pada suatu masa dahulu yang hebat dalam ilmu dunianya seperti Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Al-Farabi, Al-Qalasadi TAPI tidak pernah tinggalkan ilmu akhiratnya jua. Malah siap boleh hafal lagi Al-Quran. Tidak cukupkah mereka untuk dijadikan qudwah. Bukankah mereka juga pewaris-pewaris Nabi Muhammad SAW.??

Jadi, POST kali ini yang x seberapa ini mungkin boleh dijadikan rujukan sahabat-sahabat yang dikasihi semua. Kerana mungkin sahaja kita sudah terleka SANGAT-SANGAT dalam mengejar ILMU dunia, sehingga melupakan bahawa ada yang lebih penting iaitu ilmu AKHIRAT. Syukran wat akh Hafizan Halim yang membuat ana perah otak sedikit untuk cerita serba sedikit mengenai pengetahuan. 

Akhiru Kalam, marilah kita bersama-sama meneliti dan tadabbur dengan Kalam Allah azza Wajala:
Al-Qasas:77:
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu "



**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

3 comments:

syarfinas said...

oo.. tajuk yg akak bgi kmu idak plak nk letak.. mne aci kmu plih abg halim berbanding akak.. T_T

Ruz Had said...

haih... janji ILMU... janji ILMU... hahaha

Ruz Had said...

haih... janji ILMU... janji ILMU... hahaha