Allah Kan Ada

Thursday 14 March 2013

RaGu --> GaGaL??

Musuh utama manusia bukanlah KEGAGALAN, akan tetapi musuh utama manusia adalah KERAGUAN... To be different with anyone else,is freak we have to be.. ^^
bergambar sebelum event... hihihi



Assalamualaikum... Salam sejahtera.... Salam ukhuwah... Salam hijau bumi Allah... Salam 1 Malaysia... Salam Perkenalan... Dan pelbagai salam lagi... ^^ ... 
Firman Allah S.W.T mafhumnya
" Wahai sekalian manusia, sesungguhnya AKU telah menciptakan kamu, daripada laki-laki dan wanita-wanita, dan aku jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berlainan suku untuk kamu berkenal di antara satu sama lain, sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu"

Jadi mmg kita didunia ni semmgnya dicipta berbeza antara satu sama lain... Juga pelbagai suku2 dan bangsa2... Walaupun begitu kita x boleh bertindak Bongkak dgn diri sendiri (kemungkinan kita dari suku yg hebat)... Kerana Allah tidak menilai seseorg yg bergelar insan itu daripada suku2 mahupun bangsa2 nya... tetapi Allah menilai daripada ketaqwaan yg ada pada individu... Kita ini semuanya sama, daripada Ma'ie Mahin yakni air yg hina(mani) jadi x usah lah kita sbg hamba Allah yg hina mahu meninggi diri... Bukan sahaja dibnci makhluk yg lain, malah dibenci oleh Allah juga...

Jadi agak2 la, adakah jika kita mnjadi seorg yg Tawaduk yakni rendah diri akan dicintai Pencipta... Jawapannya adalah Ya... Semestinya malah bukan sahaja Pencipta Allah Azza Wajalla... Malah seluruh ciptaanNya akan mendoakan keberkatan untuk kita melainkan IBlis Laknatullah dan sekutunya...
Cerita mengenai Iblis ni byk mmberikan kesedaran pada ummat Islam yg sudah semakin jauh dari Rabb...
Mari same2 kita bace mengenai cerita Iblis ini untuk kesedaran semua... ^_^

ANALOGI:
Sebelum penciptaan makhluk yg bergelar manusia yakni mkhluk yg paling baik ciptaannya... Firman Allah" Sesungguhnya Aku telah menciptakan kamu (manusia) dengan sebaik-baik kejadian".. Malaikat dan juga Iblis adalah makhluk Allah yg paling taat sekali...
Suatu hari, Malaikat mendengar berita dari langit bahawasanya diantara ketiga-tiga makhluk ciptaan Allah iaitu(manusia, Iblis dan malaikat) salah satunya akan berlaku khianat serta berpaling dari perintah Allah...
Maka Malaikat amat-amatlah sedih mendengar perkhabaran tersebut, lalu Malaikat pergi menemui Iblis dan meminta Iblis mendoakan supaya yg berlaku khianat itu bukanlah dari kalangan Para Malaikat...
Malaikat meminta doa Iblis kerana Iblis pada waktu i2 diantara makhluk Allah yg paling hebat... Lebih hebat daripada Malaikat... Seperti kita juga, jika kita ingin meminta doa slalunya kita akan meminta kepada org yg lebih taqarrub ma'a Rabb seperti imam, uztaz, wali dan sbgnya... Lalu Iblis pun mendoakan agar Malaikat bukanlah daripada kalangan yg berlaku khianat dengan merasakan dirinya yg lebih mulia...
Sehinggakan lupa untuk mendoakan diri sendiri... Lalu setelah penciptaan Adam A.S... Dialah makhluk Allah yg bergelar Khianat... Kerana tidak mahu sujud kepada Adam, hakikatnya suruhan i2 adalah suruhan ALlah...


p/s: Jadi byk yg perlu kita ambil iktibar daripada kisah Iblis ini antaranya:
  • Kita sbg hamba Allah yg hina tapi sebaik-baik ciptaan tidak perlu berlaku riak mahupun sombong ini kerana jika kita masih bersikap sombong kita umpama binatang atau mungkin ebih teruk daripada binatang...
  • Kita juga perlu sentiasa berdoa kepada Allah, agar hidup kita sentiasa dibimbing dgn hidayahNya agar kita x tersesat
  • Selain i2, Rasullulah bersabda mafhumnya"Adalah Nabi S.A.W jika mendoakan seseorang, baginda akan memulai dengan berdoa untuk dirinya sndiri" HR Tarmizi..
  • Kita juga perlu sentiase mengambil berat terhadap apa yg diperintah oleh Allah...
Jika perkara2 ini dapat kita jaga, InsyaAllah pasti Allah akan berkati malah hidayahNya sntiase untuk org2 yg bertaqwa... Kadg-kala sesuatu yg ditangguh Allah i2 adalah untuk sesuatu yg lebih baik pada masa hadapan... Wallahu'lam....


**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

No comments: