Allah Kan Ada

Saturday 20 April 2013

~Aulakan Perjalanan AKHIRAT~

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warah matullahi wabarokatuh... Salam HIJAU bumi Allah...
Post kali ini diilhamkan untuk minggu kehadapan, sebab kemungkinan akan lame untuk tidak mengUPDATE... hehehe... Ada la untuk sebab-sebab tertentu, antaranya:

1-menjadi baby-sitter(untuk anak abang)
2-mengejar Ilmu Akhirat.
3-berUZLAH(bersendiri)

Mungkin sahaja kita diberi tanggungjawab yang besar dalam sesuatu organisasi, namun begitu adakah apabila kita tidak mampu, kita hanya melepaskan tangan dengan alasan-alasan kosong. Menolak semua itu dengan mentah tanpa ada hujah dan alasan yang kukuh yang mampu membuat orang lain layak pula untuk menerimanya. Jika semua orang berfikiran sama seperti itu, maka tidak akan ada pemimpin untuk dunia ini, la budda la(tidak mesti tidak) perlu ada yang berani untuk kehadapan , membina corak peribadi, mengharungi mehnah dan tribulasi bagi memastikan setiap organisasi ada yang memimpin. Tapi setiap tanggungjawab dan amanah perlulah diberikan kepada yang selayaknya. Sepertimana firman Allah SWT dalam surah an-nisa':58 "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya... " .


Tidak disoalkah nanti tanggungjawab tersebut?
Sentiasa, setiap masa tanggungjawab yang dipegang akan dipersoalkan nanti. Adakah ianya membantu ummat ini, adakah ianya menegakkan syariat Islam, adakah menjauhkan ummat dari Al-Khaliq... semua itu pastinya akan disoal dipermukaan pengadilan dengan seadil-adilnya.
Firman Allah didalam surah al-Maidah: 44,45 dan 47 maksud secara ringkas berbunyi: "Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang KAFIR, ZALIM dan FASIQ"... Nauzubillah min dzalik....


Persediaan memegang tampuk AMANAH?
Allahurobbi. Imam syafie' pernah menegaskan di dalam syarahnya yang berbunyi : " Ketikamana kamu menjadi pengikut kepada pemimpin, maka TUNTUTlah ilmu agama sebaik-baiknya(sebanyak mungkin), kerana ketika mana kamu menjadi PEMIMPIN kepada pengikut kelak, kamu akan mengalami kesukaran untuk menuntut ilmu kerana kesibukan PIMPINAN kamu itu" ...
SUbhanAllah. Hebatnya Imam Syafie' dengan syarahnya. Menegaskan bagi kita untuk menuntut Ilmu agama sebaik-baiknya. Untuk apa? Bukankah profesional dalam memimpin adalah yang paling layak?
Ya !! Boleh dikatakan begitu. Keprofesionalan dalam memimpin adalah yang layak, tapi profesional tanpa meletakkan syariat Allah SWT yang paling tinggi  , apa gunanya? Tidakkah yang terbaik meletakkan syariat Allah pada permukaan yang paling atas?? 
^_^

Menjulang AgAMA ISLAM dipuncak tertinggi... =D


Jadi, beginilah perjuangan yang paling diperlukan didalam kehidupan. Menuntut Ilmu akhirat sebaik-baiknya sebelum menjadi bakal seorang PEMIMPIN. Allah!! Allah!! Allah!!

Jom bersama-sama meNUNTUT!! >_<


Ketika mana kita merasakan kita tidak mampu, maka hanya pada Allah sahaja tempat kita mengadu.
Kerana Allah amat-amat dan amat suka pada mereka yang mengadu pada Allah.
Allah Kan Ada!! =)



**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

No comments: