Allah Kan Ada

Sunday 7 April 2013

Taufiq , Hidayah @ Keduanya??

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum... Apa khabar teman2, sihatkah Sahabat2 yg diredhai Allah sekalian?? Bagaimana dengan hati, iman, kepimpinan dan akidah antum semua? Insya'Allah, moga-moga sentiasa berada dalam keadaan sihat wal afiat... Alhamdullilah..

Seringkali apabila manusia ingin ke sesuatu tempat tanpa mengetahui arah tujuannya, mereka akan berusaha untuk mencari petunjuk , dengan petunjuk tersebut, moga-moga akan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Ya, kita semua begitu. As old folk says " Malu bertanya sesat jalan" . Jadi lebih baik kita bertanya/mencari petunjuk daripada terus tersesat. Kan?

Begitu juga dengan iman , akidah dan addin(cara hidup kita). Adakah cara hidup kita ini adalah berpandukan pada petunjuk yang akan membawa kita menerusi jalan yang lurus? Atau, kita saja beranggapan begitu, namun hakikatnya kita mengikuti telunjuk Syaitan laknatullah. Jadi, sebelum apa-apa dahulu, mari kita berkenal-kenalan dengan "PETUNJUK". =D


wow, Insya'allah xde yang tersesat... hihihi


  
HIDAYAH

Hidayah?? Apa sebenarnya hidayah ni ye? Sekadar nama sahaja kah atau ada maksud tersirat?? Ana ada je sahabat-sahabat namanya Hidayah. Tapi hidayah yang akan dibincangkan dalam konteks ini, adakah maksudnya lebih tersirat. Allahurobbi..

Hidayah ialah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.Daripada seorang kufur menjadi seorang yang beriman dan Taat pada perintah Allah taala

" Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti2 yg terang, maka barangsiapa yg melihat bukti2 itu (hidayah), maka bermanfa'atlah bagi dirinya.." Al-an'am: 104

Saidina Umar Al Khattab - Seorang pemuda yang sangat bengis dan benci akan agama Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.Saidina Umar seorang yang hebat berperang dan berlawan pada zaman itu.Beliau adalah pahlawan gagah kaum Quraisy.Sehingga terjadi suatu peristiwa apabila beliau terdengar adiknya membaca ayat suci Al Quran,beliau memukul adiknya sehingga berdarah di muka.Lalu saidina Umar meneyesal akan perbuatannya itu.Lalu meminta adiknya membaca sekali lagi ayat suci Al Quran dan Saidina Umar menangis lalu berjumpa dengan Rasulullah.Saidina Umar terus memeluk agama Islam dan dengan beraninya beliau mengisytiharkan dirinya memeluk ISLAM dihadapan pahlawan2 kafir Quraisy yang lain.

 "Barangsiapa yg Allah kehendaki mendapat petunjuk, Dia melapangkan dadanya untuk Islam" AQ: Al-an'am: 125

Allah tidak menyiksa sesuatu kaum itu melainkan Hidayah itu terlebih dahulu disampaikan kepada mereka. Dalil: Taha:134



TAUFIQ

Bagaimana pula dengan taufiq?? ermm.. ana un ramai juga sahabat-sahabat yang bernama taufiq ni. hehehe...

Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut






"Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan kami. (Al-Ankabut: 69)...


BEZANYA TAUFIQ DAN HIDAYAH

Kalo sembang banyak-banyak pun, masih tidak faham tidak guna juga kan?? hehe helikopter... Apa kata ana kasi satu analogi yang lebih mudah untuk difahami semua lapisan masyarakat. Insya'Allah.. =)

Hidayah
Hafiz tinggal di Thailand, dia ingin ke rumah bapa saudaranya yang berada di Batu Gajah Perak, Malaysia. Amboi jauhnye. Setibanya beliau di Batu Gajah, dia tidak tahu kemana arah rumah bapa saudaranya itu. Yang dia ada cuma alamat bapa saudaranya sahaja, lalu dia cuba berhentikan kenderaannya, LAMBHORGHINInya di hadapan kedai Pak Munawir. Lalu dia bertanya kepada orang yang sedang lepak disitu.

Hafiz:Assalamualaikum, saya dari Thailand, dan saya nak ke rumah bapa saudara saya di Lorong Haji Taib    Batu Gajah, Agak-agak boleh bantu saya??

Pak Deraman:Oh , molek2.. Boleh aja. Awak jalan straight aja, sampai round board tu, pusing sebanyak 3 kali round board tuuu, pahtu masuk kira, pahtu masuk kanan, pahtu straight and don't belok-belok, jumpa surau warna biru, jadi di hadapan suraulah rumahnya.

Hafiz:Ohh, ok-ok. Terima kasih.

Lalu, Hafiz meneruskan perjalanannya dengan petunjuk yang diberikan dan akhirnya selamat sampai kerumah bapa saudaranya iaitu Pak Munawir. =D

Taufiq
Zaidi tinggal di Indonesia, dia ingin ke rumah bakal isterinya untuk menghantar rombongan hantaran kahwin di Kampung Pisang Perak. Setibanya di Kampung Pisang, dia juga seperti Hafiz tadi, tidak tahu mengetahui mengenai jalan yang ada di Kampung Pisang. Lalu dia memberhentikan kereta, PORSCHEnya lalu bertanya orang yang berada di Gerai Nasi Lemak Ayam Golek.

Zaidi: Assalamualaikum, pak. Saya ini dari Indonesia pak, saya ingin bangat ketemu sama orang tua bakal mentua saya di Kampung Pisang. Pak bisa tunjukkan jalannya pada saya nggak?

Pak Rashid:Bisa-bisa. Mari saya bawak anda ke rumah tersebut.

Lalu, Pak Rashid membawa Zaidi, dengan mengiringi Zaidi sehingga selamat sampai di rumah bakal isterinya. Gembiralah hati Zaidi.


KONKLUSI

ERk... macam xde kaitan je... hehehe....

Konklusi yang boleh kita dapat adalah, manusia yang mendapat hidayah adalah orang-orang yang berada dalam Islam itu sendiri. Namun begitu, tidak semestinya orang yang diberi hidayah ini mendapat Taufiq.
Kerana sepertimana yang kita lihat dunia pada masa ini, ramai sahaja yang bergelar ISLAM namun masih berakhlak seperti orang yang tidak beragama. Mengapa ini berlaku? Bukankah mereka juga mendapat hidayah untuk berada dalam Islam.? Ini semua berkaitan dengan Taufiq. Mereka mendapat hidayah namun tidak mendapat bimbingan daripada Taufiq.
Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung(bimbingan) untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya. Amin.

 Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.
Jadi, HIDAYAH dan TAUFIQ hak mutlak Allah. Hanya Allah sahaja yang berhak memberikan kedua-duanya pada diri kita yang hina dan dhaif. Yang paling penting kita kene sentiasa berusaha dan berdoa agar hidup ini sentiasa dibimbing dengan petunjuk, hidayah dan taufiq dari Allah SWT.




Allah kan ada untuk membantu.
KepadaMu ya Allah kami sembah, dan kepadaMu ya Allah kami meminta pertolongan. TUNJUKkanlah kepada kami jalan yang LURUS... Allahurobbi... wallahua'lam...



**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

No comments: