Allah Kan Ada

Thursday 9 May 2013

ILMU VS GPA

PerKONGSIan baru ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Hahahahahaha... Macam mana dengan result antum? Ada repeat ke tidak? Semua LULUS ke? Dekan ke? Atau sekadar cukup-cukup makan dan di atas par?(headshot questions) ^_^

Seringkali, selepas mengetahui keputusan pastinya soalan-soalan ini akan dikemukakan dengan penuh kejam, tanpa mengira masa dan tempat mahupun keadaan. Bagi yang mendapat keputusan yang gempak sudah tentulah dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan tenang dan kadang-kadang merendah diri. Antara jawapan-jawapan golongan yang mendapat keputusan gempak:

"Alhamdullilah, boleh le sikit"
"Alhamdullilah, lebih baik dari sebelum ini, syukur sangat-sangat"
"Jatuh sikit, dari 3.99 pada 3.97" (yang ni nak kene tomoy kat kepala)
"Alhamdullilah, haza min fadlik al-rabb"
"Aku dapat dekan, 4 flat lagi tu" (ok, ni patut kene headshot 5 kali)

dan pelbagai lagi jawapan yang akan diterima bergantung kepada nilai ketawadhukan seseorang itu. Kadang-kadang , ada yang nak jaga hati sahabat-sahabat yang lain, jadi dia hanya mendiamkan pointernya. Tapi semasa anugerah ada saja muka dia. Ini jawapan-jawapan bagi mereka yang mendapat keputusan GEMPAK ALL STARZ. Bagaimana pula jawapan-jawapan bagi mereka yang kurang gempak.
Antara jawapan-jawapan yang akan diterima:

"Alhamdullilah, boleh la atas pagar je pun"
"Kita tidak hebat macam kamu pun "
"Boleh tahan la , semua lulus"
"Yeah, xde repeat "
"Aku ada repeat lah, sedih laaa"
"Aku dapat 2.77, nape? " (Okay, sangat-sangat tenang)

Itu berdasarkan pengalaman ana, sebab ana pun macam tu jugak. Namun ada sebahagian yang lain, mereka tidak menjawab dengan lisan, tapi jawapannya diketahui melalui cara pergaulannya dengan kita. Yang dok sibuk tanya tu komfem-komfem gempak sakan resultnya, yang senyap tak berbunyi sampai orang ingatkan dah pergi bertemu Allah tu ada kemungkinan result gempak, dan ada kemungkinan result kurang gempak. Yang gempak tapi senyap itu harus dipandang tinggi, kerana nilai ketawadhukannya mengatasi RIAK yang ada dalam diri.

Selain itu, ada juga yang berubah secara total, dari segi akhlak mahupun peribadi. Mungkin sahaja sewaktu sebelum exam golongan ini meletakkan harapan setinggi bintang dilangit, jadi ketika mana dia jatuh susah untuk bangun kembali melainkan mereka yang berpaut pada tali Allah SWT. Yang berpaut pada tali Allah, pasti dan pastinya akan berusaha untuk naik semula. Dan pada itu Allah pasti akan membantu dengan penuh kasih sayang dan rahmat yang melimpah ruah. Allahurobbi.




KITA BELAJAR UNTUK APA?

Waktu sekolah dulu, selalu sahaja melihat kawan-kawan seperjuangan yang mengambil jalan mudah untuk lulus dalam peperiksaan dengan menggunakan taktik kotor. Antaranya dengan membawa toyol, meletakkan jawapan di dalam tandas, berbisik-bisik semasa peperiksaan dan sebagainya. Ana juga pernah hampir mencuba, tapi semasa mahu membawa toyol tersebut ana berjumpa dengan seorang senior yang agak gangster juga la pada waktu itu. Dia tidak tahu pun yang ana nak bawak toyol, tapi seakan-akan dia terdetik untuk berkata sedemikian "Apa gunanya kalau kita meniru waktu periksa, kalau bodoh tetap bodoh jugak"
OUCH!! Mendalam sangat kata-katanya. Terus ana batalkan niat untuk meniru. Waktu peperiksaan tu memang ana banyak FAIL... hehehe... Nak buat macam mana, orang bodoh tetap bodoh juga. Tapi bukan tidak boleh menjadi pandai, cuma kita perlu berusaha lebih sedikitlah.

Maka, sebenarnya kita belajar sejauh ini untuk apa? Untuk mendapatkan sorakan kah? Untuk mendapat anugerah? Untuk mendapatkan populariti? Untuk mendapatkan kerja? Untuk mendapatkan pujian? Kalau ini yang menjadi target kita, sebenarnya kita tidak pernah mendapat apa-apa pun sepanjang kita belajar. Jadi tidak kiralah kita mendapat CEMERLANG, lulus atau sebagainya, jika target kita untuk mendapatkan ILMU yang bermanfaat yang pastinya akan terterap didalam hati dan mendekatkan diri kita kepada Al-Khuluq, maka itu adalah yang TERBAIK... kerana apa yang disebut didalam surah al-FATHIR:28:
"sesungguhnya orang yang takutkan Allah hanya dalam kalangan orang berILMU"

Allah!! Allah!! Allah!!

BAGAIMANA PULA DENGAN...??

Ada junior saya bertanya kepada saya dengan penuh syahdu. "Bagaimana pula dengan golongan yang kita lihat x berapa nak study pun, tapi result gempak je memanjang, saya ni berusaha dengan bersungguh-sungguh, x pernah dapat beat dia, kenapa?"
Antum pun mesti pernah jumpa dengan sahabat-sahabat yang macam ini kan? Ana pun selalu juga. Kita study dia main, kita main dia main juga. Hehehehe.. Macam-macam gelagatnya pun. Allah tidak adil kah??
Allahuakbar... Allah Maha Adil dan Maha Kaya PemberianNya. Mungkin sahaja kita tidak perasan bila masa dia study, entah-entah, dia study sewaktu semua orang sedang tidur ke, selepas tahajud ke? Mana tahu. Yang pastinya kita kene sentiasa husnuzon(berpandangan baik) dalam setiap apa jua keadaan.

Lalu junior saya bertanya kembali "Abeh tu kenapa, saya dah berusaha tapi kadang-kadang tak juga mendapat keputusan yang baik, siap gagal lagi?" Erm.. Ana pernah ase macam tu, asa pernah berada dalam situasi macam tu. Lalu, ana bertanyakan pada dia with a simple question " NIAT belajar sebenarnya untuk apa ye? " Satu soalan yang pernah diajukan kepada diri ana yang dhaif lagi hina. Kadang-kadang Allah tidak kasi kejayaan itu pada waktu yang singkat, kerana menangguh kejayaan kita untuk sesuatu yang lebih baik. Kadang-kadang Allah tidak kasi kejayaan pada waktu yang terdekat kerana Allah tahu kita tidak bersedia untuk menerimanya, kemungkinan kita akan berlaku riak dan sebagainya. Semuanya berhikmah. Allah kan ada pada setiap keadaan. Berprasangka baik dan betulkan niat sebenar untuk belajar.

"Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka(pahala) hijrahnya iitu mengikut niatnya "
HR BUKHARI


Dan akhir sekali, ape gunanya kita mampu membolot semua gred cemerlang didunia, akan tetapi tidak mampu untuk membolot gred cemerlang untuk akhirat. Orang yang benar niatnya dalam belajar, pabila result gempak dia akan bersyukur, jika kurang gempak dia akan redha.
Al-Imam Ghazali ada menyebut didalam syarahnya 
"ILMU itu adalah satu pengetahuan yang mendekatkan diri hamba dengan Al-Khuluq(pencipta)"
Jadi, GPA bukanlah satu pengukur kejayaan didalam kehidupan. Yang lebih penting adalah pembentukan akhlak dan hubungan sesama manusia dan Allah SWT...

JANGAN SEDIH, JANGAN PUTUS ASA dan TERUSKAN BERUSAHA....
Faiza azamta fatawakkal a'laAllah....
"setelah kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah"
Al-imran:159

ALLAH KAN ADA!! =D


**Ana sedekahkan pahala kebaikan post ini buat mak dan ayah. Moge-moge mereka berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman**

No comments: